Resepi Ayam Masak Bawang Paling Mudah | First sekali thank you Ai sebab buatkan gambar nieyl yang comel sangat ni. Cuma satu je tak lengkap tahi lalat manis nieyl tu tak ada hihihi..Jadi, nieyl akan guna gambar ini untuk pembukaan entry untuk resepi yang nieyl share. Satu lagi kan korang, nieyl ni bukanlah pandai sangat masak-masak ni selalunya nieyl suka ambil resepi lain juga cuma nieyl suka ikut cara dan citarasa nieyl sendiri. Ambil based resepi sahaja lepas tu olah lah ikut selera korang.
Disebabkan PH dan Kak SA dah seru minta nieyl share resepi dan step-step yang lebih mudah. Baiklah nieyl cubanya..
Bahan-Bahan
Yang Diperlukan
· ½ Ekor Ayam
2 Biji Bawang Besar Hiris Dan
Digoreng
3 Rempah Sekawan
Sehelai Daun Pandan (Optional)
2 Biji Bawang Besar + 5 Ulas Bawang
Putih + ½ Inci Halia ( Dikisar)
3 Sudu Besar Serbuk Kari
2 Sudu Serbuk Cili
1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
Sedikit Air
1 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
Sedikit Garam
Sedikit Aji
Sedikit Serbuk Pati Ayam
Cara Memasaknya
- Goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan ,
angkat dan toskan
- Kemudian, Goreng ayam dengan minyak sederhana panas hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan dan bahan yang dikisar sehingga masak.
- Kemudian, masukkan serbuk kari, serbuk cili,serbuk jintan manis dan sedikit air, tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam, serbuk Aji dan serbuka pati ayam
- Masukkan ayam goreng tadi, gaul sebati dengan kuah
- Masak 2-3 minit sehinggah kuah pekat sedikit dan taburkan bawang goreng..SIAP




.png)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)