01 October, 2025

Nasi Bamboo Sungai Klah

 

Nasi Bamboo Sungai Klah | Kalau korang melalui perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan, ada satu lokasi persinggahan yang semakin popular iaitu Nasi Bamboo Sungai Klah. Terletak berhampiran Tol Sungkai, restoran ini menjadi tumpuan ramai kerana keunikan hidangan tradisi yang dibungkus dan dimasak di dalam buluh. Untuk Lunch nieyl singgah makan sini cadangan Syida. 

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah dibina dalam konsep santai dengan meja panjang dan ruang makan yang luas. Walaupun ramai pelanggan, sistem layan diri mereka agak teratur. Suasana kampung moden dengan elemen kayu dan buluh. 

Nieyl suka konsep restoran ni sangat tersusun dan luas. Selain menyediakan makanan masakan kampung, dia juga ada sediakan tempat menjual kerepek-kerepek , kudapan -kudapan yang menarik.  Kemudian dia ada juga sudut aiskirm dan pelbagai kek yang boleh kita beli.

Ini menu lunch yang nieyl bertiga ambil. Nasi bamboo, lala masak sambal, siput sedut , ikan pekasam, udang goreng tepung, ikan talapia bakar dan bayam brazil goreng crispy. Lepas tu ada ambil air kosong dan air manis juga..Total semua nie dalam rm77.66 ( rm25.88 seorang)

Kalau korang dalam perjalanan cuti ke utara atau balik kampung melalui Sungkai, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan merasai sendiri keistimewaan Nasi Bamboo Sungai Klah.

📍 Alamat: Nasi Bamboo Sungai Klah, Lot 14948, Jalan Sungkai Lama, 35600 Sungkai, Perak.
🚗 Hanya beberapa minit dari Tol Sungkai (PLUS Highway).

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)