05 March, 2020

Resepi Murtabak Maggi Yang Mudah lagi Sedap

Resepi Murtabak Maggi Yang Mudah lagi Sedap | Selalu makan meggi goreng ataupun meggi rebus biasa tu je, sesekali tu nak juga buat lain dari yang lain. Actually nieyl tahu buat murtabak maggi ni pun dari husband nieyl, masa tu zaman bercinta dulu. Biasa kalau bercinta tu nak tunjuk skills depan girlfriend kan, jadi dia masaklah murtabak maggi untuk nieyl. Bila dah berkahwin ni giliran nieyl pula la tunjuk skill masak murtabak maggi untuk husband.

Meh nieyl share dengan korang, resepi murtabak yang nieyl selalu buat untuk husband nieyl. 


Bahan-bahan
  • Maggi 1 bungkus
  • Telur 1 biji
  • Bawang Putih (hiris)
  • Bawang besar (hiris)
Cara-caranya
  1. Rebus maggi terlebih dahulu dan toskan
  2. Satukan telur, bawang-bawang yang di hiris dalam mangkuk dan kacau macam buat telur dadar
  3. Maggi yang dah ditoskan digaul dalam bekas bahan yang telah di kacau tadi..
  4. Panaskan kuali dan letak minyak sedikit
  5. Kemudian letak maggi tadi, buatlah bentuk segi 4 seperti murtabak sehinggalah masak
  6. Selamat mencuba


5 comments:

  1. Menu hampir wajib masa zaman study dulu.

    ReplyDelete
  2. tk pernh buat lg..aritu husband buat tp tk sempat mkn sbb ankdara mkn byk hehe

    ReplyDelete
  3. Wah menarik untuk dicuba.. belum berjaya lagi membuatnya..

    ReplyDelete
  4. sedap kak ana pernah try buat dulu hehe :

    ReplyDelete
  5. tq for sharing :)
    lama x buat ni.
    sesekali buat, syok ekk.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)