04 April, 2017

Ayam Goreng Mcd

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayam Goreng Mcd | Pengaruh TV memang kuat lah, sampai nieyl sendiri pun terlibat sama ni macam mana? Setiap kali iklan ayam goreng Mcd, mata tak berkelip tengok ni sampai tertelan air liur je dengar kruk..kruk..aduhai...hati tidak tertahan rasanya.

Alhamdulillh, last week dapat juga la hilangkan kempunan makan ayam goreng Mcd yang orang kata sedap dan pedas tu kan. Pagi sabtu tu lepas pergi beli barang dekat Speed Mart Presint 8 tu, singgah lah Mcd, kononnya nak rasa kesedapan ayam goreng Mcd sahaja.Last-last terjebak benda lain juga..


Nieyl kalau ayam fastfood selalunya akan pilih KFC, tapi bila dah try rasa ayam goreng Mcd ni..nieyl jatuh cinta pula sebabnya dah la garing, pedas pula tu memang kena dengan selera lah. Esok kalau ada rezeki nak pergi cari lagi ayam goreng ni..itupun kalau tak sold out la..sebabnya ramai kawan-kawan yang kata setiap kali pergi mesti dah habis...waaahhh!lakunyaaaa...


Inilah dia kononnya nak makan ayam goreng sahaja, sekali terbeli pula Mocha Oreo dengan Banana Walnut Muffin..nasib sedap tau...muffin tu boleh share 3 orang sebab dia besar sangat. kalau makan sorang tu,agak terkebil-kebil juga la nak habiskan. 

Korang dah cuba ke ayam goreng Mcd tu?


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

13 comments:

  1. mmg laku kras ni.. cik nor dah lama boikot mcd so than jgk nafsu dr g mcd..haha

    ReplyDelete
  2. Sold out sentiasa..so far akak blom teringin lagi..tunggu dh reda nanti la

    ReplyDelete
  3. dengar iklan krup krap krup krap memang tak menahan hati ni...tapi belum sempat nak pegi lagi..huhu...

    ReplyDelete
  4. sekarang dah sold out sampai 7 Apr..dari dulu mmg suka ayam Mc D sbb terasa pedasnya dan kurang minyak..tak muak

    ReplyDelete
  5. echa mmg suka ayam mcd compare to kepciiii. sedappppp!

    ReplyDelete
  6. Byk terbaca kat twitter psl ni 😂

    ReplyDelete
  7. hari tue baru nak merasa ayam gorng mcd ni ..tengok2 dah habis..memang laku bebenor

    ReplyDelete
  8. Pengaruh iklan.. kadang bukan budak2 jer, orang dewasa pun tak kurang.

    ReplyDelete
  9. Belum cuba try lagi.
    Anak2 dh berulangkali, kata mereka memang sedap.

    ReplyDelete
  10. Siqah tak cuba lagi. Aritu dah pergi tapi habis. Tengoklah nanti nak jugak cuba. Apa yang sedap sangat sampai out of stock kan :D

    ReplyDelete
  11. aida lom try, nieyl.
    bcoz yes, kalau ayam aida prefer kfc.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)