19 February, 2026

Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum..
Salam ramadhan semua...
Alhamdulillah, hari pertama bekerja di bulan Ramadhan..

Hari ni nieyl bersemangat untuk bangun sahur..
actually selama ni pun bangun je sahur tapi hari ini lebih semangat..
Alhamdulillah malam tadi nieyl berpeluang untuk pergi solat tarawih yang pertama untuk 2026..

Malam tadi di temani anak buah dan kak ipar nieyl..
Walaupun wanita lebih afdal (lebih utama) solat di rumah, tidak salah langsung untuk wanita solat tarawih berjemaah di masjid. Harus dan dibenarkan..
Setiap tahun minggu pertama jika tidak uzur nieyl akan pergi tarawih di masjid
( merasai suasana ramdhan)

Lepas mandi, solat subuh..
nieyl terus bersiap untuk pergi kerja..
hari ni dah mula waktu fleksi ramadhan..
Nieyl balik pukul4 petang..
Hari ni dan esok mungkin belum jem , 
next week mesti jem teruk sebab semua dah kembali bekerja dan anak-anak dah kembali ke sekolah..

Happy working untuk yang bekerja hari ni..
ha..jangan search lagi menu berbuka ya..hehehe

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)