05 January, 2018

Hantu Durian Bila Jumpa Durian

Hantu Durian Bila Jumpa Durian | Bila tiba musim durian, yang selalu teruja nak makan durian adalah nieyl. hahaha.. sebab memang dari zaman kecil-kecil lagi nieyl memang suka makan durian, betul nieyl boleh habis kan 2 3 biji sorang-sorang tau. Cuma bila dah dewasa ni dah muak la kot so sebiji pun susah nak habiskan tapi kalau kena dengan durian yang musang king, 2 biji InsyaÁllah habis..hahaha..


Sekarang ni durian mahal, sekilo rasanya ada yang RM20 dan ada yang RM25 kalau tak silap nieyl. Last week kakak nieyl beli durian dekat kebun kawan dia, dalam sekilo RM10 macam tulah. So, memang berbaloi la beli kan.. Buah confirm elok la kan..


Dulu rumah nieyl ada pokok durian ayah tanam, tapi sampai ke sudah tak pernah berbuah bunga je lebih, buah tak pernah ada sampai lah kena terbang sebab nak besarkan jalan. Mungkin pokok durian jantan lah kot ya..kata orang laa... Bestnya kalau ada dusun durian kan, dapat makan durian fresh baru jatuh dari pokok..yumyum...boleh sharing dengan kawan-kawan..bestnyaaa...angan-angan...

3 comments:

  1. kalau akk nampak durian jer fikir tempoyak..tempoyak..sebab akk tak makan durian tapi tempoyak mmg sgt sukaaa

    ReplyDelete
  2. lama jugak takmakan durian haha walaupun suka tapi tiap kali makan mesti demam

    ReplyDelete
  3. aku suka kalau durian tu dibuat cucur..sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)