09 March, 2020

Resepi Nasi Daging Yang Mudah Dan Pasti Sedap

Resepi Nasi Daging Yang Mudah Dan Pasti Sedap | Siapa pernah masak nasi daging?Sejak-sejak jadi suri rumahtangga ni setiap hari nieyl kena fikir nak masak apa. Satu hari tu teringin sangat nak makan nasi daging. Nak beli pun tak tahu dekat mana ada jual , jadinya pergi pasar beli daging 1/2 kg , kita masak sendiri nasi daging. Cumanya resepi nieyl ni sangat simple tau dan nieyl guna beras biasa sahaja. Kalau ikutkan resepi kena guna beras basmathi, nieyl ni suka guna apa yang ada je dekat rumah tu dan nieyl guna butter tak guna minyak sapi tau..


Bahan-bahan
  • Daging (direbus dan airnya jangan dibuang)
  • Beras biasa atau beras basmathi
  • Bawang besar (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Bawang putih  (dihiris)
  • Daun pandan
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bunga Cengkih
  • Serbuk rempah sup 
  • Serbuk rempah kurma
  • Susu cair
  • Butter atau minyak sapi
  • Garam
Cara-caranya
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris, daun pandan dan 4 sekawan tu
  3. Sambil tu satukan rempah kurma dan rempah sup dalam satu mangkuk dan bancuh dengan sedikit air
  4. Kemudian masukkan rempah kurma dan sup tadi ke dalam kuali bersama bahan-bahan yang di tumis tadi, tumis bagi mesra.
  5. Tutup api, tuangkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah dicuci ya, gaulkan ..dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daging yang telah direbus, bersama air rebusan, ikut sukatan seperti kita masak nasi biasa je dan last sekali masukkan susu cair, gaulkan dan biarkan nasi masak seperti biasa.



Resepi Asam Kerisik

Bahan-bahan
  • Kerisik
  • Bawang besar (dihiris)
  • Tomato (dihiris)
  • Garam
  • Susu cair
  • Cili api (dipotong kecil)
  • Sos Cili
  • Air perahan limau
  • Kicap
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan di atas, dan dihidangkan bersama nasi daging tadi...

Selamat Mencuba 

6 comments:

  1. oh sedapnya tu, daging cicah ayaq asam....

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan nasi daging. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. aida lom pernah masak nasi daging,nieyl.
    makan selalu la :)
    air asam tu yg sgt best dimakan sekali dgn nasi daging ni, kan.
    wajib ada.
    tq for sharing resepi.

    ReplyDelete
  4. nak try buat pasni.. harap jadi la..

    ReplyDelete
  5. Wargh.. sedapnya.. Meh hantar sebekas.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)