Khasiat Air Kelapa | Ada ke diantara korang yang tak suka minum air kelapa?Kalau cuaca tengah panas terik antara yang selalu kita cakap "bestnya dapat minum air kelapa sejuk, hilang dahaga" . Ramai yang tahu yang air kelapa ini mampu menghilangkan rasa dahaga dan menyejukkan badan. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, banyak lagi khasiat air kelapa yang mungkin kita tidak tahu dalam membantu kesihatan dan kecantikan dalaman kita.
Antara khasiat air kelapa yang kita perlu tahu untuk kesihatan dan kecantikan dalaman kita.
- Turun berat badan - Air kelapa antara salah satu minuman yang rendah lemak, malah ianya membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana khasiatnya yang semula jadi.
- Rawat masalah kulit - Air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit,jadi kalau ada masalah jerawat , parut dan gatal kemerahan boleh basuh kulit dengan air kelapa.
- Rawat perut kurang selesa - Kalau ada masalah perut seperti cirit birit, air kelapa mampu menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat daripada kekerapan kencing dan muntah.
- Kaya dengan Nutrisi -Air kelapa mengandungi 5 elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosdorus, kalium dan natrium.
byk jugak khasiat air kelapa ni!
ReplyDeleteJuga boleh meredakan kesan keracunan ringan kepada manusia dan haiwan.
ReplyDelete