Awasi Kanak-kanak Ketika Di Kolam Renang
by
Nieyla Nadia
on
April 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Awasi Kanak-kanak Ketika Di Kolam Renang | Selalunya kita akan dengar segelintir ibu bapa yang beranggapan sungai, laut, tasik adalah tempat yang merbahaya untuk kanak-kanak bermandi. Dan mereka kebanyakkan lebih suka membawa anak-anak ke kolam renang yang di katakan kurang risikonya.
gambar sumber : internet
Sebenarnya tidak kira di mana sahaja risiko itu ada, jadi ibu bapa seharusnya lebih peka dengan keselamatan anak-anak walaupun anak itu berumur 12 tahun. Ini berikutan kes pelajar 12 tahun yang lemas di Kolam Renang baru-baru ini.
Tahukah korang, potensi bahaya di kolam renang termasuklah :-
Kedalaman air - Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan air cetek dan air dalam. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingin berlaku.
Lantai yang licin dan pecah- Sesetengah kolam renang yang telah lama di bina menggunakan jubin yang halus dan yang mudah licin bila terkena air dan jubin yang pecah juga boleh mendatangkan kecederaan jika terpijak.
Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa berada di kolam renang bersama anak-anak.
- Ibu bapa perlu kenal pasti kedalaman kolam renang terlebih dahulu.Sebelum melepaskan anak-anak ke dalam kolam renang tersebut.
- Pastikan anak-anak memakai pelampung atau jaket keselamatan
- Kalau boleh, jangan biarkan anak-anak berenang bersendirian
- Jangan berlari-lari di kawasan kolam renang,sebab biasanya lantai agak licin
- Jangan lepaskan pandangan korang dari anak-anak
Sentiasa beringat dan berhati-hati..semoga tips di atas boleh memberi peringatan dan panduan pada ibu bapa. :)
