21 August, 2026

Bila Kecewa..



Assalamualaikum..
Salam jumaat..

Korang perasan tak?
Bila kita makin dewasa,
makin kita sedar yang tak semua perkara akan berjalan seperti yang kita harapkan.

Dulu bila kecewa, nieyl selalu tanya “kenapa?”kenapa aku?.Tapi
Sekarang bila dah makin dewasa, 
 nieyl belajar untuk terima yang  ada perkara yang memang di luar kawalan kita.

Nieyl juga belajar  yang tak semua orang akan kekal,
tak semua kebaikan akan dibalas dan tak semua perkara perlu dijelaskan.

Kadang-kadang, kita cuma perlu lepaskan dan teruskan hidup.

Kecewa itu sakit, tapi daripada kecewa juga kita belajar menjadi lebih kuat, matang dan menghargai diri sendiri. 🌷

betul tak?

5 comments:

  1. Sangat bersetuju dengan perkongsian ni. Bila makin dewasa, cara kita pandang sesuatu masalah tu dah berbeza. Lepaskan apa yang di luar kawalan buat hati kita lebih tenang. Terima kasih atas peringatan ringkas tapi mendalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab selagi namanya manusia, kita semua takkan lepas dari masalah, apa yang penting cara kita atasi masalah itu dengan cara yang betul...♥

      Delete
  2. Setuju sangat.. kecewa itu biasa.. yang penting berusaha untuk terus bangun

    ReplyDelete
  3. betul..setuju sangat juga.. semua tu yg buat kita lagi matang

    ReplyDelete
  4. adakala memang rasa kita dah semakin dewasa bila kita boleh dan mampu berdamai dengan takdir, tapi ada kala masih ada lagi persoalan "kenapa aku" tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)