25 August, 2025

Rasa Macam Dirasuk Hantu

 

Rasa Macam Dirasuk Hantu | Ada satu hari tu tau, nieyl balik kerja memang betul-betul penat. Sampai rumah terus bersihkan make up, mandi dan terus baring atas katil dengan harapan nak rest sekejap. Tahu tak apa jadi lepas tu?nieyl tertidur, sedar-sedar dah lewat petang nasib baik tak terlajak maghrib.. Itulah suka tidur lepas asar kan. 

Lepas tu, bukan boleh bangun terus kang pening jatuh pula kan. So, baring-baring sambil tengok live Tiktok..masih mamai ketika itu ya. Buka pula live jual barang-barang elektrik. Sudahnya korang tahu apa jadi?tahu-tahu je nieyl beli 2 barang ni ....
Satu nieyl beli Airfire 4 liter punya. Harga asal dia RM126.88 , masa tengah live nieyl tengok tu dia bagi 50% jadi Rm69.33 sahaja. Nieyl tekan je korang..

Lepas tu, nieyl beli lagi Vakum, harga asal dia RM72.90 masa live dapat RM57.50.  Korang bayangkan nieyl memang macam tak sedar main bayar je.. bila dah sedar sepenuhnya tu nieyl macam check balik lepas tu nieyl gelak..Mati lah nakkk...kalau laki tahu niiiii.... hahaha ha baru nak menyesal, dah lambat..

Masa barang-barang ni sampai, siap sorok dulu dekat rumah kakak, line clear baru nieyl bawa balik letak dalam bilik sebelah, sekali tu husband nieyl tanya airfire siapa dalam bilik tu hahahaha..sis mampu senyum je...

2 comments:

  1. hahhaa..terlajak bayar, tak boleh buat apa dah la...

    ReplyDelete
  2. mesin "pengisap" debu katanya. hahaha. Gaabor Gaabor...ikut suka ko je nak translate

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)