Showing posts with label Resepi Sambal Sardin Nieyl. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sambal Sardin Nieyl. Show all posts

10 April, 2017

Resepi Sambal Sardin Nieyl

by on April 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Resepi Sambal Sardin Nieyl | Hari ini nieyl nak share dengan korang, resepi sambal sardin yang nieyl masak last week. Kebiasaannya nieyl masak sambal sardin jenis yang berkuah, last week saja nak ubah sedikit cara masak tu, kita masak goreng sardin tu dulu lepas tu buat sambal kering sikit. Sedap pulak rasanya..hihihi...


1) Tumis bawang putih dan bawang merah hiris sampai naik bau seperti dalam gambar di atas


2) Masukkan cili kering telah dikisar, agak-agak je nieyl masukkan kalau tak nak pedas letak sikit sahaja lah, macam nieyl letak lebih kurang 4 sudu. Kemudian, jika korang nak pedas lagi boleh letak cili apai potong ataupun cili api kisar sikit.


3) Tumis cili kering kisar tu sampai pecah minyak ya supaya cili tu benar-benar masak dan letakkan air asam jawa dalam 1 sudu, gula dan garam secukup rasa.


4) Masukkan sardin sahaja tanpa sos, masak sardin tu sampai masak la..terbalik-balikkan supaya dua-dua belah bahagian masak. 


5) Kemudian masukkan sos yang di asingkan tadi bersama cili besar merah + hijau + bawang yang dihiris jika ada dan jangan lupa letak air sedikit untuk yang suka berkuah macam nieyl..



6) Okay dah siaaaappp...menyelerakan kan...so,selamat mencuba ya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png