16 March, 2020

Resepi Buttermilk Chicken Yang Mudah Sehingga Menjilat Jari

Resepi Buttermilk Chicken Yang Mudah Sehingga Menjilat Jari | Rintitan dari makan nasi buttermilk chicken dekat Alamanda, husband request nak makan buttermilk chicken. Selalunya masakan seperti ini orang-orang muda macam kita ni suka la, kalau orang tua-tua dia tak berminat terutama sekali mak nieyl, lagi makanan yang bersusu-susu ni dia memang tolak ketepi awal-awal. 

Rasanya semua orang yang baca entry ni semua pandai memasak kan,tapi tak apalah nieyl tetap nak share juga resepi buttermilk cara nieyl .. selamat mencuba


Bahan-Bahan

  • Ayam bahagian dada (potong kecil)
  • Susu cair
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Butter
  • daun kari
  • cili api (kalau nak pedas)
  • Tepung bestari (pedas)
Cara-caranya
  1. First tu ayam yang kita dah potong tu, just gaul dengan tepung bestari dan goreng terlebih dahulu dan toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan butter , tumiskan bawang putih, bawang holland, daun kari, cili api 
  3. Masukkan susu
  4. Dan masukkan ayam yang telah digoreng. 
  5. Gaul rata, masukkan garam secukup rasa 



6 comments:

  1. Laki sy suka ni. Kalau tekak sy pulak, tak berapa gemar. Huhuu. Mungkin tekak saya tekak org tua kot hahahahaa

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok! Memang fav menu ni

    ReplyDelete
  3. Nyummm baca resepi pun dah terliur 😁

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya menu ni nieyl. boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. halah.. halah.. sedapnya lah.. bahan tak cukup pula.. kalau tak boleh bereksperimen di dapur.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)