Panduan Jadual Imunisasi | Pernah menjadi bualan media dan orang ramai tentang vaksin suatu ketika dahulu, jadi nieyl cuba untuk membaca dan memahami sendiri untuk kefahaman masa akan datang keluarga nieyl. Sambil membaca dan fahami nieyl share serba sedikit ilmu yang mungkin berguna untuk korang yang membaca nanti okay.
Vaksin pertama yang nieyl sendiri ambil ketika baru dilahirkan, iaitu BCG dan Hepatitis B. Rasanya kebanyakkan kita ambil 2 vaksin ini masa baru lahir. BCG adalah Basile Calmette- Cuerin dimana ianya vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis. Manakala,Tuberkulosis adalah penyakit saluran nafas yang disebabkan oleh mycobacterium, yang berkembang biak di dalam bahagian tubuh dimana terdapat banyak aliran darah dan oksigen. Infeksi bakteri ini biasanya menyebar melewati pembuluh darah dan kelenjar getah bening, tetapi secara utama menyerang paru-paru. Bakteri TB membunuh jaringan dari organ yang terinfeksi dan membuatnya sebagai kondisi yang mengancam nyawa.
Apa itu Imunisasi?
Imunisasi ialah Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Di atas ini nieyl share jadual Imunasi yang mungkin boleh menjadi rujukan kita bersama untuk menjadikan keluarga kita keluarga yang bahagia dari penyakit-penyakit yang mungkin kita boleh mencegah daripada merawat.
*Nota tentang vaksin yang kita dan anak-anak terima..
- DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis. DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
- Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
- MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
- MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
- JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
- HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
sumber : http://www.myhealth.gov.my
JE pnykit viral yg lma dlu tu kn
ReplyDeleteAkak sendiri pun lupa dah pasal cucuk ni.. tak ingat sgt dah
ReplyDeleteharitu masa isi untuk darjah 1 tu pening jugak dengan nama nama imunisasi ni haha
ReplyDelete