11 March, 2020

Haul Eco Shop By Nieyl #2

Haul Eco Shop By Nieyl #2 | Assalamualaikum...selamat pagi semua..selalu pagi-pagi nieyl share kata-kata motivasi kan, so hari ini nieyl tukar angin supaya korang pagi-pagi tak boring asyik term yang sama je kan. Sebelum ni nieyl dah pernah share Haul Eco Shop #1, ada baca tak? so, pagi ni nieyl nak share Haul yang kedua dari Eco Shop..Lets start


Jangan tanya kenapa nieyl rajin sangat ke Eco Shop sekarang ni ya, banyak sangat free time sekarang ni. Lagipun nieyl memang kaki shopping, jadi kalau dapat shopping tu best sangat lagi best kalau husband punya duit hahaha.. 

Tips yang nieyl boleh share dengan korang sebelum pergi ke Eco Shop ni, buatlah list barang yang korang nak beli terlebih dahulu, walaupun kadang-kadang dah ada list tapi masih beli barang lain itu adalah perkara biasa, list tu sebagai panduan supaya barang yang sepatutnya kita beli, kita akan beli. 


Barang yang nieyl beli adalah cermin muka.Cermin ni nieyl beli untuk diletakkan di bilik air untuk mudahkan husband nieyl shave misai or janggut dia. Cermin ni ada stand kalau kita nak letak atas meja ataupun dia ada tempat sangkut di bahagian atas untuk yang nak sangkutlah.


Next item adalah botol ala-ala hotel gitu. Dah lama berangan ni nak beli botol macam ni, kalau pergi IKEA agak mahal juga harga dia, so dah alang-alang dekat Eco Shop ni dah ada, nieyl beli lah satu lagi sebab sebelum ni nieyl dah ada satu. Nak tahu nieyl letak apa dalam botol tu..korang kena stay tuned lah okay


Actually nieyl nak beli wall mounting tape yang warna hitam tu je, tapi dia tak ada jual yang single jadi kena ambil yang ini tapi tak apalah, double tape tu boleh simpan akan datang pasti berguna juga tu kan. wall mounting tape ni kuat tau, boleh meletak barang yang berat dan besar..Berbaloi beli okay


Ratu bakul betul, setiap kali pergi eco shop ni pastinya nieyl akan borong bakul-bakul dia. Kali ni nieyl beli bakul-bakul comel ni untuk letak pakaian dalam, stokin dan pad pun nieyl letak dalam bakul supaya nampak lebih kemas dan tersusun je atas rak. Sangat berguna, dan jimat space. 

Ok itu sahaja haul kedua nieyl dari Eco Shop. Insya'Allah nanti nieyl share satu entry khas untuk nieyl share deco barang-barang dari Eco Shop yang mungkin boleh beri idea dekat korang nanti. Murah, simple tapi cantik...

Bye...

4 comments:

  1. bakul kekecik tu memang menghantui aida tau.
    lom lagi beli, nieyl. geram jer.
    rumah masih lagi dlm fasa kemas kan, meskipun da hampir setahun dah pindah :)

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut KonMari tak kisah harga pun yang penting kemas dan tersusun serta mudah diambil.

    ReplyDelete
  3. Kumpul buat deco bajet ye Kak Nieyl. ^^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)