Aunty Aini's Garden Cafe | Siapa ingat nieyl share yang weekend nieyl nak outing dengan afika dan syida?Weekend baru ni lah outing nya kalau ikutkan nak bincang-bincang pasal nak pergi Terengganu next month lah. Dan kebetulan pula dah lama tak berkumpul bertiga. Afika gerak dari Batu Hadap dalam pukul8.30 pagi sampai Cyberjaya dalam pukul11.00 pagi. Nieyl dengan syida pergi pick up Afika dekat rumah kakak dia.
Oh sebelum tu biasalah, kalau outing ni wajib ada tema warna ya hehehe. Kali ni nieyl pilih warna biru. Jadi seperti biasa semua mengikut tema ya yang paling kelakarnya bila afika masuk je dalam kereta masing-masing dah tergelak besar dah sebab baju dan corak afika dengan nieyl sama ahahaha.
Tengah hari tu, kitaorang bertiga tiada hala tuju yang sebenar lagi ya. Cuma yang kita orang tahu nak pergi outing area Nilai , Seremban macam tu. Bila bertiga dah duduk satu kereta, baru kita gerak menuju ke destinasi pertama iaitu cari tempat makan. Masa tu nak masuk lunch time dah, masing-masing dah lapar.
Untuk kali ini kita pilih untuk lunch dekat Aunty Aini's Garden Cafe Nilai Negeri Sembilan. Ini kali pertama nieyl menjejakkan kaki di sini. Actually kedai makan ni betul-betul tepi jalan so, jalan drive laju memang akan terlepas pandang. Walaupun tepi jalan korang jangan risau tentang parking sebab tempat parking memang ada disediakan dan ada RELA yang jaga.
Masuk je pintu cafe ni rasa macam wow!sungguh kehijauan dalam tu memang redup dipayung oleh pokok-pokok yang besar dan cantik ya keliling dia. Love sangat.
Ni gambar teaser IG story nieyl hari tu..
Tadahh...afika here!Masa sampai tu kan, korang kena tulis nama dan berapa orang dalam buku yang disediakan. Kemudian, disediakan tempat duduk untuk menunggu. So far, hari tu tak adalah lama sangat menunggu dalam 10 minit macam tu je. Sambil menunggu tu, bolehlah snap-snap gambar dulu..
Tak sangka pula kitaorang dapat seat pondok dan duduk bersila. Teruja pula rasanya, makan dalam pondok. Korang jangan risau setiap pondok disediakan kipas atas. Dan takkan panas ok..
Ini antara lauk pauk yang kitaorang order. Actually kitaorang bertiga ni kalau keluar memang suka kongsi makanan macam ni. Nieyl order nasi 3 , telur dadar, kerabu pucuk paku, ulam sambal belacan, ikan patin tempoyak , daging salai masak lemak dan 1 jug air sirap, total dalam RM80.40
Siapa nak try makan suasana kampung, duduk bersila bolehlah makan di sini. Makanan dia pun sedap , terutamanya kerabu pucuk paku dan lemak daging salai. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap tau. oh ya lupa, nieyl baru tahu rupanya cafe garden ni mak kepada pelakon zarina anjoulie atau anju.. Itupun syida google hihihi..
Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Kampung Chelet,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Batu 16, Kampung Chelet,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
seronok nya plan nak jalan2 lagi tu...
ReplyDeletesemoga smooth je nanti ya
seronok tengok persahabatan Nieyl bertiga...
ReplyDelete