25 June, 2024

Kisah di Pasar Borong Selangor

 

Kisah di Pasar Borong Selangor | Kisahnya begini hari ahad pagi pukul6.30 pagi nieyl dah bergerak ke pasar borong bersama kakak nieyl, kak ipar ngan anak buah sorang.. Sekarang ni memang boleh dikatakan setiap minggu nieyl akan pergi ke Pasar Borong ni sebab sangat jimat membeli barang-barang basah. Nak dijadikan cerita, lepas selesai membeli barang basah dan sayur. Nieyl pergi ke kedai runcit area pasar tu juga, beli minyak dan beberapa barang runcit sikitlah. 

Lepas tu bila nak start kereta nak balik, tak boleh nak start. Selalunya kalau tak boleh start nieyl akan buat magic buka bonet depan tu acah-acah pandai lepas tu tutup balik, dia akan boleh start semula. Tetapi pada hari tersebut,bunyi start yang macam starter problem, check minyak hitam semua ok, bateri ok, air pun ada. 

Teruslah call husband, minta tolong dia datang ke pasar borong bawa kereta. Dalam sejam tu dia sampai, dia pun tak boleh buat teruslah dia bawa kteorang balik. Kemudia husband ajak Abi ( iman punya ayah, ada bengkel kereta) , Abi teman husband pergi pasar borong untuk check masalah kereta. Abi kata masalah starter dan apa ntah satu lagi tu. Tak boleh buat dekat situ, kena bawa pergi bengkel.

Husband pun call nieyl minta np telefon insurans untuk panggil towing. Sejam lepas tu towing sampai dan bawa kereta ke bengkel Abi. Nasib baiklah dari pasar borong ke bengkel lebih kurang 18 km je..so, free je untuk towing. So, now nieyl tumpang syida je pergi kerja beberapa hari ni nasib baiklah syida rumah dia tak jauh dari nieyl.

Cepatlah kereta siap, kalau tidak nieyl lambat sikitlah masuk kerja dan lambat balik rumah hahaha...

6 comments:

  1. Alhamdulillah berlakunya dekat.. semoga cepat pulihlah sakitnya.. kalau x lama perlu menumpang ke opis tu :D

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusannya 🤲

    ReplyDelete
  3. semoga kete cepat2 pulih.. jenuh gak tu nak pegi balik keje kalo kete takde.. huhu

    ReplyDelete
  4. Nasib x jauh kan..kereta kalau start poblem memnag akan tergendala segala urusan...

    ReplyDelete
  5. dugaan sungguh la kan... semoga semua nya dipermudahkan yer

    ReplyDelete
  6. Dugaan tu ..haishh kadang kereta ni nak buat perangai kan ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)