21 October, 2024

Pepahat atau Siput Buluh

Pepahat atau Siput Buluh | Siapa suka makan pepahat ni?Selalunya ada dekat restoran seafood benda ni tak pun dekat kedai makan yang dekat-dekat dengan pantai. Kalau dekat tempat ni selalu ada dekat Bagan Lalang. Petang semalam husband nieyl cakap dia nak pergi banting , tengok pekerja dia ( orang asli) mancing dan cari pepahat, mana tahu dia kata boleh beli hasil dia. 

Sebelum ini pekerja husband nieyl ada bagi juga tapi dah lama dah rasanya. Pekerja husband nieyl ni bagus tau, kadang-kadang hasil tangkapan dieorang, sikit mesti dia akan bagi dekat husband nieyl. Tapi husband nieyl dia akan ambil tapi dia akan bagi duit poket dekat orang tu, tak kisahlah rm10 ke rm20 ke kan, sebab husband kata mesti penat cari-cari benda ni guna tenaga walaupun orang asli tu dia tak minta pun duit tapi sebagai manusia, kita kena ada common sense lah pada benda-benda macam ni kan.

So, balik petang semalam husband nieyl tunjukkan hasil yang dia dapat beli dari pekerja dia tu. Alhamdulillah, banyakk..seronok nieyl tengok. Plan petang ni nak masak untuk makan malam tapi tak ada idea lagi nak masak apa..korang pernah masak tak?ce lah bagi idea dekat nieyl masak apa yang sedap pepahat ni. 


 

8 comments:

  1. My belum pernah makan siput buluh ni... tak banyak kat area sini kut.. sebab tak pernah nampak pun kat pasar

    ReplyDelete
  2. sedap ni buat sweet sour, kalau ke bagan lalang pernah kak SA order gak..

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok..Try 1 je..X bleh masuk...=D

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pepahat... Lama tak makan pepahat...
    Masak pedas, masak masam manis, masak kam heong, masak cili. Nieyl google je resipi... Nanti keluar byk... Hehe

    ReplyDelete
  5. Akk tak pernah masak siput ni. Tapi pernah makan dekat kedai ikan bakar...

    ReplyDelete
  6. pernah makan je. masak tak pernah lagi. tumis pedas2 sedap kot tu macam masak lala.

    ReplyDelete
  7. Best ni kalau buat goreng cili. Selalu kalau pi bagan lalang makan seafood mesti akan order ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus suami Nieyl tak berkira, sentiasa menghargai penat lelah orang lain.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)