31 May, 2016

Biasa Guna Shortform?

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Biasa Guna Shortform? | Sejujurnya nieyl seorang yang sanagt jarang guna shortform bahasa Inggeris dalam chat atau sms sebabnya sometime orang yang meneriman mesej tu faham apa yang kita nak sampai kan tapi tidak kurang ada yang jenis tak faham tapi segan nak tanya..akan mengakibatkan miscommunication. Itu pendapat peribadi la..


Selalu nieyl terima chat atau mesej menggunakan perkataan seperti otw , tq, btw dan beberapa lagi lah, so..hari ini nieyl nak share sebenarnya terlalu banyak shorform yang boleh digunakan but make sure orang yang menerima mesej kita tu faham ataupun tahu maksud setiap shortform yang korang gunakan tu. Kalau tidak, kesian dieorang nak kena buka kamus tapi dalam kamus pun tak ada shortform² nie... chill k..




  1. AFAIK =» As Far As I Know 
  2. AFK =» Away From Keyboard 
  3. ASAP =» As Soon As Possible 
  4. BAS =» Big A$$ Smile
  5. BBL =» Be Back Later 
  6. BBN =» Bye Bye Now 
  7. BBS =» Be Back Soon 
  8. BEG =» Big Evil Grin 
  9. BF =» Boyfriend 
  10. BIBO =» Beer In, Beer Out 
  11. BRB =» Be Right Back 
  12. BTW =» By The Way 
  13. BWL =» Bursting With Laughter 
  14. C&G =» Chuckle and Grin 
  15. CICO =» Coffee In, Coffee Out 
  16. CID =» Crying In Disgrace 
  17. CNP =» Continued (in my) Next Post 
  18. CP =» Chat Post(a chat message) 
  19. CRBT =» Crying Real Big Tears 
  20. CSG =» Chuckle Snicker Grin 
  21. CYA =» See You (Seeya) 
  22. CYAL8R =» See You Later (Seeyalata) 
  23. DLTBBB =» Don't Let The Bed Bugs Bite 
  24. EG =» Evil Grin 
  25. EMSG =» Email Message 
  26. FC =» Fingers Crossed 
  27. FTBOMH =» From The Bottom Of My Heart 
  28. FYI =» For Your Information 
  29. FWIW =» For What It's Worth 
  30. GAL =» Get A Life 
  31. GF =» Girlfriend 
  32. GFN =» Gone For Now
  33.  GMBA =» Giggling My Butt Off 
  34. GMTA =» Great Minds Think Alike 
  35. GTSY =» Glad To See You 
  36. H&K =» Hug and Kiss 
  37. HAGN =» Have A Good Night 
  38. HHIS =» Hanging Head in Shame 
  39. HUB =» Head Up Butt 
  40. IAE =» In Any Event 
  41. IC =» I See 
  42. IGP =» I Gotta Pee 
  43. IMNSHO =» In My Not So Humble Opinion 
  44. IMO =» In My Opinion 
  45. IMCO =» In My Considered Opinion 
  46. IMHO =» In My Humble Opinion 
  47. IOW =» In Other Words 
  48. IRL =» In Real Life
  49. IWALU =» I Will Always Love You 
  50. JMO =» Just My Opinion 
  51. JTLYK =» Just To Let You Know 
  52. KIT =» Keep In Touch 
  53. KOC =» Kiss On Cheek 
  54. KOL =» Kiss On Lips 
  55. L8R =» Later L8R 
  56. G8R =» Later 'Gater 
  57. LHM =» Lord Help Me 
  58. LHO =» Laughing Head Off 
  59. LHU =» Lord Help Us 
  60. LMAO =» Laughing My A$$ Off 
  61. LMSO =» Laughing My Socks Off 
  62. LOL =» Laugh Out Loud / Lots of Laughs / Lot of Love 
  63. LSHMBB =» Laughing So Hard My Belly is Bouncing 
  64. LSHMBH =» Laughing So Hard My Belly Hurts 
  65. LSHTTARDML =» Laughing So Hard The Tears Are Running Down My Leg 
  66. LTNS =» Long Time No See 
  67. LTS =» Laughing To Self 
  68. LUWAMH =» Love You With All My Heart 
  69. LY =» Love Ya 
  70. MTF =» More To Follow 
  71. NRN =» No Reply Necessary 
  72. NADT =» Not A Darn Thing 
  73. OIC =» Oh, I See 
  74. OL =» Old Lady (significant other) 
  75. OM =» Old Man (significant other) 
  76. OMG =» Oh My God 
  77. OTOH =» On The Other Hand 
  78. OTTOMH =» Off The Top of My Head 
  79. PDS =» Please Don't Shoot 
  80. PITA =» Pain In The A$$ 
  81. PM =» Private Message 
  82. PMFJI =» Pardon Me For Jumping In 
  83. PMP =» Peed My Pants 
  84. POAHF =» Put On A Happy Face 
  85. QSL =» Reply 
  86. QSO =» Conversation 
  87. QT =» Cutie ROFL =» Rolling On Floor Laughing 
  88. ROFLAPMP =» ROFL And Peeing My Pants 
  89. ROFLMAO =» ROFL My A$$ Off 
  90. ROFLMAOAY =» ROFLMAO At You 
  91. ROFLMAOWTIME =» ROFLMAO With Tears In My Eyes 
  92. ROFLUTSROFL =» Unable to Speak R
  93. TFM =» Read The F****** Manual! 
  94. SETE =» Smiling Ear To Ear 
  95. SHID =» Slaps Head In Disgust 
  96. SNERT =» Snot-Nosed Egotistical Rude Teenager 
  97. SO =» Significant Other 
  98. SOT =» Short Of Time 
  99. SOTMG =» Short Of Time Must Go 
  100. SWAK =» Sealed With A Kiss 
  101. SWAS =» Scientific Wild A$$ Guess 
  102. SWL =» Screaming with Laughter 
  103. SYS =» See You Soon TA =» Thanks Again 
  104. TGIF =» Thank God It's Friday 
  105. TCOY =» Take Care Of Yourself 
  106. TILII =» Tell It Like It Is 
  107. TNT =» Till Next Time 
  108. TOY =» Thinking Of You 
  109. TTFN =» Ta Ta For Now 
  110. TTYL =» Talk To You Later 
  111. WAS =» Wild A$$ Guess 
  112. WB =» Welcome Back 
  113. WTH =» What/Who The Heck (or sub an 'F' for the 'H') 
  114. WTF =» The World Taekwondo Federation (jangan nak mencarut saja, hehehe) 
  115. YBS =» You'll Be Sorry 
  116. YG =» Young Gentleman 
  117. YL =» Young Lady 
  118. YM =» Young Man


                     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


*STICKY POST*



Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.

SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.

Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah : 

Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy



Testimoni daripada pelanggan kami : 



Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Like facebook penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

2. Follow instagram penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

3. Follow Blog penaja
Nalmr Blog

4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.

6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +.
7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini. 

Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.


SENARAI HADIAH PEMENANG

Produk dari SassyRose x Tempat Pertama
Produk dari SassyRose x Tempat Kedua
Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga

Pemenang dipilih secara random

Semoga berjaya semua.. Terima kasih


p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Baiknya hati kamu nuffnang

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Baiknya hati kamu nuffnang |  Syukur Alhamdulillah...terima kasih nuffnang! kalau ada ternampak mana² iklan dibawa..rajin² la klik..hihi... ♥♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sepakat Membawa Berkat

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sepakat Membawa Berkat | Sudah menjadi rutin dekat kawasan rumah MIL nieyl, akan buat bacaan yassin dan tahlil bergilir-gilir di rumah jiran² MIL. Masak memasak semua di rumah MIL nieyl, kita rewang bersama. Untuk buat kenduri tahlil dan bacaan yassin nie lorong rumah MIL nieyl akan share beberapa rumah yang rapat adalah dalam 6 buah rumah macam tu. 

Kagum nieyl tengok kesungguhan jiran² MIL nieyl, sebab tidak semua kawasan perumahan (taman ) yang ada 1 kelompok yang akrab dan always together what ever we do.. Macam kampung sudah tentulah kita akan sepakat sekampung kalau buat apa² pun kan. So,bersyukur sangat MIL nieyl dapat jiran² yang baik,bertahun dah duduk berjiran ngan dieorang..susah senang bersama.

Bukan sahaja mak-mak je yang rapat, anak menantu masing² pun rapat seperti one family. Dan kitaorang pun ada group whatsapp tau..haha..apa² semua share kat situ..

Ok da..nak story pasal majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menyambut bulan ramadhan akan tiba lagi beberapa hari sahaja lagi..excited sgt tahun nie nak berpuasa,semoga Allah permudahkan semua ibadah kita disepanjang tahun..Amin..
Untuk majlis kali nie, disediakan 3 khemah...biasanya 2 khemah je..bila dah 3 khemah nie nampak lebih selesa lah orang nak duduk makan kan..tak perlu nak tunggu orang lain abis makan kita nak duduk kan..
 Alhamdulillah..selalu jamuan raya je kteorang buat bunting,start tahun nie buat bunting untuk majlis bacaan yassin dan tahlil..Sebab sepanjang tahun InsyaÁllah akan ada buat lagi bacaan yassin dan tahlil arwah seprti tahun² lepas.Jadi,bunting tu boleh di gunakan sampai bila²...
 Kalau sekali tengok macam kenduri orang kahwin, sebab semuanya guna tray bertutup macam tu. Itu untungnya ada family yang buat katering,so..tak perlu nak sewa menyewa kat orang.Semuanya guna sendiri punya.Actually En,husband nieyl punya katering.. ♥
Perkara yang wajib adalah wefieeee..sebab hanya gambar sahaja yang boleh dijadikan kenangan kerana masa yang lalu tidak mungkin boleh di undur kembali.  Kiri sekali tu MIL nieyl, adik ipar nieyl dan biras nieyl bersama adam.
Gambar nie memang tak boleh blaaa...nieyl tengah ambil makanan,dieorang nak berwefieee,sanggup tu menyelit jugak tu...yang berbaju hijau tu jiran MIL,kteorang dah anggap macam mak kiteorang dah..sangat sporting..
Wefie again di mana diri ku yang tak berapa nak slim kena menyorok kat belakang tu supaya sentiasa nampak slim walaupun tak slim mana pun..haha..so,itu teknik nya ok kalau nak nampak kurus di dalam gambar..haha...tiru tau.. :P
Finally...kanan tu adik ipar nieyl yang paling bongsu,tinggal sorang je yang tak kawen lagi..insyaÁllah coming soon..bila tu,tak tahu lagi...susah kteorang nak berkumpul wefie berempat. So,malam tu dapat lah sekeping...

Doakan kesihatan nieyl dan adik ipar nieyl,moga² akan tiba masa kami merasa menjadi seorang ibu ya.. muaaahhh!♥




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Suka Nyanyi Ketika Mandi

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Suka Nyanyi Ketika Mandi | Ada yang suka menyumbangkan lagu ketika mandi?haha..baik mengaku..kalau nieyl, sometime la bila hati tengah gembira tidak terkata secara automatik akan menyanyi dalam bilik air..huhu..

Menurut banyak kajian, orang yang bebas dari stress biasanya lebih bahagia. Otak akan lebih banyak melepaskan hormon kebahagiaan sehingga suasana hati menjadi lebih baik. Dengan hati yang bahagia, kita pun jadi lebih mudah berfikir positif saat menghadapi masalah. 

Jadi, jika rasa bahagia bolehlah teruskan menyanyi di bilik mandi cuma janganlah sampai ada yang "menyahut ingin berduet" pula.hehe



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ku gagahkan jua

by on May 31, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ku gagahkan jua | Rentetan kes semalam hari ini buat keputusan untuk pergi kerja walaupun badan masih lemah sikit sebab ulang alik ke toilet cuma tak sekerap semalam la..hari ini kira ok lagi hanya 4 jam skali pergi toilet. Setakat jam 9.30 pagi dah 2 botol air (500ml) habis di minum. Untuk beri tenaga semula dalam badan supaya tidak kekurangan air dalam badan. 

Kenapa tak ambil MC?yang pertama tak larat nak tunggu lelama kat klinik, yang kedua kalau mc boring duduk dekat rumah baring je tak buat apa²..sebab itulah gagahkan diri dtg kerja hari ini.. InsyaÁllah hari ini lebih baik dr semalam. 

Thanks pada yang mendoakan kesihatan nieyl ♥

Gaviscon di hari pertama...
Hari ke-2 Eno halia..hopefully,keluarlah angin² yang degil nie..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

30 May, 2016

Tummy Trouble

by on May 30, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tummy Trouble | Inilah akibatnya bila cuti tak jaga pemakanan dengan baik. Merasakan kesannya di pagi isnin yang sepatutnya kau kena pergi kerja.. Actually skrg nie pun sampai dekat office tapi tummy nie masih buat hal..Sangat tidak selesa bila kerap ke toilet, senak perut di mana angin berkumpul tak nak keluar dari badan.. :( 

Muka semestinya lah monyok macam kerang busuk sebab menahan sakit angin perut nie.. Mata mula menunjukkan tanda² perlukan rehat.. Badan dah mula rasa sengal² bisa akibat angin.. Hopefully,mampu bertahan sehingga jam 4.30 petang. Happy working semua!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 May, 2016

Boyfriend baru

by on May 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Boyfriend baru | Hari jumaat dunia blog macam suram sikit rasanya..terutamanya blog nieyl ni la..hihi..lose idea..kalau hari² lain insya'Allah banyak je benda nak share. Meh nak kenalkan boyfriend baru nieyl kini dah 8 bulan dah...Tahun ni tahun pertama adam beraya..excited kan..mesti dapat banyak duit raya,siapkan beg besar² tau...

Semoga adam menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki,sentiasa membantu orang lain dan maklong doakan semoga adam sentiasa di lindungi dan diberkati hidup..Amin...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Faizal Tahir - Sejati (Official Lyric Video)

by on May 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

OST drama Jasmine..
lagu nie sekali nieyl dengar..memang kena dengan selera nieyl..
best juga..FT kalau buat lagu..memang tak pernah mengecewakan..
semua best²...
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Cara Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan

by on May 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan | Kalau topik angin dalam badan, sememangnya sesuai dengan diri ini. Orang kata kalau kita berurut akan keluar dengan macam sendawa ke kan..tapi nieyl tak,kalau sendawa pun sekali je macam tu. 

Masa mula² tu memang tak tahu yang badan nie jenis yang berangin, so kita pun makan la apa sahaja tanpa fikir panjang. One day tu makan cempedak goreng, wow!sedapkan..makan tak banyak pun dalam seulas dua macam tu,tapi dia punya effect sememang sangat sengsara hidup,nak tidur malam pun susah.

Sejak dari itulah, sangat berhati² dalam permilihan makan yang berangin sememangnya di elakkan sama sekali sebabnya hanya orang yang mengalami nya sahaja yang akan tahu macam mana rasanya bila badan sakit.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi dari masalah angin dalam badan ini. 

1. Jaga dan kawal makan. Elak makan banyak makanan ringan serta air berkarbonat kerana air berkarbonat mengandungi gas yang membuatkan angin terkumpul di dalam badan kamu itu. 

2. Makan lebih sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan kerana buah-buah mengandungi protein dan zat yang dapat menstabilkan sistem pecernaan kamu. 

3. Kunyah makanan dengan betul agar makanan tersebut mudah dicerna dan dihadam nanti. Jangan makan dengan laju juga kerana ia akan menelan udara dengan lebih banyak. 

4. Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Ini akan menyebabkan gas terkumpul dalam perut. 

5. Elakkan perut kosong atau lapar. Makan dengan jumlah yang sikit namun kerap bagi mengelakkan dari perut kosong dan lapar. 

6. Minum air halia. Halia dapat membuang angin berlebihan di dalam perut. 

7. Elak mengunyah gula-gula getah dan kurangkan merokok. Yang penting sekali kamu harus rajin bersenam.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Events at Wisma Minlon

by on May 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Morning..pepagi dah dapat whatsapp yang menaikkan nafsu membeli belah ku..
nasib baik boleh kawal lagi..sbb tak gaji lagi..haha..
nah!share kat sini...

Jualan Gudang Pre Raya dengan harga dari RM1 sahaja! Pakaian, Kasut berjenama dan Barangan Harian boleh didapati dengan harga yang rendah! Jom tagkan nama kawan dan datang beramai-ramai sebelum jualan tamat!

 Lokasi: Wisma Minlon Seri Kembangan
 Tarikh: Bermula 26th May (Khamis)   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 May, 2016

Semalam Pergi Dating

by on May 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Semalam Pergi Dating | Semalam seharian nieyl tak update blog kan..mana yang follow IG nieyl tu tahu la yang semalam nieyl ambil cuti. Ambil kesempatan untuk keluar date ngan Bff yang merangkap biras nieyl. Yela walaupun 1 family tapi kteorang nie tersangat la jarang berjumpa sebab dia kerja shift so,bila kita cuti dia kerja..So,semalam nieyl ambil cuti dan hang out dengan dia dan ditemani boyfriend kecil kami..

Cuti bukan bersuka ria sangat pun, keluar ni pun sebab ada discussion #newproject InsyaÁllah..coming soon..tak boleh nak story lelebih kat sini lagi..
Boyfriend maklong sepanjang hari semalam.Adam anak yang baik,tak dengar pun suara dia menangis sepanjang berjalan. Cukup masa dia minum susu,makan,tidur..main.. Even kata mummy dia,kalau mummy drive,dia akan duduk kat seat car tu diam² je..tak meragam pun..bagus adam nie..memahami..♥ 
Semalam sebelum makanan maklong ngan mummy sampai..suap adam makan dlu..lapar dia banyak dia makan semalam..Alhamdulillah,misi semalam untuk pergi survey beberapa tempat terlaksana. Dalam sehari 3 tempat kteorang pergi..Akhirnya dapat apa yang dicari..suka²..rasa tak sabar untuk ke next step.. :) doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar yea...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 May, 2016

Tadarrus Al - Quran

by on May 24, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tadarrus Al - Quran | Tinggal beberapa hari sahaja kita bakal bertemu dengan ramadhan lagi pada tahun ini,semoga tahun akan datang juga kita akan bertemu lagi,Insya'Allah.. Sudah menjadi satu amalan ketika berada di bulan Ramadhan, Office akan buat tadarrus Al-Quran mengikut kumpulan. 

Jika sebelum ni pembahagian di buat oleh Ajk Biro Agama, so..redha je nama di letakkan di kumpulan mana. Tapi pada tahun ini pembaharuan dilakukan sempena keseronokan bekerja. Pembahagian di tentukan sendiri oleh kita. Nak kumpulan mana dan ahli bersama siapa.

So, semoga pembaharuan pembahagian ini memberikan semangat baru pada mereka² yang lain. Berebut² nak pilih kumpulan dan juzuk yang nak dibaca nanti.. Memula ambil kumpulan 9,tapi ada orang yang lebih laju dr kami² ini..so,ambil la kumpulan 9 juzuk 23 surah As-Saffaat, Saad dan Az-Zumar.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kekayaan dan Kebahagiaan

by on May 24, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kekayaan dan Kebahagiaan | Sungguh benar kata-kata Prof. Dr. Muhaya ini. Jika kebahagiaan boleh dibeli dengan kekayaan, pasti semua orang kaya bahagia dan orang yang miskin sengsara. Tetapi dengan rahmat Allah, tidak kira jika kita miliki harta atau tidak, kebahagiaan itu boleh dikecapi oleh orang yang mengingati-Nya.

Bayangkan jika kebahagiaan itu boleh dibeli pasti orang miskin tidak dapat sempat menikmati nikmat bahagia itu kan sebab semuanya di beli oleh orang kaya. Hebat perjalanan dan ciptaan Allah untuk hambanya.

Tapi hakikat hidup ini banyak kita lihat orang miskin yang bahagia dengan rezekinya yang sedikit tetapi berkat, sebalik banyak orang yang kaya hidup dalam kegusaran dan jauh daripada ketenangan. Kalau kebahagiaan itu sesuatu yang kita nampak bentuknya dan boleh dipegang dan kita tahu di mana tempat, tentu orang akan berpusu-pusu bertumpu di tempat itu mendapatkan kebahagiaan. Sebenarnya yang membuatkan seseorang itu bahagia adalah diri kita sendiri.

Semoga kita semua menemui kebahagiaan dalam kesederhanaan.Insya'Allah..







  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

L.O.V.E

by on May 24, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Morning Semua!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 May, 2016

Review :Nail buffer

by on May 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

4 step nail buffer | Sejak² tahu menggunakan nail buffer nie, sebulan 2x mesti kasi kuku berkilat..ceh!berkilat la sangat kan. Padahal,balik kerja membasuh tak berhenti².. Tak ada maknanya nak berkilat sangat ya.. Tapi kalau kat office, terajin kadang² mengilatkan kuku. Nak pergi mani pedi entah bila. Tapi kalau ada peluang tu,memang nak try mani pedi ni..nampak seronok je orang dok bersihkan kuku kita,kilatkan kuku kita..

Meh nak share sikit apa yang nieyl bejar dalam kelas grooming session masa pergi kursus bulan Feb yang lepas. Dalam kelas tu dia ajar macam mana kita nak gunakan nail buffer ni dengan betul. 


Sebelum tu, korang boleh beli nail buffer ni dekat guardian harga dia dalam RM5.++ tapi nasiblah sebab nail buffer nie sangat² hot, asyik nak beli je habis..So,nieyl syorkan kalau nak beli tu beli la 2 atau 3 standby...huhu..bagi yang mementingkan kecantikan kuku..dia akan buat macam tu.Dalam handbag mesti ada 1..


1st Step | Ok yang kasar² hitam ni kita gunakan untuk membentuk kuku. Bagi kuku kita tu terbentuk cantik je. Nak guna kan dia,hanya pada 1 arah sahaja. So,jangan kiri kanan kiri kanan tau..nanti rosak kuku nanti.


Step 2 | Gunakan bahagian yang berwarna hijau ini untuk membuang kotoran yang ada pada permukaan kuku kita tu. Nampak je kuku kita tu bersih kan. Try gosok tengok apa yang akan terjadi atas permukaan kuku kita tu.
Nampak tak?dia akan keluar habuk² halus berwarna putih. Ha..kalau sesiapa yang tak pernah buat kuku, mesti habuk lagi banyak. Sebab nieyl dulu pun first time buat,banyak habuk mahu taknya bertahun kot tak pernah gosok macam nie buang habuk kuku..hihihi..


Step 3 | Lepas kita dah kikis habuk² tebal tu, gunakan yang berwarna pink ni untuk meratakan kembali permukaan kuku yang kita dah kikis habuk tadi tu dengan cara depan belakang depan belakang.


Step 4 | Langkah yang terakhir yang nieyl suka sangat adalah melicinkan permukaan kuku supaya bersinar bak berlian..cehwah!

Ok,ini buktinya..sebelum dan selepas tetapi harus di ingatkan kalau korang nak dapatkan kuku yg licin seperti nieyl nie,make sure korang kena ikut setiap step yang nieyl bagitahu tadi jangan skip.. Kalau korang tak ingat step nie tak apa..dekat nail buffer tu dia ada tulis nombor 1-3 so, korang ikut sahaja nombor tu okey.. kalau nak sentiasa berkilat, lepas langkah yang terakhir korang boleh sapu kuku korang dengan vitamin pengilat kuku.. :)

Oklah sekian,ini sahaja yang nieyl nak share ngan korang petang nie...selamat mencuba...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png