19 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 7

by on March 19, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 7 | Sejak Ramadhan ni kan nieyl rasa entry nieyl 90% pasal makanan je kan hahaha, Tapi tak apalah nieyl abadikan sebagai memori kenangan dalam blog. Menu berbuka puasa untuk hari ke 7 disiarkan awal ya pagi ni,jangan ada yang tenung monitor pula pagi ni ya. Menu berbuka puasa semalam mak nieyl yang masak. Sambal aya, telur goreng dan sayur kangkung. Roti goreng sardin tu nieyl yang buat, hari ini buat banyak sedekah juadah berbuka dekat adik beradik.  Kita membalas semula apa yang dieorang dah berikan hari tu untuk pulangkan pinggan, mangkuk.. Ha..macam itula kita adik beradik bila duduk rumah dekat-dekat ni, masak lebih boleh kongsi kan..besar pahala..

Jangan Pernah Berhenti

by on March 19, 2024

Assalamualaikum...
Selamat Pagi dan selamat hari selasa..
Semoga hari ini segala dipermudahkan urusan kita..
Pagi ni nieyl ke Pasar Borong selangor, 
nak cari barang basah untuk minggu ni..

Setiap hari nieyl tidak pernah berhenti meminta
diberikan rezeki kerja, diberikan rezeki zuriat..
sebab Allah pasti beri cuma belum tiba masanya untuk diberikan..
Jadi, korang pun jangan berhenti meminta tau..
Insya'Allah Allah pasti akan beri bila tiba masanya..

18 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 5 dan Day 6

by on March 18, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 5 dan Day 6 | Maaf korang, hari ini blog nieyl dipenuhi dengan entry makanan. Tak apa kan, nanti kot-kot dapat bagi korang idea nak masak apa hari ni kan. Untuk kali ni nieyl share menu berbuka puasa nieyl untuk hari ke 5 dan ke 6. Gambar atas sekali ni adalah menu untuk hari ke 5. Special sikit sebab tomyam ayam, terung masak cili api dan popia cabornara ni kakak nieyl yang dekat KL yang masak. Dia berbuka dekat rumah nieyl sabtu hari tu dan nieyl masak nasi, masak telur dadar dan buat air je..hehehe..

Yang ini menu nieyl masak semalam, husband nieyl nak makan ayam goreng kunyit, telur hancur kicap dan juga suo kosong. Popia carbonara ni adik ipar nieyl hantar dan pastry hotdog tu anak buah nieyl, bella dia buat. Bella ni setiap hari dia akan masak 1 jenis kuih dan dia hantar dekat nieyl untuk rasa dia cakap hahaha, nieyl jadi dia punya testimoni..haha, tak apalah asalkan ko rajin pergi dapur, jangan nak malas-malas..

Kalau atas tadi, husband nieyl requestkan..yang ni mak nieyl request pula tak nak makan nasi buka, dia nak makan mee bandung, jadi ku turuti hehehe..Ha, begitulah nieyl, sebab selera masing-masing lain kan. Nasib baiklah simple-simple je menu yang dia minta tu, kalau yang susah-susah, memang nieyl beli je la hahaha..





Menu Berbuka Puasa Day 4

by on March 18, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 4 | Weekend nieyl memang tak sempat nak update blog, jadi hari isnin baru ada ruang sikit untuk nieyl update. Untuk hari ini nieyl share menu berbuka puasa nieyl day 4 (Jumaat) . Bila dah hari-hari makan nasi berlauk kan, tukar selera pula jumaat hari tu, nieyl masak nasi goreng kebetulan ada ayam goreng lebih hari khamis tu , jangan membazir, kita masak nasi goreng. Kemudian nieyl masak sambal sotong petai dan goreng telur. Kuih tu abg nieyl yang bagi, Alhamdulillah itu je menu nieyl yang simple yang penting kenyang kan, betul tak?

Tarawih Ramadhan 2024

by on March 18, 2024


Tarawih Ramadhan 2024 | Alhamdulillah, ramadhan tahun ni nieyl dapat tarawih di Masjid. Hari pertama dan kedua, nieyl pergi sorang-sorang je, mak nieyl dia batuk-batuk jadi dia buat tarawih dekat rumah je. Dan hari ke-3 dan ke-4 nieyl pergi dengan anak buah nieyl, bella dia cuti . Hari ke 5 dah tak dapat nak pergi tarawih, sebab ABC..hehehe.. Tahun ni awal pula..

Hari pertama tarawih penuh sangat masjid dengan orang, masuk hari kedua pun masih ramai tapi bila dah hari ke 4 tu saf pun dah pendek sikit, jadi nieyl kalau sampai memang kena cop tempat di tengah-tengah bawah kipas ya, hehehe..tak bergerak, sebab walaupun pasang aircond, bila dah ramai-ramai memang akan terasa bahang haba tu. 
Nasib baiklah anak buah sorang ni, nak juga pergi tarawih teman makcik dia ni. Kalau tidak memang sorang-sorang je pergi masjid tu. Kalau pergi sorang, memang betul-betul sampai, solat sunat, solat isyak, solat tarawih, habis je terus balikk..tak pandang dah kiri kanan. 


Bila kita solat tarawih ni kan, Ya Allah macam-macam dugaan dalam masjid. Ingat lagi masa hari ke-3 tu masa tengah solat, ada seorang budak lelaki boleh pula dia berlari depan jemaah ni, depan nieyl. Aduhai..sabar jela..Bukan ada, macam nieyl pakai cermin mata bila nak solat memang nieyl akan buka dan letak cermin mata dalam beg dan beg tu memang kita akan letak depan kita tu kan, masa budak tu berlari, maaf cakap la memang tak khusyuk sebab takut dia terpijak beg tu..naya sunggah la..

Lepas tu, rakaat ke berapa ntah..tiba-tiba ada budak menangis terjerit-jerit ,mungkin masa tu mak dia tengah solat. Memang nieyl cakap tak boleh nak fokus, aduhaii..macam-macam hal lagi lah..Tapi bila nieyl fikir positif balik, masa tarawih je moment tu ada..hehehe..

Korang tahun ni dah pergi solat tarawih dekat masjid belum?ke korang tarawih di rumah je.

Make It A Great One Today

by on March 18, 2024

 

Assalamualaikum..
Hari ni masuk 7 Ramdhan dah kan..
Ya Allah, sekejap je dah minggu berpuasa kan...
Semalam nieyl baru je selesai kemas-kemas bilik...
Setiap kali kemas kan, semestinya berplastik-plastik barang yang tak diperlukan..
Bila dah clear kan, nanti entah macam mana penuh semula hahaha...

Selamat bekerja..
Selamat Berpuasa...

15 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 3

by on March 15, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 3 | Ada yang tertunggu ke entry menu berbuka nieyl hihihi, semalam nieyl yang masak untuk berbuka dan nieyl start masak agak lewat juga pukul5.30 dan siap 6.40 petang. Lauk nieyl simple je, ayam goreng kunyit tapi nieyl tak guna isi ayam semata, nieyl masak seketul-seketul hahaha, kemudian nieyl masak sup petola campur dengan cendawan request mak nieyl nak makan berkuah dan tak lupa sambal telur hancur fav husband nieyl. 

Petang tadi dia buka tudung saji, nampak telur hancur dia tu terus puji isteri dia.Husband nieyl ni dia makan nak kena ada pedas-pedas sikit,kalau tak ada dia akan tanya tak ada sambal ke.. Hari ni nieyl plan nak masak sambal sotong petai itu je sekarang ni dalam kepala, sayur dan satu lagi lauk tak ada lagi..Esook nieyl share menu berbuka nieyl okay..

 

Kurma Viral Nak Juga Tengok Rupa Dia

by on March 15, 2024


Kurma Viral Nak Juga Tengok Rupa Dia | Kalau layan TikTok tu memang selalu la nampak orang share makan kurma bersama butter. Tak ada pula rasa teringin nak buat ke nak rasa ke apa, tapi bila anak buah nieyl yang buat, adoi..terliur juga di buatnya sebab dia letak kekacang atas butter tu. Tengok pun dah menarik, apatah lagi makan kan. 

*abaikan tangan belakang tu ya, tangan anak buah lelaki nieyl*

Yang anak buah nieyl buat ni, dia guna anchor butter dan juga kurma ajwa. Jujur nieyl cakap untuk pertama kali merasainya, tak boleh makan sebiji, kena makan 2 biji baru rasa nikmatnya.hahaha..Tapi korang, setakat nak cuba rasa tu bagus tapi jangan ambil lebih-lebih tau, cukup la sekadar merasa benda viral ni. . Kalau nak buat, buatlah versi letak kacang-kacang ni sedap tau.. 

Salam Jumaat

by on March 15, 2024

Assalamualaikum..
Salam jumaat untuk first week ramadhan..
Ramadhan ke 4 hari ini..Alhamdulillah...
Semoga segala ibadah kita di terima Allah...

 

14 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 2

by on March 14, 2024

 

Menu Berbuka Puasa Day 2 | Saje je nak share menu buka puasa waktu tengah hari, ala bukan nak buat korang terliur tau,manalah tahu tengah hari kan tak boleh makan, mesti korang cari idea nak masak lauk berbuka kan, ni tengok entry nieyl ni manalah tahu ada idea nanti kan.

Untuk menu semalam, mak nieyl yang masak sebab ayah nieyl nak bawa bekal pergi kerja. Jadi kalau mak nieyl masuk dapur, nieyl dah boleh baca dah dia punya menu pastinya menggunakan santan. So, dia masak kari ikan, sayur kangkung ,sambal tempe dan mee goreng. Cucur ketam tu anak buah nieyl yang masak, dia bagi untuk berbuka. Alhamdulillah..setiap hari ada je yang hantar menu tambahan. 

So, hari ini nieyl yang akan masak lauk berbuka. Tak ada lagi idea nak masak apa, belum dapat ilham lagi. Tapi rasanya berasaskan ayam..Esok la nieyl share okay...korang share la juga dekat entry korang menu berbuka, boleh nieyl intai nanti dapat juga idea nanti hehehe..