Tandas Duduk atau Tandas Cangkung jadi pilihan? | Lain orang lain pilihannya tapi pilihan nieyl adalah tandas cangkuk melainkan kalau tiada pilihan nieyl memang terpaksa rela guna tandas duduk. Selalunya kalau pergi bercuti hotel, chalet ataupun homestay biasanya mempunyai tandas duduk.
Menurut ahli mikrobiolagi Jerman Giulia Enders, sebahagian besar masyarakat negara barat menggunakan tandas jenis duduk yang lebih berisiko mendapat masalah kesihatan seperti usus, sembelit dan penyakit bakteria.
Posisi duduk untuk buang air kecil atau besar ternyata menyukarkan proses pembuangan. Hal ini juga dapat menjelaskan mengapa hemoroid (buasir) dan penyakit usus yang menyakitkan. “Sekiranya 1,2 juta orang di seluruh dunia yang memiliki budaya buang air dengan mencangkung tidak akan mempunyai masalah diverticulitis dan buasir.
Mencangkung adalah cara yang yang terbaik. Kalau korang hanya mempunyai tandas duduk dirumah, korang boleh menggunakan bangku kecil untuk meletakkan kaki ketika duduk dan menolak tubuh ke depan supaya ianya dapat membantu melancarkan pembuangan air besar. Ms Enders menyimpulkan bahwa mencangkung adalah cara yang lebih efektif untuk mengeluarkan kotoran dalam perut, daripada duduk di tandas.
“Jika korang berdiri atau duduk, ada otot yang mengelilingi yang tertarik sehingga menyumbat saluran . Mencangkung jauh lebih alami dan mengurangi tekanan yang menahan kotoran di dalam usus,” jelasnya.
Biasa nieyl tengok orang pergi tandas bawa telefon mungkin suka duduk lama-lama dalam tanad duduk sambil melepak dalam tu,ish..kalau ada, boleh lah berubah kepada tandas cangkuk untuk kesihatan yang lebih baik.
Nieyl pernah buat eksprimen tau, nieyl masuk tandas duduk dan member ada masuk tandas duduk, serius nieyl cakap nieyl keluar dul daripada dia.. Jadi, memang betul lah bila guna tandas duduk ni kita memang akan lama dalam tandas..huhuhu..
Dan lagi satu, kalau boleh yang guna tandas duduk tu sebelum masuk lap-lap la keliling tempat yang kita nak duduk tu sebab banyak bakteria yang membiak dekat situ tau...
JM suka tandas cangkung, rasa lebih puas dan selesa...
ReplyDeletetandas cangkung memang selesa nak gunakan..tp bila badan naik aka gemsss, nak mencangkung tu agak x selesa..lutut cepat lenguh terutama bila lama memerut dlm tu..hihi... dari segi kebersihan, klu pegi mana2 tempat awam..mmg tandas cangkung jadi pilihan..
ReplyDeletekalau tandas duduk plak, tak berapa selesa klu kat tempat awam sbb geli.. melainkan ade standby tisu utk alas tempat duduk...tp dulu pernah operate perut, so tandas duduk sesuai sbb xde regangan kat perut berbanding tandas cangkung,,, hihi
Mai prefer tandas cangkung.. Kalau kat pasaraya atau asrama pun pilih jenis cangkung. geli nak guna tandas duduk. tp kalau kt rumah sendiri pun terpaksa la :P
ReplyDeletesha suka tandas cangkung hahaha tandas duduk takbesttttt. kalau pi mall mesti tunggu tandas cangkung kosong kalau tak takdaknya nak masuk :p
ReplyDeletebaru tahu..selama ni suka duduk je
ReplyDeletetandas cangkung ! lebih selesa banding tandas dudukk
ReplyDeletetandas cangkung memg senang membuang,,,tapi akibat daripada meneran terlalu kuat boleh menyebabkan buasir jugak senanya...ada pro and cons dia la...
ReplyDelete