السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Anda Stres? | Alhamdulillah, hari ini dah masuk minggu ke-3 nieyl naik tangga dari aras lobi ke tingkat 6. Walaupun tercungap-cungap, tapi ianya sangat membantu dalam menjaga kesihatan disamping dapat mengurangkan berat badan. Ok bukan itu sebenarnya yang nak di share kan.
Jujur kata masa mula-mula niat di hati nak naik tangga dari tingkat lobi ke tingkat 6, memang perasaan stres itu wujud sebab kita dah bertahun naik lif, tiba hari tu nak start naik tangga. Macam-macam cara dah di buat supaya tidak stres bila naik tangga tu termasuklah bernyanyi..hihihi..
Sampai lah pagi semalam masa naik tangga, ternampak sign board ini sambil baca sebab selama ni naik tangga menonong je naik ,so pagi tadi terbaca amalkan 10B supaya tidak lagi stres..Apa dia 10B tu?
- Bertenang
- Bernafas dengan dalam
- Berkata,relakslah...
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Berurut
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran Positif
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)