03 January, 2018

Jenis Ular yang Ada Di Malaysia

Jenis Ular yang Ada Di Malaysia | Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun. Antara jenis ular yang beracun dan berbahaya ialah ular tedung (cobra dan king cobra) , ular kapak (Russells Viper, Malaysia Pit Viper dan Green tree pit viper) dan ular kraits.

Ular Tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juda di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. King cobra biasanya di jumpai di hutan tebal.

Ular kapak pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang ,kampung dan hutan. Manakala bagi Green tree pit viper pula di atas pokok. Ular kraits boleh didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.

TANDA-TANDA DIPATUK ULAR

Kecederaan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan size ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan dan saiz mangsa

Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :-
  • Toksin darah
  • Toksin saraf
  • Toksin jantung

Ada sesetengah kesan patukan akan di rasai dalam masa yang singkat selepas di patutk berbanding dengan kesan yang lain.
  • Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit)
  • Kesan am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas,lemaj, muntah , sakit kepala, pening , berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati
Kesan yang berlaku agak lambat
  • Bengkak , bisul, pendarahan dalam kulit dan otot dan gejala kuran aliran darah ke anggota serta kulit
  • Gejala am seperti pening, muntah , sesak nafas, demam , kejutan, gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
  • Gangguna deria sentuhan, rasa dan bau, rasa mengantuk , rasa lumpuh pada otot muka dan mata, susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
KESAN ATAU KOMPLIKASI PATUKAN ULAR

Kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleg menjadi seirus dan boleh membawa maut jika tidak di rawat dengan cepat. Antara kesan atau komplikasi yang mungkin terjadi ialah :-
  • Parut dan kesan kosmetik
  • luka,jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk
  • penyakit tetanus (kancing gigi)
  • kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan otak akibat pendarahan dalam otak
  • Luka atau parut kekal dalam mata jika ularmenyembur racun ke mata.

RAWATAN PATUKAN ULAR


Cuba ingat rupa ular tersebut. Ini mungkin akan membantu doktor dalam memilih anti venom yang sesuai. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.

  • Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain. 
  • Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati. 
  • Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata. 
  • Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki. 
  • Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling). 
  • Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan. 
  • Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.

Rawatan di hospital :
  •  Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi 
  • Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan 
  • Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan. 
  • Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan 
  • Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.
BAGAIMANA MENGELAK DARI DIPATUK ULAR

  • Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak 
  • Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak 
  • Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati. 
  • Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
info dari http://www.myhealth.gov.my

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)