12 March, 2020

Rempah Ayam Madu Yang Wajib Dicuba 100% Buatan Bumiputera

Rempah Ayam Madu Yang Wajib Dicuba 100% Buatan Bumiputera | Zaman sekarang ni ramai wanita yang bekerjaya disambil menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Sebolehnya bila pulang dari pejabat, balik rumah nak siapkan masak untuk makan malam secepat yang mungkin. Jadi, apa kata korang cuba rempah ayam madu ni memang terbaik dan sedap. 

Thanks kepada boss nieyl yang memperkenalkan produk ni pada nieyl. Actually sekarang ni pun memang kempen beli barang bumiputera kan, so nieyl cuba satu dulu untuk tester lepas tu baru boleh share dengan orang lain. 


Dalam gambar di atas ni, sila abaikan ayam tu hangus sikit sebab masak sambil buat kerja lain. itulah kan orang perempuan kalau buat kerja rumah. Yang ini nieyl cuba untuk goreng sahaja, rasa di not bad sedap juga, kita tak perlu nak tambah apa-apa just gaulkan ayam dengan serbuk rempah ini sahaja. Bila dah dimasak tu, korang akan rasa manis madu, pedas dan cukup rasa garam dia. 

Selain itu juga, rempah ini datang dalam bentuk serbuk dan tak perlu bancuh dengan air pun kalau nak guna. Selain dari mengoreng, ia juga sesuai untuk dijadikan perapan, ha..korang mesti suka buat BBQ kan, ia sesuai untuk ayam, kambing , ikan dan lain-lain juga, 


Rempah ayam madu ini boleh didapati dalam 2 jenis, iaitu yang asli dan extra pedas. Tapi yang extra pedas tu bukanlah makan sampai menangis, dia pedas manja-manja. 1 pack ni berat dia 200g dan sesuai untuk hidangan 2kg.  Kalau korang nak cuba, nieyl tinggalkan detail di bawah okay.. jom support barangan bumiputera kita..





2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)