Misi Mencari Kain Baju Raya 2020 Jakel | Selalu orang akan tanya baju raya nieyl beli dekat mana?Dah banyak tahun juga memang akan shopping kain-kain untuk baju raya di Jakel. Kalau sebelum-sebelum ni nieyl akan pergi ke Jakel Shah Alam , sejak ada Jakel di Bangi tu nieyl akan ke sana sebab lebih dekat dan parking pun senang.
Untuk persiapan raya tahun 2020 ni, nieyl dan husband sepakat untuk buat persediaan seawal bulan februari lagi.Awal kan?korang je yang rasa awal, masa nieyl pergi awal bulan hari tu dah ramai orang mencari baju-baju untuk raya tau. Mungkin tak nak bersesak-sesak membeli belah masa bulan ramadhan nanti. Walaupun dah dekat nak raya nanti sale dia memang menggila kan..saya nak membeli pun boleh gila..hahahaha
Tema raya tahun ni?Ala..rahsia la..tunggu 1 syawal nanti ya..hehehe.. yang pastinya setiap tahun nieyl akan pilih tema warna yang berlainan dan tak pernah ada dalam almari. Tahun ni pecah rekod bulan 2 nieyl dah selesai beli kain untuk baju raya nieyl, baju melayu husband pun dah siap beli dengan sampin. Kain pun dah selamat hantar ke tailor, yela tahun ni kita puasa awal 24 April kan.. Tailor pun sekarang ni dah ramai yang tutup tempahan tau. So, kalau dah tutup , kena la beli baju yang ready made..
Balik dari Jakel tu, saja singgah ke Alamanda window shopping dekat Eon Big, sambil survey harga tv dan kipas. Sebab kipas syiling nieyl dekat ruang tamu tu rosak serentak, sekarang ni bergantung dengan kipas berdiri , Insya'Allah sebelum bulan puasa ni nak settelkan pasang kipas baru.
Nieyl memang suka kalau nampak benda-benda yang comel ni, kebetulan dekat situ ada display so just cuci mata sahaja sebab husband tak kasi beli dia kata yang dekat rumah tu dah banyak nanti terlalu banyak kan jadi hutan hahahaha
Sebelum balik rumah, kita isi perut siap-siap nanti balik rumah tak perlu lagi nak masak-masak dah sebab penat berjalan satu hari..hehehe , alasan betul.. Husband pun dah masak dengan perangai nieyl, kalau plan nak keluar mesti selepas pukul12, sebab nieyl akan masak tengah hari awal, kita akan makan dekat rumah kenyang-kenyang sebelum keluar rumah. Jadi bila di luar, kita akan makan ringan-ringan sahaja. Itu cara nieyl melainkan kalau dah plan nak makan di luar, nieyl tak akan masak.
Selamat membaca...
tahun2 sebelum ni mmg cr baju raya kat jakel je..
ReplyDeletebeli kain pasang..
tp tahun ni rsnya kena cr baju yg dh siap sbb mak sy dh xlarat nk menjahit..
kalo nk tempah pon mmg dh rmai yg tutup tempahan.. hihi..
Sha dah siap tempah.. hehehe.. beli masa sale hujung tahun.. Cuma tinggal nak cari baju jalan anak-anak je.. hehehe
ReplyDeletekak pun dok plan nak cari kain baju raya dalam bulan ni. tak sanggup nak redah cari masa puasa nanti. huhu
ReplyDeleteKalau dah makan kat rumah jimat masa kat Mall nak shopping apa nanti.
ReplyDeleteAwal cari baju, kami apa pun x buat lagi. Hehe
baru up status dekat FB pasal baju raya.. kain melambak tapi bila time nak dekat puasa je tukar tema color la, so kain makin melambak,, hahahah
ReplyDeleteapa salahnya buat tema rumah jadi hutan ke garden ke plak... hahah
ReplyDeletememang cantik lah...tak tahan lalu je kena angkut bawak balik sekali baru betul..kikiki
kebetulan, done beli kan anak2 dara aida baju pagi raya - nilai3 kelmarin, nieyl.
ReplyDeletedahulu kan diorang, baru aida senang hati.
tema baju thn ni kaler senang. aida pun byk kaler tu dlm almari.
rasa2 utk aida takde or tak sempat, pakai aje baju lama2 :)
utk Izzat, in shaa Allah this weekend nak rayau aeon bandaraya.
kemeja. thirt. seluar.
cepat naw tinggi Izzat ni! abis dah baju seluar senteng! ha ha ha ha :)