02 February, 2017

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser- Review

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser | Kulit yang sihat bermula dengan tabiat kebersihan yang disiplin. Sebab itu kita digalakkan membersihkan muka kita sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau nieyl setiap kali mandi dan sebelum tidur nieyl akan biasakan diri untuk bersihkan muka. Nieyl seorang yang suka try and error produk sebab tidak semua produk yang di pasaran sesuai dengan kulit muka kita walaupun dalam iklan semua kulit sesuai.

Secara peribadinya nieyl tidak pernah mencuba produk Neutrogena sebelum ini ,sebab nieyl lebih kepada produk lain yang kebanyakkannya keluar di iklan televisyen. Cepat terpengaruh nieyl ni.


Baru-baru ini nieyl try satu produk Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser , ianya merupakan pembersih yang membantu membersihkan 99% daripada kotoran dalam kulit dan menjadikan kulit muka menjadi lebih cerah dan lebih sihat.


Sebelum ini, nieyl pakai satu produk lain yang menjadikan kulit nieyl suram dan kering akibat dari seharian duduk di pejabat berhawa dingin. Setelah try menggunakan Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser selama seminggu, nieyl dapat melihat perubahan pada kulit muka nieyl, lebih halus dan tidak lagi kering. Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser betul-betul buat nieyl jatuh cinta. 

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser mengandungi Mulberry Extract dan terbukti secara klinikal pemutihan vitamin kompleks yang meningkatkan keserian dengan setiap cucian dan ianya sangat wangi.


Untuk mengetahui produk-produk Neutrogena yang terbaru atau sedia ada, korang boleh Like Facebook Neutrogena Malaysia.

Facebook : Neutrogena 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)