Rasa Macam Dirasuk Hantu | Ada satu hari tu tau, nieyl balik kerja memang betul-betul penat. Sampai rumah terus bersihkan make up, mandi dan terus baring atas katil dengan harapan nak rest sekejap. Tahu tak apa jadi lepas tu?nieyl tertidur, sedar-sedar dah lewat petang nasib baik tak terlajak maghrib.. Itulah suka tidur lepas asar kan.
Lepas tu, bukan boleh bangun terus kang pening jatuh pula kan. So, baring-baring sambil tengok live Tiktok..masih mamai ketika itu ya. Buka pula live jual barang-barang elektrik. Sudahnya korang tahu apa jadi?tahu-tahu je nieyl beli 2 barang ni ....
Satu nieyl beli Airfire 4 liter punya. Harga asal dia RM126.88 , masa tengah live nieyl tengok tu dia bagi 50% jadi Rm69.33 sahaja. Nieyl tekan je korang..
Lepas tu, nieyl beli lagi Vakum, harga asal dia RM72.90 masa live dapat RM57.50. Korang bayangkan nieyl memang macam tak sedar main bayar je.. bila dah sedar sepenuhnya tu nieyl macam check balik lepas tu nieyl gelak..Mati lah nakkk...kalau laki tahu niiiii.... hahaha ha baru nak menyesal, dah lambat..
Masa barang-barang ni sampai, siap sorok dulu dekat rumah kakak, line clear baru nieyl bawa balik letak dalam bilik sebelah, sekali tu husband nieyl tanya airfire siapa dalam bilik tu hahahaha..sis mampu senyum je...
hahhaa..terlajak bayar, tak boleh buat apa dah la...
ReplyDeletemesin "pengisap" debu katanya. hahaha. Gaabor Gaabor...ikut suka ko je nak translate
ReplyDeleteHeheee... pandai Nieyl main sorok-sorok ye.
ReplyDeleteSama la kalau akak pun ...sorok dulu ..pas tu baru bawak balik...tp item kecik2 simpan kat opis dulu..yg besar2 sampai je suruh PZ tolong sorok
ReplyDeletehehehe.. pernah la sekali buat macam ni.. beli periuk baru, sembunyi bawah rak baju dulu.. tiba2 kantoi masa nak assemble penutup periuk tu.. sis hanya mampu berhuhuhuhu..
ReplyDeletecik abang tanya, "periuk baru ek? warna merah xde ke?" dia dan merah x dapat dipisahkan.. hua3..
Kalo saya dan suami sampai2 suka belanja online. Jadi susah nak marah. Dia shopaholic, saya pun sama hahahahah
ReplyDeleteKalau murah, memang worth it lah kak. Tak apa, dibeli, apalagi jika memang butuh barangnya 😁👍. Airfryer nih saya juga butuh, tp belum ketemu yg pas
ReplyDeleteha ha ha....siap sorok tu.. but worth it..murah plus memang guna barg2 tu..ok la kann
ReplyDelete