16 January, 2018

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Masak Asam Pedas Ikan Pari | Bila cuti-cuti hari minggu , seronok memasak di dapur sebab tak perlu nak rushing masak. jadi boleh la buat toturial sikit itupun kalau tak ada yang kacau.. Kalau tanya pasal masak asam pedas ni, yang selalu nieyl masak guna ikan kembung ataupun ayam. Tapi last week mak nieyl suruh masak ikan pari masak asam pedas..Ok jujurnya nieyl tak pernah lagi masak ikan pari masak asam pedas ni tau, so rasa dia pun nieyl tak sure macam mana sebab nieyl memang tak makan ikan pari. Tapi tak apa..sahut cabaran baru..


Antara bahan-bahan yang diperlukan :-

* Ikan Pari
* Bawang Besar
* Bawang putih
* Halia
* Tomato
* Bunga Kantan
* Daun Kesum ( terlupa last minit baru ingat)
*Cili Kisar


Bahan-bahan yang perlu di kisarkan bersama

* Cili Kering (dah siap kisar)
* Bawang merah+ Bawang Putih + Halia di kisar sekali


Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar ( bawnag merah + halia+ Bawang putih) ,tumis sehingga naik bau..


Nieyl suka letak halba kalau masak asam pedas, bau halba tu lagi menyedapkan masakan asam pedas kita.hihihi..


Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam periuk, gaul bagi rata.


Pesan nieyl, kalau boleh cili tu biar lah dia betul-betul masak sebab tak nak nanti ada yang sakit perut pula makan asam pedas cili tak cukup masak.


Kemudia boleh masukkan air secukupnya, bergantung kepada kepekatan yang korang nak, macam nieyl suka pekat sikit so, letak air pun sikit sahaja.


Jangan lupa masukkan garam, serbuk cukup rasa kalau ada ataupun apa sahaja perisa yang korang ada untuk menambah rasa asam pedas tu.


Nama pun asam pedas kalau tak masam itu bukan asam pedas namanya. Macam nieyl suka pakai asam jawa readymade adabi tu, tapi kalau guna asam jawa yang bancuh tu pun okay...asam kan asam jawa okay..


Kemudian, masukkan bunga kantan, daun kesum kalau ade ya, daun limau purut dan bendir.. Nieyl tak dan nak pergi beli bendir dekat kedai, nieyl guna bahan yang ada di rumah sahaja. Kalau ade,lagi sedap...


Last sekali , masukkan ikan pari sampai tenggelam ya..lagi dia masak sempurna.. Oh ya, ikan pari tak perlu masak terlalu lama ya..nanti isi dia hancur. Kalau cara nieyl, lepas kuah asam pedas dah mengelegak tu,tutup api masukkan ikan..Ikan still masak dalam suhu yang panas. Jadi kalau kita hidang pun, tak hancur... 


Tada....dah siap pun asam pedas nieyl untuk family...Alhamdulillah, dapat bagi adik beradik rasa masakan asam pedas ikan pari buat kali pertama...

Selamat mencuba.. ♥


9 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)