10 January, 2018

Hari Minggu Bersama Adam

Hari Minggu Bersama Adam | Minggu lepas sehari selepas kenduri tunang acue (adik ipar bongsu) , memang berehat di rumah je. Lepas siap masak semua, biasalah relax-relax tengok movie kemudian acue hantar gambar dekat whatsapp, gambar adam dah bungkus kepala dengan kain nak ikut paklong (husband) balik rumah.  Bungkus kepala dengan kain sebab panas dekat luar,husband naik moto ikut jalan dalam 5 minit sampai lah rumah kiteorang dari rumah MIL nieyl. 


Setengah hari Adam duduk dengan nieyl, yang kelakar nya nak bagi adam tidur tengah hari..last-last nieyl yang tertidur sama hihihi.. Seronok bila Adam datang rumah sebab dia dah kenal dengan semua orang dalam rumah nieyl tu. Dan lagi satu, adam ni seorang yang berdikari..dia kalau tak ada daddy dengan mummy pun dia tak cari. 


Ini mummy adam kena admit hospital sebab demam panas, Adam tidur rumah MIL nieyl Alhamdulillah dia sangat ok,tak meragam pun..jd, sangat mudah jaga adam ni..Tapi dia takkan ikut orang yang dia tak kenal ataupun kalau orang tak kenal panggil dia pun,dia buat tak tahu je..


Abaikan bantal-bantal dekat lantai tu ya, nieyl dengan husband kalau dekat rumah suka baring tengok tv dekat ruang tamu sampai kadang-kadang tertidur...itulah bila kehidupan suami isteri di hari minggu tak ada anak..:) 

4 comments:

  1. comelnya! selalu jumpa budak nama adam comel comel haha

    ReplyDelete
  2. comelnya dia!! biasalah kat rumah ciktie pun sama mesti ada bantal dekat depan tu. senang nak baring hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)