26 August, 2026

Tauhu Berlauk Buat Sendiri

 


Entah bila entah nieyl ada baca blog ammi tentang tauhu berlauk ni..
Hari ni tiba-tiba rasa nak buat tauhu berlauk juga..
Tak tahu kenapa, tapi bila dah terbayang tauhu yang lembut,
inti yang penuh dan rasa sedap tu, terus masuk dapur. 😂

Sebenarnya nak buat pun tak susah sangat.
Nieyl guna tauhu 4 segi, tauhu telur, telur  ( blander) ,
 lada sulah, pati ayam, garam, lada hitam,
Untuk lauknya pula, nieyl letak isi ayam,
lobak merah dan daun bawang.
Gaul semua, kemudian kukus sampai masak.

Lepas dah sejuk, potong-potong dan goreng sekejap bagi bahagian luar tu garing.
 Memang sedap makan panas-panas, cicah pula dengan sos cili. 🤤

Yang paling best bila buat sendiri ni, kita boleh letak inti banyak mana yang kita suka. Nak lebih ayam, lebih sayur atau nak pedas sikit, semua ikut selera sendiri.

Nampak simple je, tapi bila nieyl hidang dekat family makan ramai-ramai..
Sekelip mata  satu pinggan licin , terus rasa puas hati. Kadang-kadang makanan homemade macam ni yang buat kita rasa, “Eh, hebat juga aku masak hari ni.” 😂



nieyl letak lah hiasan cili padi , lepastu gorengkan telur ala-ala kruk-kruk dia tu..
dan nieyl juga buat sambal kicap juga..memang A+++ ahahaha puji diri sendiri hahaha

Tauhu berlauk homemade — simple, sedap dan paling penting, puas hati sebab buat sendiri. ❤️

9 comments:

  1. Sedapnya. Betul kalau buat sendiri boleh letak inti banyak2 kan

    ReplyDelete
  2. dapnya....pernah buat sekali je...

    ReplyDelete
  3. Sedap ni .. selalu anak Sis buat mesti hantar ke rumah, ni lama dia tak buat.. nanti nak try buat juga laaa

    ReplyDelete
  4. Kak SA pun suka gak tauhu berlauk macam ni...hari tu buat guna acuan kuih lompang tu...besar2 jadinya...hahaha..

    ReplyDelete
  5. Ok, kena buat ni. Dah 2-3 org blogger dok share resepi ni
    Bila buat sendiri tu, puas makannya.

    ReplyDelete
  6. senangkan buat dia...dan puas hati bila makan reramai pastu berebut.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)