12 April, 2017

Lunch di Assam House Putrajaya

by on April 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Lunch di Assam House Putrajaya | Baru-baru ini nieyl bersama beberapa rakan sekerja di jemput oleh mantan boss nieyl 9 tahun yg lalu, pergi lunch together boss belanja..hihihi..Alhamdulillah, mantan boss dapat naik pangkat dan telah berhijrah ke Kementerian lain. Selamat Maju jaya boss!



Tempat lunch kali ini nieyl dengan kak naz pilih di Restoran Assam House Putrajaya ayer@8 , rasanya orang-orang yang tinggal area putrajaya ni tahu lah dekat mana restoran ni. Ini kali kedua nieyl lunch dekat sini. Biasanya kalau orang yang repeat makan tempat yang sama tu, mestilah tempat itu best dan sedap.


Makanan yang nieyl try rasa nama dia Black Pepper Seafood, dalam plate tu ada keropok, telur mata, nasi putih, sayur pak choy dan Seafood yang di masak black pepper tapi kalau korang first time mai restoran ni nieyl syorkan korang try dulu menu femes dia Assam Curry..memang terbaik..memang sedap. Masa first time datang, itulah yang nieyl order..memang tidak mengecewakan. 

Restoran Assam House sangat selesa, bersih dan kemas. Makanan pun kita tidak perlu nak tunggu lama sangat. Kalau sembang-sembang tu tup-tup sampai dah makanan kita tu. Kalau korang nak booking table pun boleh,just call sahaja. Kepada yang singgah putrajaya, tak tahu nak makan di mana, meh try Restoran Assam House!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kontest Siapa Nama Baby Hasrul Hassan

by on April 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa Nama Baby Hasrul Hassan


Actually kan..ada 2 nama yang terlintas di fikiran nie..tapi for sure dah ada orang teka nama tu, macam tak best pula kalau pilih yang orang lain dah pilih kan..so, nieyl try pilih HASIF FITRI.. 

Ucapan nieyl untuk baby baru HH..
" semoga dirimu menjadi hamba Allah yang sentiasa dilindungi  dan menjadi insan yang sentiasa berada dalam keredhaan-Nya serta menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat..InsyaÁllah Ameen"

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dorayaki from Japan

by on April 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dorayaki from Japan | Siapa suka tengok cerita kartun doraemon? Tahu tak kuih kegemaran doraemon dan Nobita apa?ha..nama dia Dorayaki. Kuih ini menjadi salah satu kuih tradisional di Jepun. Dorayaki ini di Malaysia pun ada jual sekarang, cuma bila dapat rasa yang memang original dari Jepun, sangat berbeza rasanya. Sudah semestinya Original punya lagi terbaik dan sedap.Di antara 2 lapisan tu di tengah-tengah berintikan kacang merah, chocolate dan pelbagai lagi.  Bertuah rasanya dapat rasa semalam..TQ kepada pemberi..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 April, 2017

Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Bersih Dan Sihat

by on April 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Bersih Dan Sihat |  Neutrogena Menjadi Pilihan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat | Neutrogena adalah satu produk penjagaan kecantikan yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk semua jenis kulit. Nieyl sangat beruntung berpeluang mencuba produk rangkaian Neutrogena sekali lagi. [ artikel lama ]


Neutrogena happy Skin 24/7 Bagi seorang yang bekerjaya penjagaan kulit muka adalah menjadi keutamaan untuk memberi semangat dalam menjalani hari-hari yang penuh dengan dugaan dan halangan dalam rutin seharian di pejabat. Bila kulit sihat dan bersih secara tidak langsung ianya merangsang satu perasaan happy dan confident sepanjang hari. Kalau lihat jenis kulit nieyl nie lebih kepada jenis kulit yang normal, so rangkaian Neutrogena yang nieyl try adalah Neutrogena deep clean foaming cleanser, deep clean cleansing oil to foam dan deep clean blackhead eliminating daily Scrub.



Neutrogena Deep Clean foaming cleanser

Neutrogena Deep Clean foaming cleanser Ianya merupakan pembersih muka yang berkesan menghilangkan 99% daripada sel-sel kotoran, minyak dan kulit mati disamping membantu kelembapan kulit,mengawal minyak dan menjadikan kulit muka kita lebih seimbang dan sihat sepanjang hari. Caranya menggunakannya hanya picit sedikit ke tapak tangan,gosok hingga berbuih dan urut pada muka dan bilas dengan air bersih. Harga Neutrogena Deep Clean Foaming cleanser hanya RM 18.70 sahaja.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub 


Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Boleh dikatakan setiap orang termasuk nieyl akan ada blackhead di area hidung terutamanya kan, so korang juga boleh try gunakan blackhead eliminating daily scrub sebabnya ianya menanggalkan blackhead yang sedia ada dan ia juga bertindak mencegah blackhead daripada tumbuh lagi dan lagi. Scrub ini adalah sangat lembut dan ianya tidak akan membuat kulit kita kering malah ianya mengawal minyak di kulit muka kita. Harga untuk deep clean blackhead eliminating daily scrub ini hanya RM 23.70 sahaja.


Neutrogena Deep Clean Cleasing Oil To Foam

Neutrogena Deep Clean Cleasing Oil To Foam Kebiasaannya nieyl atau korang yang bermake up walaupun tidak tebal, selalu akan menggunakan make up remover dan kemudian baru guna pembersih muka betul tak? So, dengan deep clean cleasing oil to foam ini kita tidak perlu lagi menggunakan 2 item yang berlainan sebab ianya 2 in 1 dimana ia bertindak sebagai make up remover dan pembersih pada masa yang sama. Untuk muslimah sangat bagus,sebab tidak perlu buang masa untuk remove make up menggunakan tisu basah lagi, terus sahaja menggunakan 2 in 1 deep clean cleasing oil to foam untuk kulit lebih segar dan bersih. Harga untuk produk ini adalah RM 44.90 sahaja.

 Facebook Page : Neutrogena Malaysia
Website  : Neutrogena.com
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bazaar Paknil Kini Benar-Benar Wujud

by on April 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bazaar Paknil Kini Benar-Benar Wujud | Siapa yang mempunyai perniagaan online, seperti instagram pasti dah sinomin menggunakan #bazaarpaknil untuk mempromosikan perkhidmatan atau barangan yang dijual. Kini ianya bukan sahaja hanya di laman sosial, ianya benar-benar wujud di realitinya yang kini berada di tempat orang Lokal, Kompleks PKNS, Shah Alam.

sumber : astro gempak

Bazaar paknil kini membuka ruang perniagaan kepada peniaga online untuk menjual barangan mereka dan kini terdapat 35 vendor yang telah bertapak di sini. 

Yang bestnya ianya bukan sahaja terbuka kepada peniaga online semata-mata, ramai juga golongan selebriti yang turut serta dalam bazaar tersebut seperti Neelofa, Zain Saidin, Hatta Domat dan Altimet.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Awasi Kanak-kanak Ketika Di Kolam Renang

by on April 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Awasi Kanak-kanak Ketika Di Kolam Renang | Selalunya kita akan dengar segelintir ibu bapa yang beranggapan sungai, laut, tasik adalah tempat yang merbahaya untuk kanak-kanak bermandi. Dan mereka kebanyakkan lebih suka membawa anak-anak ke kolam renang yang di katakan kurang risikonya.

gambar sumber : internet

Sebenarnya tidak kira di mana sahaja risiko itu ada, jadi ibu bapa seharusnya lebih peka dengan keselamatan anak-anak walaupun anak itu berumur 12 tahun. Ini berikutan kes pelajar 12 tahun yang lemas di Kolam Renang baru-baru ini. 

Tahukah korang, potensi bahaya di kolam renang termasuklah :-

Kedalaman air - Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan air cetek dan air dalam. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingin berlaku.

Lantai yang licin dan pecah- Sesetengah kolam renang yang telah lama di bina menggunakan jubin yang halus dan yang mudah licin bila terkena air dan jubin yang pecah juga boleh mendatangkan kecederaan jika terpijak.

Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa berada di kolam renang bersama anak-anak.
  1. Ibu bapa perlu kenal pasti kedalaman kolam renang terlebih dahulu.Sebelum melepaskan anak-anak ke dalam kolam renang tersebut.
  2. Pastikan anak-anak memakai pelampung atau jaket keselamatan
  3. Kalau boleh, jangan biarkan anak-anak berenang bersendirian 
  4. Jangan berlari-lari di kawasan kolam renang,sebab biasanya lantai agak licin
  5. Jangan lepaskan pandangan korang dari anak-anak
Sentiasa beringat dan berhati-hati..semoga tips di atas boleh memberi peringatan dan panduan pada ibu bapa. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 April, 2017

Resepi Sambal Sardin Nieyl

by on April 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Resepi Sambal Sardin Nieyl | Hari ini nieyl nak share dengan korang, resepi sambal sardin yang nieyl masak last week. Kebiasaannya nieyl masak sambal sardin jenis yang berkuah, last week saja nak ubah sedikit cara masak tu, kita masak goreng sardin tu dulu lepas tu buat sambal kering sikit. Sedap pulak rasanya..hihihi...


1) Tumis bawang putih dan bawang merah hiris sampai naik bau seperti dalam gambar di atas


2) Masukkan cili kering telah dikisar, agak-agak je nieyl masukkan kalau tak nak pedas letak sikit sahaja lah, macam nieyl letak lebih kurang 4 sudu. Kemudian, jika korang nak pedas lagi boleh letak cili apai potong ataupun cili api kisar sikit.


3) Tumis cili kering kisar tu sampai pecah minyak ya supaya cili tu benar-benar masak dan letakkan air asam jawa dalam 1 sudu, gula dan garam secukup rasa.


4) Masukkan sardin sahaja tanpa sos, masak sardin tu sampai masak la..terbalik-balikkan supaya dua-dua belah bahagian masak. 


5) Kemudian masukkan sos yang di asingkan tadi bersama cili besar merah + hijau + bawang yang dihiris jika ada dan jangan lupa letak air sedikit untuk yang suka berkuah macam nieyl..



6) Okay dah siaaaappp...menyelerakan kan...so,selamat mencuba ya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

05 April, 2017

Cara Halau Semut Dekati Gula

by on April 05, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara Halau Semut Dekati Gula | Kadang-kadang kita pun tak pasti dari mana semut tu boleh ada dalam balang gula. Actually kan, nieyl rasa bukan nieyl sorang je kot yang alami masalah balang gula di masuki semut ni kan. Biasalah en.husband kalau di bancuh air, mesti gula tak tutup dengan sempurna, selalu kena double check semula kalau tidak, memang bermaharaja lah semut-semut bersama ratu dia.

Pagi ni nieyl terjumpa cara-cara halau semut di balang gula, ha..sedang eloklah tu kan sebab memang bermasalah pun dengan gula tu, so nieyl share juga dengan korang semua. Ianya sangat membantu kita yang mana memang bermusuh dengan semut tu..ayuh!jangan bagi dia ambil gula kita...hahaha..





Kredit kepada Seismik Makan 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

04 April, 2017

Ayam Goreng Mcd

by on April 04, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayam Goreng Mcd | Pengaruh TV memang kuat lah, sampai nieyl sendiri pun terlibat sama ni macam mana? Setiap kali iklan ayam goreng Mcd, mata tak berkelip tengok ni sampai tertelan air liur je dengar kruk..kruk..aduhai...hati tidak tertahan rasanya.

Alhamdulillh, last week dapat juga la hilangkan kempunan makan ayam goreng Mcd yang orang kata sedap dan pedas tu kan. Pagi sabtu tu lepas pergi beli barang dekat Speed Mart Presint 8 tu, singgah lah Mcd, kononnya nak rasa kesedapan ayam goreng Mcd sahaja.Last-last terjebak benda lain juga..


Nieyl kalau ayam fastfood selalunya akan pilih KFC, tapi bila dah try rasa ayam goreng Mcd ni..nieyl jatuh cinta pula sebabnya dah la garing, pedas pula tu memang kena dengan selera lah. Esok kalau ada rezeki nak pergi cari lagi ayam goreng ni..itupun kalau tak sold out la..sebabnya ramai kawan-kawan yang kata setiap kali pergi mesti dah habis...waaahhh!lakunyaaaa...


Inilah dia kononnya nak makan ayam goreng sahaja, sekali terbeli pula Mocha Oreo dengan Banana Walnut Muffin..nasib sedap tau...muffin tu boleh share 3 orang sebab dia besar sangat. kalau makan sorang tu,agak terkebil-kebil juga la nak habiskan. 

Korang dah cuba ke ayam goreng Mcd tu?


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

31 March, 2017

Cendawan Jarum Emas

by on March 31, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cendawan Jarum Emas |  Rasanya kalau korang tengok gambar cendawan tu, mesti korang selalu nampak kan. Nama dia cendawan Jarum Emas atau Golden Mushroom, ini salah satu fav cendawan yang nieyl suka selain cendawan butang. Selalunya kalau makan steamboat, dia ada dalam salah satu menu dalam tu, so..kalau yang suka memang akan menjadi pemangkin semangat untuk makan la..

Cendawan adalah sejenis hidupan semula jadi yang sangat popular dan ada pelbagai jenis cendawan yang boleh di perolehi di pasaran seperti cendawan butang,cendawan tiram dan lain-lain lagi. Pengambilan cendawan adalah sangat bagus untuk kesihatan, ha..kepada yang nak kuruskan badan boleh lah rajin-rajin makan cendawan sebab cendawan ni rendah kalori tapi membekalkan tenaga. So, korang boleh makan semua jenis cendawan yang ada dipasaran. 

Selain itu cendawan juga mempunyai kandungan vitamin B, asid pantothenic, ribiflavin,niasin, selenium, beta glucan dan antioksidan ianya bergantung pada cendawan jenis apa yang kita makan. 

Kalau nieyl lebih suka kepada cendawan jarum emas ini. Cendawan jenis ini boleh meningkatkan sistem imun badan, menghalang jangkitan kulat dan yang bagusnya ianya bertindak sebagai antiradang, meningkatkan aktiviti perlindungan sel serta mampu menghalang kerosakkan DNA dalam sel tubuh badan kita.

Jadi,mulai hari ini yang mana tidak suka makan cendawan tu, moh ler belajar-belajar makan ya banyak khasiat yang kita boleh perolehi dari cendawan ni. Dahlah bebas kolesterol,rendah kalori dan boleh jadikan ianya salah satu makanan tambahan dalam rutin pemakanan kita..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

30 March, 2017

Cara Nieyl Turun Berat Badan

by on March 30, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Nieyl Turun Berat Badan | Ada orang tanya soalan, selalu masak sedap-sedap macam mana berat boleh turun. Actually, memasak adalah satu rutin harian nieyl untuk pastikan perut en.husband dan mak ayah kenyang setiap hari. Tipu kalau kata kita masak ,kita tak rasa nak makan kan..pasti ada walaupun secubit. So, ada masanya nieyl akan balik rumah cepat..terus masak nasi dan lauk semua kalau dlm pukul 6 tu semua dah siap, nieyl akan terus makan dulu..jadi,malam tak perlu lagi nak makan. Tapi tak boleh buat selalu la,kesian dekat en.husband makan sorang-sorang..


Hari selasa yang lepas genap sebulan nieyl amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam sikit-sikit dan amalkan supplement..So,inilah hasilnya daripada berat 85kg now turun 5.2kg dalam masa sebulan. Alhamdulillah.. (tak malupun bagitahu berat sebenar) 




Nak bagitahu, pengambilan air kosong setiap hari sangat penting untuk tahap kesihatan kita tau, sejujurnya nieyl sepanjang hari hanya minum air kosong sahaja no air manis. Sebab makanan yang nieyl makanan sudah cukup glukosanya. Sehari nieyl akan minum lebih kurang 2 liter air kosong macam tu..Kalau air berlebihan pun tak elok untuk kesihatan. Dekat bawah ni ada cara nak kira berapa liter air yang kita kena minum sehari.

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)


Sekarang nie setiap pagi akan naik dari lobi ke tingkat 6, wah untuk first day..memang sangat mencabar, penat, semput, mengah dan tercungap-cungap rasanya. Nieyl buat sehari 2x, waktu pagi jam 7.15 pagi dan selepas lunch dalam pukul3. Nasib baiklah opis nieyl tingkat 6 je..klu tingkat 12.. cepatlah nieyl kurus..hihihi...


Yang paling penting dalam usaha menurunkan berat badan ini adalah supplement yang membantu proses turun berat badan berjalan dengan lancar. Rasanya dah banyak kali nieyl share tentang lecithin nie, ianya sangat bagus untuk mereka yang ingin turunkan berat badan dengan bajet mampu milik. Lecithin ini banyak bantu nieyl kurangkan inci di bahagian perut, dada dan lengan. InsyaÁllah ada rezeki nanti nieyl akan + dengan omega guard untuk membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat dan selamat. Sehari nieyl akan ambil 6 biji,selepas makan lunch dan dinner.. :) Tapi jiwa kena kental dan kena konsisten.


Ini pula gambar nieyl yang terbaru, sangat happy pagi tadi bila baju yang dah 2 tahun tersimpan dalam almari, kini boleh disarung dengan tiada sebarang masalah ataupun ketat di mana-mana bahagian..yeayyy...kalau korang nak turun berat badan, kena usaha, bersenam walaupun sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.

Kalau nak dapatkan set slimming shaklee...boleh contact nieyl di media sosial...Jom sama-sama kita usaha..Untuk menjadi lebih sihat...

Moga memberi sedikit semangat dan cara turun berat badan..lain orang lain caranya..♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Minggu Manisan

by on March 30, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Minggu Manisan | Nieyl memang jarang minum air manis kecuali kalau pergi makan di restoran ataupun kedai. Jadi,air kosong adalah bestfriends yang sentiasa ada bersama. Last week 2 hari berturut-turut nieyl makan manis tau..


Kek birthday anak buah nieyl yang ke-12 , helloo indulgence secret recipe tu..aduhaii..memang mencabar nafsu makan ku..hihihi..


Hari berikutnya, dapat pula Cheese tart..yang ini maaf nieyl memang tak boleh nak tolak sebab salah satu fav nieyl ni weh..rugi kalau tak makan...sedaaaaappppp sangatttttt.... nieyl makan dengan husband..dia pun suka juga..

Bila dah makan benda-benda manis ini,meh kita tengok 10 gejala Diabetes, ada atau tidak salah satu atau lebih dari gejala di bawah ini yang ada pada kita. Kalau ada, please..kurangkan gula dalam pemakanan korang..Bahaya..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png