26 April, 2017

Kenali Oki Setiana Dewi


Kenali Oki Setiana Dewi | Program baru terbitan ASTRO iaitu Gema Gegar Vaganza merupakan satu program yang wajib nieyl tonton bersama En.Husband setiap hari sabtu. Salah seorang juri pada program tersebut diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi yang sebelum ini nieyl mengenali beliau melalui lakonannya dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Setiap minggu beliau muncul dengan penampilan yang sangat sopan santun, selesa dan tutur katanya sangat lemah lembut dalam memberi komen-komen yang positif dan sentiasa menyelitkan dalil dan ayat-ayat Al-Quran kepada peserta, secara tidak langsung mengajar sesuatu kepada penonton juga.


Trivia Menarik Mengenai Oki Setiana Dewi
  • Nama sebenarnya adalah Oki Setiana Dewi dan lahir pada 13 Januari 1989 di Batam, Indonesia. 
  • Mula aktif tahun 2009 hingga kini. Berhijab pada tahun 2005. 
  • Berkelulusan dari Universiti Indonesia dalam Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya. Walaupun sudah mempunyai anak ketika itu, Oki tetap meneruskan pengajiannya hingga selesai. 
  • Berkahwin dengan Ory Vitrio pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Maryam Nusaibah Abdullah & Khadeejah Faatimah Abdullah. 
  • Memegang watak Anna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi dari novel terlaris karya penulis terkenal Habiburrahman El Shirazy. 
  • Selain seorang artis, dia juga terkenal sebagai pereka fesyen terutama untuk fesyen berhijab. 
  • Begitu menghormati ibunya yang dijadikan idola. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik. 
  • Sering memuat turun hal yang bersifat duniawi, baik dalam akaun instagram mahupun dalam tayangan infotainment. 
  • Turut menulis beberapa buah buku pada tahun 2011 dengan tajuk Melukis Pagi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi, Sejuta Pelangi: Pernik Cinta, cahaya Di Atas Cahaya, Perjalanan Spiritual Oki Setiana Dewi (2012.) 
  • Turut dipanggil ustazah oleh pengikutnya dan mempunyai kira-kira 4.8M pengikut di laman Instagram.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)