04 August, 2025

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

 

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia | Kadang-kadang kita terlalu fokus mencari kebahagiaan dalam perkara-perkara besar – kejayaan kerjaya, pencapaian hidup, atau impian yang tercapai. Tapi semakin nieyl belajar mengenali diri, nieyl sedar… benda-benda kecil pun sebenarnya mampu memberi kita bahagia yang luar biasa.


1. Minum kopi sambil dengar lagu/muzik

Tak tahu kenapa bau dan rasa kopi tu boleh buat diri ini rasa gembira. Tak perlu habiskan beratus-ratus untuk gembirakan diri cukup kalau dapat kopi kegemaran. Boleh dikatakan setiap bulan nieyl akan spend sikit duit untuk beli kopi bila nieyl perlukan. Kita tak perlukan orang lain untuk mengembirakan diri kita sebab kita sendiri boleh happykan diri kita dengan cara kita sendiri.


2. Menulis tanpa tekanan

Macam sekarang ini, nieyl duduk dan menulis entry tanpa fikir "berapa view" atau "menarik ke" atau "ada orang baca ke" . Nieyl cuma nak menulis dan itu salah satu perkara yang buat nieyl rasa gembira. Simple je kan nak gembirakan hati nieyl ni hehehe..

Nieyl percaya setiap dari kita ini pastinya ada perkara yang boleh buat korang gembira. Kalau tak ada, cuba cari, tak perlu cari yang besar-besar, yang kecil itu lebih bermakna kadang-kadang tau.

Cubalah share dekat komen..

2 comments:

  1. gitu...yang penting, kita jaga jiwa raga kita...tak perlu nak impress orang, tak perlu nak jaga jiwa raga orang kalau jiwa raga sendiri tak bahagia..

    ReplyDelete
  2. Perkara yang menggembirakan akak adalah menulis..x kisah la ada orang baca ke xde ke..yang x banyak tu pun dah cukup buat akak gembira..lagi satu akak bahagia ngan cara akak sendiri, jaga diri, jaga peribadi, jaga nama baik, jaga mulut dan kata- kata...elakkan dari menyakiti sesiapa pun..kadang- kadang dalam x sedar melalui perkataan ada yang terasa kan..sebab tu akak sentiasa berhati- hati...other than that akak x peduli...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)