27 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 8

by on February 27, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 8 | Hampir terlupa nieyl nak update menu berbuka day 8 hari ini hehehe. Bila dah seminggu berterusan masak menu nasi berlauk , semalam nieyl pilih untuk masak menu yang lebih simple. Dalam pukul11 pagi kakak nieyl whatsapp bagitahu yang mak nak makan mee bandung. Dia nak nieyl masak , tak nak yang beli. 
Nieyl ok sahaja masak apa yang mak request asalkan dia berselera nak makan. Balik kerja singgah kedai aceh beli 3 barang yang tak ada dekat rumah. Beli udang, mee dengan sawi. Tadaa, jadilah mee bandung versi nieyl sumpah simple je cara nieyl. Nieyl buat lebih bagi pada kakak ipar nieyl semangkuk. 

Dan nieyl makan puding karamel yang bos nieyl bagi semalam tu, cantik nya puding dia kan. Sedap dan tak cepat muak. Ada simpan sikit lagi tu, buka hari ini nak makan lagi... Ok itu je menu berbuka nieyl semalam..Jumpa next entry...selamat berbuka puasa..

Resepi Ayam Masak Bawang Paling Mudah

by on February 27, 2026

 

Resepi Ayam Masak Bawang Paling Mudah | First sekali thank you Ai sebab buatkan gambar nieyl yang comel sangat ni. Cuma satu je tak lengkap tahi lalat manis nieyl tu tak ada hihihi..Jadi, nieyl akan guna gambar ini untuk pembukaan entry untuk resepi yang nieyl share. Satu lagi kan korang, nieyl ni bukanlah pandai sangat masak-masak ni selalunya nieyl suka ambil resepi lain juga cuma nieyl suka ikut cara dan citarasa nieyl sendiri. Ambil based resepi sahaja lepas tu olah lah ikut selera korang. 


Disebabkan PH dan Kak SA dah seru minta nieyl share resepi dan step-step yang lebih mudah. Baiklah nieyl cubanya..



Bahan-Bahan Yang Diperlukan

·       ½ Ekor Ayam
2 Biji Bawang Besar Hiris Dan Digoreng
 3 Rempah Sekawan
 Sehelai Daun Pandan (Optional)
2 Biji Bawang Besar + 5 Ulas Bawang Putih + ½ Inci Halia ( Dikisar)
3 Sudu Besar Serbuk Kari
2 Sudu Serbuk Cili
1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
 Sedikit Air
1 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
Sedikit Garam
Sedikit Aji
Sedikit Serbuk Pati Ayam


 Cara Memasaknya

  1. Goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan , angkat dan toskan
  2. Kemudian, Goreng ayam dengan minyak sederhana panas hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan dan bahan yang dikisar sehingga masak.
  4. Kemudian, masukkan serbuk kari, serbuk cili,serbuk jintan manis dan sedikit air, tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk Aji dan serbuka pati ayam
  7. Masukkan ayam goreng tadi, gaul sebati dengan kuah
  8. Masak 2-3 minit sehinggah kuah pekat sedikit dan taburkan bawang goreng..SIAP


Sekarangkan zaman AI kan, jadi nieyl pun nak share resepi versi AI juga hihihi..selamat Mencuba semoga resepi nieyl ni lebih mudah untuk mereka yang nak memasak. ♥





Beli Ikan Bilis Online

by on February 27, 2026

 

Beli Ikan Bilis Online | Sebelum ni kakak nieyl dua-dua orang tu yang rajin beli ikan bilis online ni tapi dieorang beli yang tak siap kopek lagi harga pun lebih murah sikit. Tak apa la dieorang berdua tu dah bersara ada banyak masa dekat rumah memang patut pun beli yang tak kopek lagi tu. hahaha..

So, ini kali pertama nieyl cuba beli online yang dah siap kopek. Untuk niey lebih mudah sebab tak ada masa nak kopek dan mak nieyl dah tua, dia pun dah tak boleh nak kopek-kopek ni nanti tulang tercucuk dekat jari dia pula, nanti nieyl juga yang kena marah, jadi kita beli yang dah siap kopek.

Semalam mak nieyl dah buka bila sampai, cantik ikan bilis dia 500gm tu banyak juga dan ikan bilis dia sangat bersih dan tak ada banyak habuk-habuk tu. Nieyl beli ni 500gm RM23.90. Yang nieyl beli ni gred 5A..


Kalau korang nak try beli juga boleh masuk live dia, setiap hari dia live ,korang KLIK SINI untuk ke Tiktok dia. Dia banyak jenis gred..Dia ada juga jual yang tak kopek harga lebih murah lagi.. Ok selamat bershopping..

#kitasharebendayangbaik

Salam Jumaat

by on February 27, 2026


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
Salam Ramadan..

Second jumaat bulan ramadan hari ni..
kalau tak bulan ramadan tu waktu rehat mesti keluar kan..
Ramadan ni nieyl tak ke mana-mana..
rest je dalam ofis, lagipun tak ada apa nak cari setakat hari ini lagi..

Cuma balik kerja nanti, 
nieyl nak singgah kedai beli sikit barang-barang biskut raya yang tak beli lagi..
kalau ikut plan, macam nak start buat kuih malam ni..
tapi tengoklah nanti tahap kerajinan..

Ok korang..
happy working..



 

26 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 7

by on February 26, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 7 | Mentang-mentanglah dah seminggu tak pergi makan nasi kandar mamak, dia request nasi kandar dekat bini dia nasib baiklah bini ni jenis yang tak mampu nak tolak kalau bab makan ni. 

Balik kerja sekarang kan pukul4, jadi nieyl sampai rumah dalam 4.30 macam tu, buang make up dulu..Tunggu azan asar, solat..rest kejap..pukul5 macam tu baru nieyl akan masuk ke dapur untuk masak. Untuk menu semalam dalam sejarah, nieyl siap masak 15 minit sebelum berbuka ya hahaha.. 


Biasalah kalau nasi kandar ni yang penting adalah ayam bawang. Husband nieyl dia memang suka nieyl masak ayam bawang, jadi kita masakan lah ayam bawang.
Selain dari ayam bawang, nieyl buatkan juga kari telur campur kentang dan karot . Ini kari tanpa santan. Mak nieyl kena makan berkuah, baru dia ada selera nak makan..

Nasi kandar kenalah ada sayur kobis kuning tu kan. Tapi nieyl tak suka kuning sangat, jadi letak sikit kje kunyit tu. Alhamdulillah, husband nieyl senyum panjang dapat makan nasi kandar dia. Hari ini nasib baik dia tak request apa-apa. 

kalau korang tak tahu nak masak apa, bolehlah try masak nasi kandar ni okay..
 

Rezeki Ramadan

by on February 26, 2026

Rezeki Ramadan | Nieyl kan sekarang jaga 3 orang bos, 2 bos perempuan ( Dsm dan TN) dan seorang bos lelaki( MR). Semalam bos nieyl MR whatsapp minta naik ke bilik untuk ambil nasi arab..Alhamdulillah rezeki semalam..

Lepas tu, kak jaja datang bilik bagi ole-ole dari JAPAN. Dia baru habis kursus dekat sana 4 bulan. 

Terima kasih Ya Allah selalu murahkan rezekiku...

Salam Ramadan

by on February 26, 2026


Assalamualaikum...
Salam ramadan semua..
Hari ini dah day 8..
dah seminggu kita berpuasa di bulan ramadan..
Ya Allah sekejap nya...

Hari ni dah masuk minggu yang ke-2..
sama macam tahun-tahun lepas..
minggu ke-2 nieyl akan start buat biskut raya slow-slow..
Tahun ni nieyl KPI biskut raya 5 jenis..
tak pasti berapa pencapaian dia huhuhu...

Hari ini juga bos nieyl touch down dekat KLIA dari umrah..
dah rindu dekat bos nieyl..
Tapi 3 Mac baru jumpa..
bos sambung cuti..

Happy working semua... 

 

25 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 6

by on February 25, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 6 | Rasanya sekarang nieyl tengah berperang di dapur meyiapkan juadah berbuka untuk hari ini, special sebab husband nieyl berbisik nak makan nasi kandar. Baru berapa hari puasa dah rindu nasi kandar. Adoi.. So, kita tengoklah hasilnya ye esok nieyl share..
Semalam tekak nieyl nak makan asam pedas, nieyl suka masak letak bendir banyak-banyak. Dalam periuk semalam rasanya adalah dalam 12 batang bendir dan ikan nieyl masak 2 ekor je kerat 4. Nieyl memang tak masak banyak sebab berbuka makan sikit je kiteorang, husband nieyl je bersemangat ketika berbuka hahaha..
Kalau masak asam pedas, nieyl suka masak sayur taugeh tumis macam ni, memang banyak nieyl makan. Lagi sedap kalau dapat taugeh yang jenis gemok-gemok tu hehehe..
Semalam tak ada beli kuih jadi, nieyl beli pisang buat cekodok pisang ..Buka makan cekodok pun dah kenyang dan makan nasi sikit je.. Ok korang selamat berbuka ya..

Menu Berbuka Puasa Day 5

by on February 25, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 5 | Ada yang tengah search resepi untuk berbuka puasa ke tu?awal sangat tu hehehe..Tak apa la awal search nanti tak kalut kan. Hari ni dekat ofis nieyl ada buat bazaar ramadan, lunch nanti nak singgah lah jenguk apa yang best. Lagipun nak teman si wanie ni nak tengok lauk pauk untuk berbuka. Nieyl cuci mata je dulu kalau ada yang berkenan baru beli sebab hari ini nak masak 3 jenis lauk ni husband nieyl request.. Nak tahu apa dia request, tunggu entry esok ya ..

Oklah jom tengok apa nieyl masak untuk berbuka hari ke-5 puasa. Sambal ikan keli antara fav nieyl lagi-lagi kalau ikan tu di goreng garing..yumyum..

kalau sambal merah , nieyl suka pairkan dengan sup sayur, tak kisahlah nak buat sup sayur apa pun tapi kali ini nieyl masak sup sayur bayam campur pucuk, suun dan fish ball. Sangat menyelerakan berbuka dengan sup-sup ni. 

Ampun lah tak cantik rupa murtabak nieyl ni, sebab nieyl beli murtabak frozen dari ofismate.. Tapi tak pandai nak panaskan sebab dia basah sikit, yela frozen kan..gigih laki bini dekat dapur nak terbalik kan murtabak ni hahaha..Tak apa lah, rupa tak penting sangat , yang penting RASA dia sumpah sedap!yang ni murtabak kambing..

Dalam peti ais ada lagi 2 murtabak daging yang belum dimasak, tadi ofismate lain bagitahu cuba try guna airfyer pula..ok baik, nanti nieyl try...kita tengok menjadi ke idak hehehe..







Terlalu Percaya Kan Sangat Kan

by on February 25, 2026

 


Siapa yang mudah teracun dengan TikTok?
ha..nieyl salah seorang darinya lah..
korang pun tahu nieyl memang suka pewangi-pewangi ni..
so, nieyl try lah sebab tengok video beria betul cakap wangi..
Jadi beli lah 2..satu letak dekat opis dan satu lagi letak dekat bilik tidur..

Mula-mula buka tu memang wangi la..
itupun rasanya 1-3 je..
lepas dah tak berbau dah, eh..pelik..
lepas ni goncang-goncang , dia naik bau..
lepas tu hilang hahaha...

nieyl je ke rasa mcnie..
ke korang ada pernah try apa-apa pewangi yang beli dekat Tiktok?
stress aku weh..

hahaha

Ee..geram betullah...

by on February 25, 2026


Mana lah nieyl tak geram dengan budak sorang ni..
ce tengok dia pose ambil gambar..
hahaha..sejak-sejak duduk dekat taska kan..
banyak betul akal dia..

Perkataan yang dia suka sebut sekarang..
Tak Nak..
Tak Nak..
Tak Nak..

Sekarang ni balik taska dah tak singgah rumah nieyl dah..
dia ada hobi baru balik taska cari kakak dia..
semua nak dengan kakak..
dengan orang lain dia tak nak..
hahaha...

 

Menu Berbuka Puasa Day 4

by on February 25, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 4 | Nampaknya nieyl masih belum kebuntuan idea untuk memasak menu berbuka pada ramadan ke -4 ni. Nieyl tengah cuba untuk habiskan lauk basah yang ada dalam peti ais rumah tu sebab hari ni dah rabu, hari sabtu nieyl akan top up lauk basah yang baru.

Ok jom tengok menu berbuka apa yang nieyl masak untuk kali ini. 

Ayam goreng kunyit. Menu ini paling mudah ya kawan-kawan dan sedap . Dalam satu menu dah ada sayur dan protein.

Biasanya kalau ayam goreng kunyit ni kawan dia gulai atau kari kan tapi nieyl teringin nak makan kobis masak lemak putih. Menu ini memang nieyl sorang je yang akan masak, mak nieyl tak pernah masak. hihihi.. Dan mak nieyl jenis kalau makan , kena berkuah sebab itulah kebanyakan menu nieyl kena sayur atau menu yang berkuah.

Husband nieyl pula kalau tak ada benda pedas, macam kurang sikit makan dia jadi nieyl buatkan sambal belacan. Ha..baru perfect kan. Begitulah nieyl hari-hari nak fikir makanan yang kena selera dengan mak dan husband. Jenuh juga nak memikirkan hari-hari. hihihi
Husband kalau pergi bazaar , roti john ni tak pernah tak beli. Suka betul dia setiap kali pergi bazaar beli. Nieyl kalau roto john ni boleh makan 1-2 je..selalunya husband yang akan habiskan. Ok itu sahaja menu berbuka nieyl untuk hari ke-4..nanti nieyl share lagi ya..

Murah Rezeki Bulan Ramadan

by on February 25, 2026

 

Murah Rezeki Bulan Ramadan | Syukur Alhamdulillah, sepanjang ramadan ni nieyl belum berkesempatan lagi nak beli kurma sendiri. Rezeki pemberian kurma dekat nieyl tak pernah putus sehingga hari ini.. Yang atas ni pemberian sempena ramadan abg ipar nieyl untuk seluruh keluarga. 

Bos nieyl balik outstation langkawi sebelum puasa , ramadan pertama dia bagi nieyl. Bos nieyl ni sorang ni memang terlalu sweet , apa saja dia beli dia tak pernah lupa dekat nieyl. ♥

yang ini pula dari Syida, Alhamdulillah dia baru balik umrah sebelum ramadan aritu. Dia pergi dengan ayah, mak dan adik dia. Semoga satu hari nanti nieyl juga jadi tetamu Allah..Aminnn...

Kurma ini dari bos juga cuma bos dari trek lain. Sebelum ni ada beberapa kali nieyl bantuan urusan nya..Alhamdulillah...kurma brand ni sedapp..

Kebetulan semalam nieyl dah nampak kurma dekat bekas tu dah berkurang, jadi memang niat nak beli tapi Alhamdulillah, pengarah call nieyl pagi tadi minta naik pejbat dia dan dia bagi kurma dan suruh pilih coklat sebab dia pun baru balik outstation langkawi sebelum puasa hari tu...

Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki..
Semoga mereka yang memberi juga diberikan kemurahan rezeki..Aminnn...

Selamat pagi

by on February 25, 2026

Assalamualaikum..
Salam ramadan..
Pagi ni tak pasti kenapa nieyl macam ada mengantuk sikit..
sampai awal tadi , nieyl nap sekejap sebabnya masa drive pun mata tak boleh nak fokus..

Sekarang dah segar semula..
dan buat kerja dengan senyuman manis..
Ada orang tegur nieyl, 
kata dah nampak kecik sikit..
hahaha..yela tu, nak ambik hati ke apa ni..
dia cakap betul..

Tapi sejujurnya nieyl sendiri pun dapat rasa badan makin ringan sikit..
pakai baju kurung pun terasa longgar sikit ceehhwahh..
ala, ini time puasa je ni...kau tengok raya nanti hahaha...
turun 1-4kg, naik berkilo-kilo hahaha..

Ok la korang..
nanti nieyl sambung lagi yea..
happy working..

 

24 February, 2026

Pokok Cili Tepi rumah

by on February 24, 2026

 

Pokok Cili Tepi rumah | Kawasan rumah nieyl dulu memang banyak kawasan kosong tapi bila ayah dah bina rumah anak-anak dia kawasan yang luas tu dah tak ada. Kalau macam rumah nieyl kawasan yang ada tanah hanya tepi rumah nieyl sebelum pagar rumah jiran nieyl. 

Disebabkan kawasan terhad jadi ayah nieyl dia tanam pokok cili dalam tong cat yang lama.  Rasanya adalah dalam 6 pokok cili yang ayah nieyl tanam. Ayah susun tepi pagar. 

Sekarang ini pokok cili dah berbunga dan berbuah. Banyak sangat meriah tengok tapi ada juga yang dibiarkan di pokok untuk dijadikan benih nanti. Tapi itulah ada sebahagian pokok ni dah ada benda yang putih-putih tu yang boleh rosakkan pokok, nieyl dah beli spray racun serangga khas untuk tumbuhan sayur dan buah. Tak sampai lagi, nanti dah sampai kena spray..

Hari tu nieyl kerajinan tanpa di minta , pergi petik cili api dekat semua pokok. Cili ni pedas tau, kalau nak masak berlada tu ha sesuai guna cili ni, baru terangkat kepedasannya. 

Nieyl juga ada beli anak pokok daun limau purut dekat tiktok, nanti nieyl tunjukkan..Ayah nieyl dah pindahkan ke tong cat harapnya dia membesar dengan baik ..

Salam ramadan

by on February 24, 2026

 

Assalamualaikum..
Salam ramadan..
Macam mana ramadan korang setakat hari ni?
semua ok, ada ke yang jadi student KA..
ke ada yang dah drop paper hehehe...

Petang-petang bila dah siap masak tu..
rest tengok tiktok gelagat student KA seronok juga..
macam-macam komen..
jadi , tak jadi nya..

Pagi ni nieyl tak ada dalam bilik nieyl.
pagi-pagi Pengarah call , minta nieyl cover tempat PA dia..
PA dia EL hari ni..
Bos nieyl cakap untunglah duduk kayangan hari ini hahaha...

Untung apa nya..
kesunyian duduk kayangan ni..hahaha

Ok korang, happy working semua..

23 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 3

by on February 23, 2026

 

Menu Berbuka Puasa Day 3 | eh..menu berbuka lagi, yela awak nanti tak terkejar nak update by day hehehe..Bila dah masuk hari ke-3 ni, dah mula rasa ala nak masak apa eh hahaha.. Kalau nak tengok resepi KA tu kang , nieyl jadi student paling corotkan sebab terkejar-kejar nak buat 1 hari sampai 3 menu hahaha...cukup-cukup lah ramai student yang akan repeat tu nanti..

Konsep menu berbuka pada hari ke-3 adalah masakan kedai thai. Menu pertama nieyl masak ikan siakap 3 rasa untuk makan 3 orang. Resepi dia pun senang je tau, kalau kita puasa pun kalau ikut resepi ni pasti menjadi, tak yah rasa-rasa. Nanti nieyl share ye...

kalau pergi kedai thai ni menu yang akan kita order adalah tomyam kan, ha..nieyl buat tomyam thai yang memang citarasa thai. Nak masak tomyam ni, tips dia jangan letak air banyak, dia kena kuah pekat, pedas , manis dan pedas. 

Last sekali telur dadar yang simple , tak yah bawang-bawang..hahaha..Alhamdulillah mak dan husband pun berselera makan..Bila kita masak, orang makan..kita lebih excited nak masak lagi kan...

Selamat berbuka puasa semua...

Cut Price TikTok 0.10 sen

by on February 23, 2026

 

Cut Price TikTok 0.10 sen | Kita ni kalau tak cuba sendiri, susah nak percaya. Sebelum ini ada je yang share kata berjaya membeli dengan harga RM0.10 ,barang tidak terhad asalkan ada link untuk cut price jadi barang tu boleh. Nak dijadikan cerita, jumaat malam tu biasalah tengok handphone , masa tu pula promo cut price baru start, nieyl pun cubalah..

Kebetulan lanyard card holder nieyl yang ofis punya putus. Aduhai..menyeksakan rasanya nak pegang kad ke sana ke sini lagi bahaya kalau tertinggal dekat mana-mana. Nieyl pun try lah share link untuk beli lanyard yang nieyl suka tu..Nieyl share dekat lebih dari 20 org raanya..

Setiap orang yang tolong cut price tu secara random ada yang 0.20 sen, ada yang 0.90 sen. Syarat dia kena selesaikan dalam masa 24jam sahaja. Alhamdulillah, cubaan pertama berjayaaa!

Inilah dia lanyard yang nieyl beli tu, sorry ye warna pink hehehe..Harga dia tak adalah mahal mana pun RM9.37 sahaja, tetapi selepas task cut price tu nieyl berjaya beli dengan harga RM0.10 sen sahaja. hahaha...sumpah jimat ..free shipping lagi...korang yang mana TikTok tu bolehlah try cut price...