15 October, 2019

Tea Hill Homestay Bemban Melaka Sesuai Untuk Buat Family Day

Tea Hill Homestay Bemban Melaka Sesuai Untuk Family Day | Seperti yang nieyl janji hari tu nak share dengan korang tempat penginapan family day tu kan. Hujung Disember 2018 nieyl memang usaha untuk menjadi tempat penginapan yang sesuai sebab family besar kan jadi perlukan penginapan yang selesa untuk semua orang dan sesuai untuk budak-budak dan satu lagi aspek yang nieyl nak adalah privasi. Itupun penting tau untuk keluarga yang besar macam keluarga nieyl ni.


Untuk family day nieyl yang pertama kali diadakan , nieyl memilih Tea Hill Homestay sebab suasana tempat dia yang jauh dari bandar, homestay ni betul -betul dalam kawasan perkampungan. Jadi, kalau dalam perjalanan dari pintu gerbang tu, korang akan nampak suasana kampung je sepanjang perjalanan ke Homestay. Perjalanan dari rumah nieyl ke Homestay ambil masa lebih kurang 2 Jam sebab biasalah selepas tol ayer keruh jem sikit . 


Homestay ini juga ada sediakan gelanggang untuk kita buat aktiviti seperti main badminton, bola sepak dan lain-lain. . Nieyl gunakan ruang ni untuk aktiviti sukaneka dan zumba. Sangat luas ya , boleh muat lebih 50 orang gelanggang ni. So, memang sesuai sangat untuk buat aktiviti sukaneka di sini okay.


Area sini depan pool yang menjadi tempat bersantai keluarga disamping anak-anak bermandi manda dalam pool tu, kita yang berumur ni boleh letak sambil minum petang bersama-sama. Selain tu juga, kawasan ni, boleh digunakan untuk BBQ malam hari. Tempat BBQ disediakan oleh pihak homestay , cuma korang digalakkan bawa arang, jaring dan peralatan sendiri ya. 


Kalau dalam gambar atas ni, ada 4 unit homestay yang disediakan. Setiap unit berlainan warna untuk nampak lebih ceria dan menarik. Tapi korang jangan risau sebab dalam setiap unit homestay ni dalam dia sama sahaja ada 1 katil Queen + 1 katil single + Air cond + TV+ Mini-peti sejuk + water heater + toilet. Setiap unit ini boleh muat 4-5 orang, jadi sesuai untuk yang berkeluarga.


Meh zoom sikit dalam unit homestay bilik tadi, kemas, bersih dan selesa.


Untuk makluman korang, unit homestay ini dia masuk-masuk terus bilik tau cuma kalau tengok design dari luar nampak seperti sebuah rumah. Kalau duduk dalam bilik ni, rasa macam duduk dalam rumah sendiri, walaupun dia kecil ianya sangat selesa.  4 unit homestay ini semuanya mengadap ke kolam renang tau, jadi anak-anak boleh terus terjun, mandi manda sambil dipantau oleh ibubapa masing-masing.

Yang mana keluarganya besar macam keluarga nieyl hari tu, Tea Hill Homestay mempunyai 2 buah homestay lagi dikawasan yang sama cumanya dia tidak mengadap kolam renang. 1 Suite dan 1 family suite. Nieyl booking the all homestay dekat situ. Jadi, memang keluarga nieyl sahaja yang duduk di homestay tu tanpa ada orang lain. Nampak lebih privasi keluarga .



Atas ini adalah family suite, agak luas dan besar juga boleh muat 8-10 orang ataupun 2 family besar. Mempunyai 2 bilik, dapur dan juga ruang tamu. Apa yang bestnya family suite ni kita boleh masak-masak, ha..kalau mak-mak kita ni sehari tak masak di dapur macam tak lengkap je hidup dia kan. Jadi, sesuai sangat untuk mereka yang suka masak-masak masa bercuti ini. 


Ruang tamu dan dapur family suite

family suite 


Ini pula Mini Suite bersebelahan dengan family suite. Nampak seperti sebuah rumah juga kan, tapi dia tak ada bilik-bilik macam family suite tau, dia buka pintu terus bilik sama dengan design homestay 4 unit tu..Bezanya mini suite ada mini dapur. 


Mini Suite

Ha,,setakat ini korang teruja tak tengok Tea Hill Homestay ni, detail nieyl share dengan korang ni tau. Selain dari ada homestay yang selesa dan bersih. Homestay ini juga ada menyediakan tempat makan yang selesa untuk pengunjung yang menginap di sini. Mesti korang tertanya-tanya nieyl sekeluarga makan masak sendiri ke atau makan di luar. 

Ok nak share ni istimewanya kalau korang menginap di Tea Hill Homestay ini mereka menyediakan perkhidmatan katering tetapi untuk 20 orang ke atas. Jadi, nieyl memang guna perkhidmatan katering di sini untuk 2 hari. Dah tak perlu nak fikir makan dekat mana, makanan siapa nak masak sebab nama pun family day kan..hari untuk kita bergembira bersama keluarga. 


Gambar di atas ini adalah cafe ataupun tempat kita untuk makan bersama-sama. Pihak katering akan sediakan makanan di cafe, jadi kita tinggal datang makan sahaja. Lepas tu boleh masuk bilik berehat dan tak perlu nak fikir kemas-kemas dah, mudahkan..jadi, sila guna perkhidmatan mereka ya..

Harga Homestay Semalam

Dah puas nieyl cerita tentang homestay ni kan, mesti korang nak tahu berapa rate harga homestay ini kan. 

4 Unit Homestay = 1 Malam RM220/unit
Mini Suite = 1 Malam RM250
Family Suite = 1 Malam RM350

Harga Katering = Tak berapa ingat detail dia, harga bergantung pada menu

Bilangan ahli keluarga = 41 Ahli

Bajet Penginapan Family Day Nieyl untuk 3 Hari 2 Malam ialah RM2960
Bajet Katering Untuk 2x breakfast, 1x lunch dan 1x Dinner ialah RM997.00

Total perbelanjaan = RM3957.00

**homestay ini hanya untuk muslim sahaja harap maklum

Review Ikhlas Dari Nieyl 
**********************
  • Tempat penginapan yang selesa, bersih dan kemas
  • Suasana homestay sangat nyaman di kelilingi pokok-pokok yang ditanam oleh owner homestay.
  • Kolam renang yang bersih, luas dan besar.
  • Makanan katering yang sangat sedap dan menepati selera kami sekeluarga cuma ikan masak asam pedas dia terlalu pedas, maybe boleh kurangkan sikit pedasnya tu..kekeke..
  • Owner homestay sangat ramah dan baik.
  • Berurusan dengan pihak homestay sangat mudah melalui whatsapp.
  • Recommend 100% 

Peringatan!

Kepada mereka yang sedang membaca entry ini, yang berminat untuk menginap di homestay ini dinasihati untuk membuat tempahan lebih awal ya sebab Tea Hill Homestay sentiasa penuh lagi-lagi cuti-cuti sekolah dan weekend. Kalau korang nak tahu,nieyl booked homestay ini JANUARI 2019 untuk family day SEPTEMBER 2019, lama kan..hehehe..

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan 

Facebook Page
Tea Hill Homestay 



**sumber gambar dari Pihak Tea Hill Homestay 





8 comments:

  1. Best jugak tempat ni kalau nak buat family day. 😍

    ReplyDelete
  2. nampak pun selesa sangat Nieyl , senang sgt kalau sekali pakej makan ni datang rehat2 lepak2 je kan :)

    ReplyDelete
  3. Bgus utk Muslim je, xde lah was was kan

    ReplyDelete
  4. Memang sesuai sangat untuk family. Luas dan ada swimming pool besar. Budak-budak suka ni

    ReplyDelete
  5. rata-rata, homestay sebegini memang full 7-9 bulan ke depan, nieyl.
    melaka ni hot sentiasa.
    kami-kami ni memang faham la.
    kalau tetiba plan nak outing gathering dlm melaka jer pun, jgn harap la nak dpt tempat :)
    fully booked!

    ReplyDelete
  6. Thanks for picking out the time to discuss this, I feel great about it and love studying more on this topic. It is extremely helpful for me. Thanks for such a valuable help again. homestay melaka with swimming pool

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)