Keindahan & Keunikan Iskandar Polo Club, Ipoh | Tak cukup dengan padang polo dekat Putrajaya tu, sampai ke Ipoh nieyl cari ya..hehehe.. Terletak hanya sekitar 10 km dari pusat bandar Ipoh, Iskandar Polo Club (IPC) adalah salah satu tarikan luar bandar yang menyatukan keindahan alam semula jadi dengan aktiviti berkuda & sukan polo.
Dikelilingi oleh bukit batu kapur yang menawan dan panorama hijau, kelab ini mempunyai suasana seperti “resort alam semula jadi” — padang polo yang luas, kawasan stabil, paddock, dan sudut pemandangan menarik yang sesuai untuk fotografi.
Kalau siapa yang sukakan ketenangan, kehijauan dan suka bergambar macam nieyl. Ha..korang boleh singgah dekat sini tau..Sumpah!pemandangan dia sangat cantik. Tak perlu camera mahal-mahal pun, guna handphone pun gambar dah cantik sangat.
Masa nieyl sampai sini, ada beberapa orang tengah memancing. Kemudia di bahagian pokok besar tu dah ada pasang khemah untuk wedding. Mesti cantik gambar wedding tu berlatar belakangkan kehijauan ni kan.
Untuk hari kedua tema warna di pilih oleh nieyl iaitu color maroon. Hari pertama adalah pilihan Syida color biru dan hari ke-3 adalah pilihan Afika warna apa nanti tunggu entry untuk hari ketiga. Nampak tak belakang nieyl tu ada orang, dieorang tengah sibuk memancing..
Sebelum balik, kita ambil gambar puas-puas sebagai kenangan sebab tak tahu bila lagi boleh datang sini. Kebiasaannya pergi sekali je ni hehehe.. Cantikkan gambar ni berlatar belakangkan gunung dan tasik. Kebetulan color baju pun masuk..hehehe..
Selain dari memancing banyak lagi aktiviti yang boleh buat dekat sana. Boleh naik kuda juga, harga nieyl tak sure berapa. Lepas tu boleh juga buat deco party birthday dan lain-lain lagi..Kalau korang pergi, bolehlah singgah sekali masuk RM30.
Lama tak BW sini...sorry tau kesibukan sikit
ReplyDeleteAllahuakbar cantiknya pemandangan di IPC...Entrance RM30 ok da tu rasa berbaloi.Lagipun bukan senang nk dapat masuk tmpt2 cmni kann..lain la org kaki Polo/ sukan berkuda