Menu Berbuka Puasa Day 1 | Rasanya entry menu berbuka puasa ni setiap tahun cuba untuk konsisten post 30 hari tapi apakan daya manusia ni kadang-kadang datang kemalasan dia, hancur semua. Apa yang penting menu berbuka puasa MINGGU PERTAMA pastinya berjaya kan..hehehe..
So, tahun ni kita cuba lagi untuk buat Menu berbuka Puasa, kita tengok sampai hari ke berapa nieyl bertahan ya hehehe..Untuk hari pertama berbuka puasa sejak kahwin memang nieyl akan masak. So, jom tengok menu berbuka puasa nieyl pada hari pertama, mana tahu kot-kot korang tak ada idea nak masak berbuka apa hari ini bolehlah cuba..
Bayam tumis ikan bilis. Kalau ikutkan plan asalnya nieyl nak masak sayur taugeh tapi pergi kedai aceh tougeh habis. Jadi, nieyl gantikan dengan bayam. Mak nieyl kalau makan kena ada sayur, jadi konsep nieyl tahun ni 1 lauk dan 1 sayur.
Biasanya hari pertama berpuasa, husband nieyl dia akan singgah bazaar ramadhan. Dia je yang rajin pergi, nieyl dah berapa tahun tak pergi bazaar dah. Jom tengok apa yang dia beli semalam.
Roti john memang tak pernah lupa beli sebab husband nieyl suka makan. Kuih kole kacang tu mak nieyl suka makan dan mona manis tu fav nieyl Alhamdulillah..mona manis tu harga bazaar RM6 jadi 1 biji jatuh rm1..Nasib baik semua yang husband beli semalam semuanya sedap..
Rezeki juga semalam, abang nieyl bagi murtabak sekeping. Nasib baik sekeping ya kalau 2 tu memang tak habis, sebab banyak makanan. Apa-apa pun Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang Allah beri pada hari pertama puasa.
Kita tengok esok, nieyl share menu berbuka apa untuk hari ini ya..

.jpeg)


.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)