05 October, 2017

Surprise Birthday Mak Menjadi Malam Tadi

Surprise Birthday Mak Menjadi Malam Tadi | Birthday mak nieyl jatuh pada 5 Oktober iaitu pada hari ini tapi hari ahad lepas ayah nieyl minta tolong nieyl uruskan surprise birthday untuk mak nieyl malam tadi. Sebab itu nieyl minta kawan² facebook tolong rekemen kan kawan-kawan yang buat biz kek,Alhamdulillah..nieyl dapat juga tempah kek birthday mak dengan bajet yang ayah bagi..kekeke.. Kalau nak tahu segalanya ayah yang sponsor ya..kekeke..


Tepat pada jam 8 mlm nieyl bersama adik beradik yg lain senyap² berkumpul dekat luar rumah, bawa kek masuk rumah sambil nyanyikan lagu happy birthday bersama anak² buah. Mak nieyl terkejut betul,pastu mak marah nieyl..dia kata kenapa nieyl tak ckp,sebab dia pakai baju buruk..hihihi.. kalau cakap tak surprise lah mak...Alhamdulillah...surprise betul² menjadi, terima kasih adik beradik yg sudi join sama..


Okay ini lah kek yang nieyl tempah.Nama kek ni snow cheese cake, kek ni sangat sedap dan harga dia murah antara yg termurah yg nieyl survey hari tu.. Kalau korang nak tempah kek juga yang sedap tapi murah boleh contact Kak Salmi atau boleh follow IG beliau iaitu Skalicious


Bunga khas dari ayah nieyl untuk mak nieyl..sweet kan..semoga ayah dan mak nieyl sentiasa bahagia hingga ke Jannah..Amin...3 kuntum rose merah membawa maksud I LOVE U FOREVER ♥


4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)