Selamat Maju Jaya Puan Dayu | Seminggu dua ni nieyl memang sibuk kursus di luar dan event di luar. Tak sempat nak curi-curi masa update blog. Hari ini ada kesempatan yang ada nieyl nak share semua dalam entry sebagai kenangan nieyl. Jumaat lepas merupakan hari terakhir Puan Hidayu kesayangan nieyl dan kawan-kawan, beliau akan berpindah ke agensi baharu. Sekarang ni JPA tengah buat job rotation. Puan Hidayu ni sangat istimewa dalam hati kami sebab masa mula-mula masuk jabatan ni, kami kena lapor diri dekat dia dan dia yang menguruskan kebajikan kiteorang sebagai staff kontrak.
Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Kitaorang berempat share-share beli hadiah untuk puan. Kita beli wallet dan bag untuk puan guna di tempat baru nanti.
Kitaorang beli dekat tiktok brand AS. Saja nak cakap yang brand AS ni kualiti dia sangat bagus tau. Semoga Puan suka dengan hadiah yang kami pilih untuk dia.
Semasa penyerahkan hadiah tu, kitaorang semua diberikan satu kotak cookies yang mempunyai kata-kata yang sangat bermakna. Puan kata setiap kotak takkan sama kata-katanya. Yang ni nieyl ambil random je tak pilih pun tapi kata-kata tu sangat dekat nieyl dengan Puan.
Semoga puan sentiasa bahagia dan teruskan berkhidmat untuk bangsa dan negara yang tercinta. ♥
All the best Puan Hidayu...semoga success di tempat baru
ReplyDeletecomel2 hadiahnya.. ^^
ReplyDeleteRezeki juga dapat boss yang baik kan... Semoga Pn Dayu terus sukses di tempat baru
ReplyDeleteSemoga Puan Dayu gembira di tempat baharu.
ReplyDeleteSemoga Puan Dayu gembira di tempat baharu.
ReplyDeleteSedih kan kalau ada staff yg nak pindah atau resign. Apalagi yg baik sangat seperti puan Dayu ini. Semoga beliau juga sukses di tempat yg baru
ReplyDeleteSemoga puan Dayu sukses di tempat baru dan kak nieyls & team dapat pengganti atasan yg sama baik seperti puan Dayu ☺️
ReplyDeleteall the best to puan dayu, hampir sama la nama kita
ReplyDelete