12 March, 2020

Stadium Sultan Ibrahim Tercanggih

Stadium Sultan Ibrahim Tercanggih | Pada 22 Februari yang lalu, nieyl sempat menyaksikan pelancaran dan perasmian Stadium Sultan Ibrahim secara live di facebook rasmi Johor Southern Tiger, apa yang boleh dikatakan ianya sangat WOW! inilah stadium yang paling tercanggih di Asia Tenggara. Walaupun nieyl merah kuning tapi nieyl tetap kagum dengan semangat bangsa Johor dalam area bola sepak. Siapa orang johor?dah berkesempatan pergi stadium baru ke? 


Pembinaan Stadium Sultan Ibrahin merupakan sebahagian daripada perancagan Bandar Sukan JDT. Ianya melakar sejarah dimana menjadi stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara. Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mencapai piawaian badan induk bola sepak antarabangsa (FIFA) yang terut dilengkapi dengan sistem pencahayaan moden dan sistem bunyi yang canggih serta kapasiti penonton seramai 40,000 orang. 

 sumber gambar : facebook Johor Southern Tiger




JDT secara rasminya telah menggunakan stadium baru ini dalam persaingan Liga Malaysia, Liga Super dan Piala Sumbangsih. Stadium baru semangat baru, mereka masih mengekalkan kejuaraan  di tempat sendiri dalam perlawanan yang telah berlangsung. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum sis Nieylanadia , Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI


    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd rakyat Johor sbb dah dpt stadium yg baharu lagi canggih. Stadium Sultan Muhammad ke4 di KB ni dah jd monumen antik rasanya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)