23 July, 2024

Fun Run Pilihan Nieyl 2024

 

Fun Run Pilihan Nieyl  2024 | Rindunya nieyl nak join balik Fun Run..actually untuk 6 bulan kebelakangan ni memang nieyl tak dapat nak join mana-mana fun run. Gambar yang atas tu tahun lepas punya tau, untuk tahun ni belum lagi collect Medal. 

So, pagi tadi sempatlah berbincang dengan anak buah nieyl yang suka join fun run ni. Jadi, kitaorang dah pilih beberapa Fun Run yang nak join start bulan Ogos ni.  Cuma kalau nak join Fun Run ni dia kena ada duit, biasanya nieyl letakkan bajet untuk Fun Run RM50 dan ke bawah. Cuma kalau ada yang special Fun Run tu kena labur lebih sikit lah modal hehehe..

Jom nieyl share 3 Fun Run yang akan nieyl join bermula bulan Ogos, September dan juga Oktober. Setalat ini baru 3 yang menarik minat nieyl untuk join. 

Untuk bulan ogos, nieyl akan join Merdeka Fun Run yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 bertempat di Cyberjaya. Track Cyberjaya ni mencabar sikit sebab dia ada track macam naik bukit depan MMU tu, nieyl pernah join sekali je track ni itupun minta nyawa hahaha.. 
Yang kedua pada bulan September 2024. Yang ini baru je last week dilancarkan , nieyl memang excited nak join keluarga malaysia punya Fun Run. Harga dia pun tak mahal, masih lagi under bajet nieyl. Sebelum-sebelum ni nieyl join yang 3 KM je, nampaknya kali ni banyak yang 5km..bertabahlah nieyl oi..

Yang ke-tiga ni special sikit tau, harga dia pun special sikit nampaknya  nieyl kena minta husband sponsor sikitlah. Nieyl memang minat filem transformers ni so, nieyl tengok T-shirt dan Medal dia pun memang cantik dan nieyl nakkkk...Oleh itu kita join insyaÁllah...

Cumanyaaa...start awal bulan 8 ni, nieyl dah kena start training dulu untuk brisk walk dan jogging supaya bila fun run nanti tak adalah sakit kaki ke betis ke kan..sebab nieyl dah lama tinggal dah jogging ni. Nanti kalau sesiapa join fun run dekat 3 tempat ni, bolehlah roger-roger nieyl..


4 comments:

  1. wah..geng lagi kita.. kak ayu pun ada 3 fun run utk bulan 8 & 9 ni..ada yg bulan 9 tu ada 1 yg night run. tapi tu la...semua kat sban je.. nanti la try ajak geng kak ayu tu join yg putrajaya nya sesekali..leh gather2 kan

    ReplyDelete
  2. menariknya..akak dah lama x lari. mampu tak ye nak join?risauu

    ReplyDelete
  3. wahh..hebatnya.. Mama Yan tak pernah join fun run

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)