26 July, 2017

DIY printables Lamp

by on July 26, 2017
DIY printables Lamp | Kalau semalam nieyl nak share DIY memotong huruf untuk backdrop gerai jamuan raya, kali ni nieyl buat DIY lamp untuk digantungkan. Idea ni dapat bila berfikir selain dari ketupat yang biasa kita akan gantung atas siling, apa yang mungkin boleh di gantung untung nampak macam lampu. Kalau guna lampu yang betul, bermasalah sebab berat, wayar pula susah kan di sorokkan. So, cari sesuatu yang boleh di lihat seperti lampu dari jauh.


kalau ada yang tanya nieyl guna apa untuk buat lampu ni, korang boleh try search atau cari kedai yang ada jual kain craft. Kalau tak silap nieyl nama dia kain flanel . Biasa kita nampak orang buat craft. Ok kain flanel ni dia ada pelbagai jenis mengikut ketebalan yang kita nak. Nieyl beli yang nipis sahaja sehelai RM1 lebih, size A4. Ada juga jual dalam size yang besar,kalau nak banyak.


Ha..nieyl dah siap gunting dan tampal, Alhamdulillah..walaupun nampak mudah, ianya perlukan kesabaran,nak gunting mengikut cetakkan. 


Nah!close up sikit hasil DIY yang nieyl buat untuk gerai jamuan raya cawangan nieyl. Pemilihan warna adalah sangat penting tau, if korang nak warna yang ceria, pilih 3 sahaj warna..jangan lebih sebab kalau banyak sangat warna, jadi tak berapa nak cantik. 

Ok, nanti nieyl sambung lagi..stay tuned tau..kalau nak tengok hasilnya..♥


Motivasi Bekerja

by on July 26, 2017
Motivasi Bekerja | Sukses bukanlah kebetulan, sukses adalah kerja keras,tekun belajar, berkorban dan yang penting  ialah mencintai pekerjaan kita. Selalu kita dengar orang kata "duit tidak akan jatuh dari langit". Bermaksud tanpa usaha,tanpa kerja keras tidak mungkin kita akan dapat ganjarannya iaitu kalau kita bekerja,kita di bayar gaji..tapi kalau tidak bekerja,tak mungkin orang akan bayar kita gaji..Kalau nak berjaya dalam kerjaya, mencintai kerja yang kita lakukan supaya hati dan jiwa kita pun tenang buat pekerjaan yang kita suka bukan kerana terpaksa..

25 July, 2017

Memotong ABC

by on July 25, 2017
Memotong ABC | Setiap tahun bila tiba jamuan raya bahagian, semua cawangan menantikan nya, sebab ianya sangat meriah bukan sahaja dapat menjamu selera malah dapat melihat kreativiti setiap cawangan menghias gerai masing². So,tahun ni ada 4 cawangan bermakna ada 4 gerai yang berbeza mengikut negeri. Tahun ini Alhamdulillah, cawangan nieyl dapat negeri selangor,wilayah dan Ipoh..


Tahun ni idea untuk backdrop gerai by nieyl dan untuk decoration by kak naz dan di bantu oleh mereka-mereka yang rajin. Bila dapat je tema negeri, nieyl terus je google mencari idea yang agak moden sebab yela raya di bandar kan,konsep bandar mesti ada dan motif raya tu pun wajib ada. So,masa untuk berfikir tu tersangatlah singkat.Jadi, kita start yang mana kita boleh buat sendiri dulu.

Print perkataan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" lepas tu gunting dan tampal atas gabus,dan kemudian potong ikut huruf. Nieyl buat semalaman juga dekat rumah. Nasib en.husband teman sambil tengok tv..hihihi..tak adalah nak buat sorang-sorang..


Tadaa!dah siap pun salah satu deco yang nieyl nak letakkan dekat bacdrop, nieyl pilih warna putih sebab backdrop nieyl warna terang so,warna putih ini akan nampak timbul bila dah lekatkan nanti. Kalau ada yang tanya nieyl guna apa potong gabus ni. Korang boleh cari alat potong gabus ini dekat kedai-kedai alat tulis atau kedai yang ada jual gabus/polistren ni. Murah sahaja..

gambar dari google

Ok..nanti nieyl share lagi apa yang nieyl DIY lagi untuk gerai jamuan raya yang mungkin boleh jadikan inspirasi korang tahun depan. Kalau ada pertandingan gerai tercantik macam bahagian nieyl lagi seronok..

Jom bakar kalori dengan berlari dan berenang

by on July 25, 2017
Jom bakar kalori dengan berlari dan berenang | Kalau di tanyakan kepada siapa yang taknak tubuh yang sihat,segar dan yang paling penting fit. Kalau nieyl sendiri pun nak juga cuma malas dan rajin sahaja menjadi kuncinya. Persoalannya berlari atau berenang yang banyak membakar kalori? Sebenarnya kedua-dua aktiviti ini ada manfaatnya yang tersendiri. 

 gambar hiasan dr google

Berenang merupakan salah satu olahraga yang menyihatkan keseluruhan tubuh badan kita sebabnya kesemua otot digerakkan ketika kita berenang. Apa yang lagi menariknya hanya perlu berenang selama 30 minit kita mampu bakar sebanyak 400 kalori. Jadi, kalau suka berenang, lagi lama kita berenang lagi banyak kalori yang kita akan bakar..wow!


Nieyl selalu akan memilih berlari atau berjogging sebabnya nieyl tak reti berenang dan takut air dalam. Berlari merupakan satu olahraga yang paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Dengan berlari kita boleh membantu meningkatkan kekuatan dan otot pada bahagian bawah lutut. Kalori yang mampu di bakar ketika berlari adalah 350 selama 30 mint berlari. 

Untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan sihat. Jom luangkan masa selama 30min untuk membakar kalori yang terkandung dalam badan kita selepas seharian makan makanan yang sedap-sedap..

24 July, 2017

Ellsa busyuk Maklong

by on July 24, 2017
Ellsa busyuk Maklong | Yeay...Alhamdulillah hari ini telah selesai kesemua jamuan di bulan Syawal, perut pun dah sendat, berat pun nak naik berkilo-kilo,lemak jangan cakap lah dah berkati rasanya. Aduhai...Jomlah sama-sama kita berpuasa isnin khamis untuk dapatkan kembali berat badan yang ideal. 

Entry sebelum raya hari tu. nieyl ada share perkembangan adam, so petang yang santai ni nieyl nak share pasal budak busyuk maklong ni. Setiap kali ellsa balik selangor, tak sabar-sabar maklong nak datang rumah wan, nak jumpa dan main dengan dia. Sekarang ini ellsa dah tak boleh duduk diam dah, dia rimas kalau duduk, dia suka berdiri sekarang ni. Dah pandai meniarap dah cuma masih setempat lagi, bulan depan dah nak masuk 6 bulan usia Ellsa. Dah boleh makan dah yeayyy..


Nanti kalau ellsa dah besar, ellsa terbaca blog maklong ni..maklong nak cakap maklong sayang ellsa sangat², semoga bila besar nanti menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat okay..muaahhh♥

18 July, 2017

Teruk sangat kau ni

by on July 18, 2017
Teruk sangat kau ni | Last post 10.7.2017, hari ini dah 18.7.2017 rasanya ini yang paling lama tak update blog. Memang rasa teruk sangat sebab orang asyik datang blog entry yang sama je korang baca kan.. 


Dari last week lagi sibuk dengan persiapan awal wedding adik, meeting family, lepas tu this week pun sibuk nak uruskan persiapan jamuan raya bahagian, dengan nak cari idea deco,konsep gerai tahun ni, kemudian lunch hour keluar cari barang deco dan sebagainya. Selagi belum selesai semua ni, memang sibuk tangan dan kaki ni..


Minta maaf banyak-banyak, nieyl tak sempat nak singgah ke blog-blog wajib nieyl terjah seminggu dua ni..InsyaÁllah lepas semuanya settel, i will back to normal routine...♥

10 July, 2017

Viral : Bayi Kacukan Rusia-Melayu..comelnya

by on July 10, 2017
Viral : Bayi Kacukan Rusia-Melayu..comelnya | Patut pun viral, memang comel sangat Dhuha Sophea Stumbrys ni geram nieyl tengok muka dia. Rasa tak puas nak tengok gambar-gambar dia. Menurut sumber Majalah Hijabista, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan Siti Safuraa Hamzah yang berasal dari Terengganu dan suaminya.









Adam ikut maklong

by on July 10, 2017
Adam ikut maklong | Nasib adam nak dengan paklong dengan maklong dia, so kalau nak bawa pergi jalan-jalan pun dia tak kisah. Setiap kali keluar dengan adam, maklong akan snap gambar-gambar bersama untuk simpanan maklong. Nanti bila adam dah besar nanti, adam boleh tengok dan adam akan tahu betapa maklong sayang sangat dekat adam. 


Berapa banyak kali snap gambar dengan adam nie, ada yang tengok camre ada yang buat tak tahu je..hihihi..sori la adam, maklong memang suka selfie..hihihi.. Tahun depan adam ikut maklong pergi raya la nak?kita collect duit raya banyak²... LOve adam..♥

07 July, 2017

Open House Ganti Boss

by on July 07, 2017
Open House Ganti Boss | Semalam Alhamdulillah rezeki pergi Open House Microsoft dekat Cyberjaya. Kalau ikutkan boss-boss yang pergi tapi disebabkan boss masing² tidak dapat hadir jadi di hantarlah PA-PA dia ni..hihi..so,semalam makan free ya..Tapi sorang PA dapat join last minit kena pergi hospital uruskan beberapa urusan pengarah nieyl.

Buat pengetahuan, pengarah nieyl hari rabu di serang heart attack dan sekarang masih di wad CCU. Korang doakan semoga pengarah nieyl kembali sihat,cepat sembuh dan InsyaÁllah beliau akan menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat ini. Tarikh masih tidak tahu lagi..Moga Allah permudahkan urusan dia..Amin...


06 July, 2017

Khasiat Kunyit dan lada hitam

by on July 06, 2017
Khasiat Kunyit dan lada hitam | Nieyl pasti setiap dapur dalam rumah kita pasti ada 2 benda ini yang wajib ada.Ada yang tak ada ke?Kalau tak ada tu macam pelik sikit ya. Kunyit selain dari untuk kita guna untuk menggoreng ikan dan ayam, kunyit ini bersifat anti-radang yang mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. 


Kandungan cucurmin polifenol dalam kunyit dikatakan mampu melindungi saraf sehingga mengurangkan stres,malah fungsi kunyit mampu di tingkatkan dengan adanya lada hitam untuk melindungi saraf dari racun.


Manakala lada hitam pula mampu menurunkan berat badan, mencantikkan kulit dan melawan kanser.

Campuran kunyit dan lada hitam dikatakan dapat mencegah penghasulan batu hempedu. Selain itu juga kajian yang diterbitkan dalam Journal Of Endodontics menunjukkan campuran kunyit dan lada hitam dapat menghalang pembentukan osteoklas yang menjadi punca osteoporosis.

05 July, 2017

Gelagat Suami Isteri Di Hari Raya

by on July 05, 2017
Gelagat Suami Isteri Di Hari Raya | Seronok bila setiap kali raya melihat gelagat ibu ayah bersama anak-anak masing². Tapi tak apa, belum ada rezeki lagi...InsyaÁllah satu hari nanti.. Korang doakannya, tapi korang jangan risau, raya nieyl setiap tahun meriah walaupun berdua dengan en.husband.. Sebab dekat rumah, en.husband memang kuat menyakat nieyl..

Selepas bergambar bersama keluarga besar nieyl dalam rumah, saja je nak snap gambar tengah- tengah jalan raya sebab ada nampak sikit suasana kampung dan kehijauan tu kan. Tema baju raya seperti biasa, nieyl yang akan tetapkan dan baju nieyl dulu yang akan di siapkan awal. Sebab baju melayu senang nak cari warna, orang perempuan leceh sikit sebab setiap tahun design dan corak terbaru. Tahun ni kita ambil corak pucci..cantik tak warna royal blue ni??

Tahun ni korang tema warna apa?


04 July, 2017

Pesta Cendawan Busut

by on July 04, 2017

Pesta Cendawan Busut | Rezeki..rezeki..raya ke-5 hari tu, banyak cendawan busut ni tumbuh di kawasan belukar area rumah nieyl tu, memang sentiasa di nanti-nanti kan kemunculan cendawan ni sebab bukan senang nak dapat tau..Kata mak, ianya akan tumbuh 2x setahun je, ikut pada rezeki la, macam kali ini Alhamdulillah, 7 buah rumah (adik beradik) dapat merasainya..

Biasanya bila ada kelkatu banyak dekat rumah, hujan,panas,hujan, panas InsyaÁllah itu petanda yang akan tumbuh cendawan busut tu..selalunya mak la yang rajin pergi tinjau-tinjau kawasan tumbuhnya cendawan busut ni..



Banyakkan,ha..tahu x nak bersihkan dia,buang kulit luar tu nieyl ambil masa dekat 3 jam tau..duduk sahaja,naik sakit pinggang ni tau..Cendawan ni kalau nak tahan lama,bersihkan,buang kulit luar tu,bungkus dengan surat khabar,jangan kenakan air..nanti dia cepat rosak.



Salah satu masakan cendawan busut yang nieyl paling suka masak adalah tumis cili api bersama halia, petua mak nieyl dia kata kalau nak masak cendawan busut yg sedap jgn lupa letak halia sedikit. Selain tu, boleh juga buat sup kalau yang suka makan berkuah.

Oklah,nanti nieyl share lagi gambar raya ya..kita selang seli takut nanti orang boring asyik tengok gambar raya nieyl je...hihihi... :)