23 January, 2018

Kuih Keria Viral Melaka


Kuih Keria Viral Melaka | Weekend baru ni nieyl pergi Melaka sebab attend weeding sepupu, lepas kenduri tu memang pakat dengan kakak nieyl nak bermalam dekat rumah adik nieyl yang baru kahwin hari tu. Macam biasalah, kalau pergi melaka ni, nieyl memang nak makan keria melaka tu je, sebab nieyl pernah rasa yang konon nya keria melaka tapi boleh dapat dekat luar dari melaka, sebenarnya tak sama pun. Yang original lagi sedap..

Memula tu teringin juga nak pergi ambil pengalaman beratur panjang beli keria tu, tapi bila adik kata kena masuk bandar adeh...tak jadi lah..sebab jem teruk la lagi² weekend kan..so,dia tawar diri nak pergi beli sendiri naik motor..hihihi..

Serius adik pergi 4.00 petang pukul 6.30 petang baru sampai rumah,itupun dapat beli 4 beg je, 1 beg 10 biji..beli ada limit rupanya. Ingat boleh beli banyak-banyak..Tapi itu la lama betul beratur..nasib baiklah bukan nieyl yang pergi beratur...hahaha

Apa-apa pun keria melaka yang orang viralkan ni memang sedap,lembut je keledek dalam tu..makan panas-panas tau..klu dah sejuk tu kurang sikit.

12 comments:

  1. Kalau pergi melaka wajib beli ni! Heheh ^^ tetiba pulak terliur~

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap pula, rasa nak makan kuih ni plak

    ReplyDelete
  3. Macam sedap pula.. tetibe rasa nak makan keria.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Bila dapat yang dari tempat asalnya...gembira kan..sebab mereka ada rahsia dan teknik tersendiri...

    ReplyDelete
  5. beza ke dengan yang orang jual tu? Sebab dekat sini susah nak jumpa. Kalau ada pun pahit rasa dia :(

    ReplyDelete
  6. Kuih Keria ni dekat je ngan umah mummy tapi rasanya dah bertahun tak pi beli..hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh dia pun pergi jalan2 cari makan jugak. fav ainy ni tauuu.

    ReplyDelete
  8. nampak sedap, lama takmakan kuih keria. teringin jugak nak merasa yang viral ni

    ReplyDelete
  9. nampak macam sedap!! tapi kalau tak sedap takkan orang sanggup beratur panjang-panjang kan

    ReplyDelete
  10. adoi sedpnya..tak pernah rasa lagi..nama je duk melaka.ekkekee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)