04 July, 2017

Pesta Cendawan Busut


Pesta Cendawan Busut | Rezeki..rezeki..raya ke-5 hari tu, banyak cendawan busut ni tumbuh di kawasan belukar area rumah nieyl tu, memang sentiasa di nanti-nanti kan kemunculan cendawan ni sebab bukan senang nak dapat tau..Kata mak, ianya akan tumbuh 2x setahun je, ikut pada rezeki la, macam kali ini Alhamdulillah, 7 buah rumah (adik beradik) dapat merasainya..

Biasanya bila ada kelkatu banyak dekat rumah, hujan,panas,hujan, panas InsyaÁllah itu petanda yang akan tumbuh cendawan busut tu..selalunya mak la yang rajin pergi tinjau-tinjau kawasan tumbuhnya cendawan busut ni..



Banyakkan,ha..tahu x nak bersihkan dia,buang kulit luar tu nieyl ambil masa dekat 3 jam tau..duduk sahaja,naik sakit pinggang ni tau..Cendawan ni kalau nak tahan lama,bersihkan,buang kulit luar tu,bungkus dengan surat khabar,jangan kenakan air..nanti dia cepat rosak.



Salah satu masakan cendawan busut yang nieyl paling suka masak adalah tumis cili api bersama halia, petua mak nieyl dia kata kalau nak masak cendawan busut yg sedap jgn lupa letak halia sedikit. Selain tu, boleh juga buat sup kalau yang suka makan berkuah.

Oklah,nanti nieyl share lagi gambar raya ya..kita selang seli takut nanti orang boring asyik tengok gambar raya nieyl je...hihihi... :)

9 comments:

  1. aka tak pernah makan cendawan kecuali cendawan goreng je..

    ReplyDelete
  2. memang dah lama tak jumpa cendawan ni. sedapnya kalau tumis air

    ReplyDelete
  3. Cik nor msk air jer..manis2 gtu rasanya😊

    ReplyDelete
  4. Sha pernah makan.. Tapi beli yang dah siap masak.. Memang sedap..

    ReplyDelete
  5. macam sedap jer..dah sekarang suka sngt mkn cendawan..tapi yng common..yg nie belum pernah try

    ReplyDelete
  6. Ok, ni first time dengar dan tengok cendawan busut. Begini rupanya ya. Tumis dengan cili api dan halia tu macam menyelerakan btul. Nyam. Teringinnya nak rasa.

    ReplyDelete
  7. Rezeki Syawal.
    Sedapnya mengalahkan daging rusa.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)