Menu Berbuka Puasa Day 3 | Ada yang tertunggu ke entry menu berbuka nieyl hihihi, semalam nieyl yang masak untuk berbuka dan nieyl start masak agak lewat juga pukul5.30 dan siap 6.40 petang. Lauk nieyl simple je, ayam goreng kunyit tapi nieyl tak guna isi ayam semata, nieyl masak seketul-seketul hahaha, kemudian nieyl masak sup petola campur dengan cendawan request mak nieyl nak makan berkuah dan tak lupa sambal telur hancur fav husband nieyl.
Petang tadi dia buka tudung saji, nampak telur hancur dia tu terus puji isteri dia.Husband nieyl ni dia makan nak kena ada pedas-pedas sikit,kalau tak ada dia akan tanya tak ada sambal ke.. Hari ni nieyl plan nak masak sambal sotong petai itu je sekarang ni dalam kepala, sayur dan satu lagi lauk tak ada lagi..Esook nieyl share menu berbuka nieyl okay..
Menu simple lagi sedap dan layanzz sebenarnya. Ramadan Mubarak dan selamat berpuasa Nieyl =D
ReplyDeletemenu buka puasa simple tapi nampak lazat n menyelerakan tuh., hehe
ReplyDeletewa... nampak pelbagai sayur.. yumm yumm yumm.. :D..
ReplyDeletesimple but yummyyy..alhamdulillah..
ReplyDeleteayam kunyit & sup petola cendawan tu sedap ..tambah sikit sambal belacan memang menambah nasi
ReplyDelete