22 July, 2024

Alamak..ada Paparazzi lah

Alamak..ada Paparazzi lah |  Hari tu masa gerak ke kereta nak balik sebab jam dah menunjukkan pukul4.30 petang. Ha..waktu-waktu ni nieyl memang dah bergerak ke kereta. Nak dijadikan cerita semalam masuk je kereta, start dan biarkan enjin panas sekejap sementara tu nak belek handphone sekali dapat whatsapp dari Kak Ziehan PA bahagian lama nieyl, dia hantar gambar nieyl tengah buka pintu kereta. hahaha.. nieyl pun terlupa, dia punya bilik tu memang boleh nampak terus ke tempat parking kereta. hahaha..

Pagi semalam pun sama. Nieyl sampai je bilik kak emmy whatsapp nieyl ajak teman pergi beli makanan dekat cafe. Nieyl cakap macam tahu-tahu je nieyl dah sampai, dia cakap dia nampak nieyl dari bilik dia baru sampai ke parking tadi hahaha.. amboi masing-masing skodeng nieyl ni...

Sejak-sejak jadi PA ni nieyl memang datang dan balik On time hahaha..nieyl tak tunggu pun melainkan kalau boss suruh tunggu. So far, memang 4.30 petang je nieyl dah hilang dari radar office..hehehe.. heaven kan , sampai rumah sekarang pun 4.45 petang dah sampai rumah, boleh mandi dan rehat-rehat petang dekat rumah. Aah office nieyl dekat je dari rumah kalau tak jem memang 15min sampai tapi kalau jem boleh bawa ke 1 jam. Dan sebab itulah nieyl kena gerak dari office pukul4.30 dan paling lewat pun 4.35 petang kalau tak nak tersangkut jem. 

2 comments:

  1. ha ha ha..kann
    paparazi di mana2 gitu

    ReplyDelete
  2. jaga-jaga ada yang memerhati. bestlah rumah dekat dengan office.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)