Showing posts with label Gerai Raya 2017. Show all posts
Showing posts with label Gerai Raya 2017. Show all posts

28 July, 2017

Finally..dipersembahkan..

by on July 28, 2017

Finally..dipersembahkan | Ada yang komen kata tak sabar nak tengok hasil gabungan idea nieyl, kak naz dan team. Jom nieyl share keseluruhan gerai jamuan nieyl pada tahun 2017. Alhamdulillah daripada 2 kepala menjadi juga hasil yang cukup sempurna di mata kami berdua.


Ok ini lah dia keseluruhan gerai jamuan raya team nieyl. Cantik tak?berkonsepkan moden raya tapi masih lagi mengekalkan identiti hari raya dan menu semuanya Italian punya masakan yang dah sinonim dengan rakyat malaysia.


Gabungan warna purple, pink,putih dan kuning adalah sangat tempat dalam decoration kali ini. Terserlah sangat yang warna kuning tu kan.  Nasib baik lampu kelip-kelip tahun lepas ada beli 2, so..kita buat juraian air mata..bila on,memang cantik..


Ini bahagian jelly dan koktail, time ni belum siap bancuh lagi..idea asalnya nak sandarkan KLCC pada stand,tapi disebabkan tak terserlah bila letak bawah. Dapat idea letak atas meja biar melebihi wallpaper dinding tu. cantik tak?


Tampal wallpaper sebenarnya tiada dalam plan, ianya datang last minit bila berfikir nak letak mini cooper dekat dinding seperti gambar dekat atas ni..bila dah tampal,jadi cantik siap ada jalan raya lagi..

Dari sehari sebelum majlis lagi,sehingga hari kejadian..decoration ni salah satu yang berjaya menarik perhatian orang ramai.Sebab biasanya kita akan jumpa decoration seperti ini di hotel-hotel sahaja kan?tapi untuk tahun ini kita buat khas untuk jamuan raya 2017. Super hebat idea kak naz ni..



Kelainan sedikit kteorang sediakan cawan berisi air anggur untuk para juri yang akan mengadili untuk pertandingan gerai tercantik. Thank you kepada yang sudi bawa kan cawan yang cantik ni..


Antara menu yang paling cepat habis adalah garlic bread + mushroon soup , buat pengetahuan korang, garlic bread ni bukan di buat di rumah ya, semuanya di sediakan di pejabat. Nieyl sendiri pun tak sempat nak tengok macam mana dieroang buat,sebab buzy buat kerja di hadapan. 


Menu yang paling lain dari yang lain adalah pasta, gerai jamuan kali ini ada pelbagai jenis pasta yang boleh di rasai, kuah speghetti dan carbonara. Selain itu juga kita ada macam² lagi makanan termasuk ada kek raya.. 😄


Nama gerai yang di pilih adalah italia di wilayah. Ok frame ni biasalah nieyl beli dekat Ikea, manakalah tulisan semua nieyl juga balance kain flanel yang lebih buat lampu gantung hari tu. So, tak nak membazir. Frame tu pun belakang dia yang berwarna putih tu nieyl guna kertas A3 sahaja, so..nieyl tak rosakkan frame tu pun..sebab nieyl boleh guna lagi frame tu di masa-masa akan datang. 

Oklah korang, rasanya cukup lah nieyl cerita tentang persiapan gerai jamuan raya tahun ni. InsyaÁllah tahun depan kalau panjang umur,nieyl share lagi deco gerai tahun depan ya...😉 hope korang suka la decoration yang nieyl tunjukkan tu..mana lah tahu boleh buat tahun depan untuk jamuan raya pejabat korang pula kan...

Happy weekend korang!


27 July, 2017

Testing Deco

by on July 27, 2017
Testing Deco | Sehari sebelum majlis jamuan raya bahagian, selepas waktu lunch semua gerai berkumpul dan bekerja keras untuk menghias gerai masing-masing ha time ni dah tak ada nak sorok apa-apa lagi dah, time ni semua benda kita keluarkan. Ada yang tanya kenapa nieyl pilih warna purlpe + pink , ok sebenarnya berbalik kepada konsep kita yang moden raya yang biasanya kalau kita pergi ke rumah-rumah moden mereka suka mengenakan warna-warna langsir yang cerah dan ceria. Yang keduanya adalah bila kita shoot atau snap gambar, warna dalam camera sangat cantik dan terang. Ha..kalau tak percaya,nanti next entry nieyl share.


Maaf ya..gambar dekat atas ni agak kelabu sikit,so tak berapa nak nampak sangat warna gold dan silver yang nieyl nak tonjolkan tu..Cuba tengok gambar yang bawah ni lebih jelas.


Ok, konsep gerai adalah moden raya dan pemilihan nama kedai pula adalah ITALIA DI WILAYAH. Jadi, gerai cawangan nieyl akan menyediakan makanan italia. So,sangat berbeza dengan gerai-gerai lain yang lebih kepada makanan yang biasa kita perolehi di rumah terbuka dan jamuan raya. Time ni belum betul-betul deco lagi, masih lagi dalam proses testing barang-barang deco yang ada.


Mesti ada yang kata, eh..kenapa ada kain warna biru tu..ok², sebenarnya itu bukan warna kain yang nieyl nak guna ya, ini hanya testing sahaja.Next entry yang betul-betul deco punya. Banyakkan pasta-pasta yang pelbagai jenis dan warna. Ya..semuanya beli tapi tak adalah sampai membazir pun, sebab setiap botol tu nieyl letak kertas di bahagian tengah dia...hanya keliling sahaja di letakkan pasta. So,tak banyak pun guna pasta..tapi still nampak macam banyak kan...mainan psikologi penting..hihihihi...


Nampak macam real tak KLCC tu?berlatar belakangkan awan dan rumput-rumput. Ha..wallpaper tu nieyl ngan kak naz tampal malam rabu yang balik pukul9.30 malam tu. Memang sangat mencabar tau, time ni badan pun dah tak selesa,panas tak ada aircond pastu tinggal berdua pula tu..ish,memang time ni emosi kena kental..huhuhu..


Ok, seperti yang nieyl janjikan semalam..inilah dia mini cooper yang dah siap di cat. Macam mana?cantik tak?cantikkan..berterima kasih sangat dengan kak naz,sebab dia berjaya menjadikan fantasi nieyl kenyataan dalam waktu yang sangat singkat ini...suka sangat.. ♥

26 July, 2017

Fantasi Mini Cooper dan KLCC

by on July 26, 2017
Fantasi Mini Cooper dan KLCC | Teringat bila masih berfikir-fikir decoration yang lain dari yang dah selalu dibuat. Memula kak Naz bagi idea dekat nieyl untuk bina KLCC menggunakan botol, actually itu memang satu idea yang bagus sebab bertepatan dengan #janganmembazir selain itu ianya menggunakan barangan yang terbuang. Tapi harapan nak gunakan botol terpaksa dilupakan,sebab memerlukan botol yang banyak. Sambil-sambil berfikir macam mana nak dirikan KLCC, nieyl terfikir why not kita buat kereta juga,raya di bandar mestilah ada kereta yang mewah lagi cun kan. Google lah kereta mini cooper yang cantik tu,pada asalnya nak print je..tapi ada idea yang lebih bernas iaitu lukis.

Ini keadaan bilik nieyl, semua barang memang di longgokkan dekat sini sebab gerai jamuan semua buat di aras nieyl, cawangan nieyl semua di aras 5. Lagipun kalau nak buat apa-apa bilik nieyl lebih privasi jarang orang masuk. 


Tadaa!Ini lah kereta yang Kak Naz tolong lukiskan dan nieyl tolong potong gabus ni ikut bentuk kereta.Ha..besar tau kereta ni lebih kurang paras peha.Ha..kereta ni belum siap sepenuhnya.Nanti dah siap semuanya..korang akan dapat tengok cantik ke idak..nanti komen okay..


Ok,sambung tadi pasal KLCC yang nieyl dan kak naz nak sangat buat tu, akhirnya kiteorang pilih untuk print canvas,gunting dan tampal atas gabus yang tebal. Ok gabus yang ni kalau tak silap nieyl harga dia agak mahal sebab dia tebal RM13 lebih. Nasib baik sehari sebelum majlis jamuan, ramai juga yang memberi sumbangan tenaga. Sebab masa tu memang nieyl dengan kak naz kena fikir itu ini untuk tentukan dekat mana nak letak backdrop,lampu dan lain-lain..

Sebelum pembantu-pembantu ni balik jam 5.00 petang, Alhamdulillah KLCC dah pun siap dan berjaya di tegakkan dengan selamat. Hanya tegak je dulu,sebab nieyl dengan kak naz masih belum ada idea lagi time tu nak letak KLCC ni dekat area mana..ha..nampak tak?suruh orang buat,tapi tak plan nak letak dekat mana. Sebenarnya,kalau korang nak tahu,kita orang hanya ada masa lebih kurang 4 hari sahaja nak kena sediakan semua ni.so,memang orang kata nak tidur pun boleh berfikir-fikir la..hihihi...


Tenaga kerja orang lelaki memang sentiasa diperlukan, terutama sekali membina tempat nak letak lemang, panjat-memanjat,gantung-gantung tu semuanya nieyl minta bantuan pegawai-pegawai lelaki. Nasib baiklah dieorang ni ada yang jenis ringan tulang nak juga membantu. Dalam pukul 5.30 tu dekat pejabat dah ramai yang beransur pulang. Nieyl dengan kak Naz balik lewat sangat hari tu. Sebab banyak benda yang nak kena buat lagi.


Nieyl dan kak naz balik dalam pukul 9.30 lebih kurang macam tu, nieyl pun sempat design dan tulis nama-nama menu untuk dipamerkan keesokkan hari nya. Disebabkan tema moden dan raya di wilayah, so, setiap menu di beri nama tempat-tempat di selangor. Ha..yang bagi nama ni pun kreatif sangat, tq sebab sudi tolong fikirkan, so..nieyl just design, taip , print dan frame kan. Cantik tak?hihihi..Rasa-rasa korang, korang dah boleh ke bayangkan macam mana rupa gerai jamuan nieyl tu nanti?hihihi...

Oklah, esok nieyl sambung lagi yaaa...banyak sangat nak share ngan korang...stay tuned tauu...bye²...

DIY printables Lamp

by on July 26, 2017
DIY printables Lamp | Kalau semalam nieyl nak share DIY memotong huruf untuk backdrop gerai jamuan raya, kali ni nieyl buat DIY lamp untuk digantungkan. Idea ni dapat bila berfikir selain dari ketupat yang biasa kita akan gantung atas siling, apa yang mungkin boleh di gantung untung nampak macam lampu. Kalau guna lampu yang betul, bermasalah sebab berat, wayar pula susah kan di sorokkan. So, cari sesuatu yang boleh di lihat seperti lampu dari jauh.


kalau ada yang tanya nieyl guna apa untuk buat lampu ni, korang boleh try search atau cari kedai yang ada jual kain craft. Kalau tak silap nieyl nama dia kain flanel . Biasa kita nampak orang buat craft. Ok kain flanel ni dia ada pelbagai jenis mengikut ketebalan yang kita nak. Nieyl beli yang nipis sahaja sehelai RM1 lebih, size A4. Ada juga jual dalam size yang besar,kalau nak banyak.


Ha..nieyl dah siap gunting dan tampal, Alhamdulillah..walaupun nampak mudah, ianya perlukan kesabaran,nak gunting mengikut cetakkan. 


Nah!close up sikit hasil DIY yang nieyl buat untuk gerai jamuan raya cawangan nieyl. Pemilihan warna adalah sangat penting tau, if korang nak warna yang ceria, pilih 3 sahaj warna..jangan lebih sebab kalau banyak sangat warna, jadi tak berapa nak cantik. 

Ok, nanti nieyl sambung lagi..stay tuned tau..kalau nak tengok hasilnya..♥


25 July, 2017

Memotong ABC

by on July 25, 2017
Memotong ABC | Setiap tahun bila tiba jamuan raya bahagian, semua cawangan menantikan nya, sebab ianya sangat meriah bukan sahaja dapat menjamu selera malah dapat melihat kreativiti setiap cawangan menghias gerai masing². So,tahun ni ada 4 cawangan bermakna ada 4 gerai yang berbeza mengikut negeri. Tahun ini Alhamdulillah, cawangan nieyl dapat negeri selangor,wilayah dan Ipoh..


Tahun ni idea untuk backdrop gerai by nieyl dan untuk decoration by kak naz dan di bantu oleh mereka-mereka yang rajin. Bila dapat je tema negeri, nieyl terus je google mencari idea yang agak moden sebab yela raya di bandar kan,konsep bandar mesti ada dan motif raya tu pun wajib ada. So,masa untuk berfikir tu tersangatlah singkat.Jadi, kita start yang mana kita boleh buat sendiri dulu.

Print perkataan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" lepas tu gunting dan tampal atas gabus,dan kemudian potong ikut huruf. Nieyl buat semalaman juga dekat rumah. Nasib en.husband teman sambil tengok tv..hihihi..tak adalah nak buat sorang-sorang..


Tadaa!dah siap pun salah satu deco yang nieyl nak letakkan dekat bacdrop, nieyl pilih warna putih sebab backdrop nieyl warna terang so,warna putih ini akan nampak timbul bila dah lekatkan nanti. Kalau ada yang tanya nieyl guna apa potong gabus ni. Korang boleh cari alat potong gabus ini dekat kedai-kedai alat tulis atau kedai yang ada jual gabus/polistren ni. Murah sahaja..

gambar dari google

Ok..nanti nieyl share lagi apa yang nieyl DIY lagi untuk gerai jamuan raya yang mungkin boleh jadikan inspirasi korang tahun depan. Kalau ada pertandingan gerai tercantik macam bahagian nieyl lagi seronok..