Family Day Di Melaka Part 3 | Last entry family day nieyl , baru ada kesempatan masa nak update sambungan..hehehe..sibuk sikit ada bengkel. Ok jom sambung , petang selepas sukaneka tu adalah aktiviti santai bersama keluarga. Nieyl , kakak dan anak-anak buah terjun kolam buat aktiviti air sambil bersenam orang kata..Penat juga main bola dalam air ni perlukan tenaga juga rupanya ya. Patut lah berenang merupakan salah satu senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan.
Tepat jam 8 malam, semua ahli keluarga berkumpul di cafe untuk BBQ dan juga sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang sukaneka pagi tadi. Yang berbungkus dengan kertas minyak, ini dalah hadiah cabutan bertuah.
Hamper-hamper pula untuk mereka yang menang dalam sukaneka, Alhamdulillah semua kumpulan menang hamper. Selain tu juga, nieyl ada sediakan goodies beg warna kuning untuk semua orang. Dalam tu ada keychain family day dan juga makanan ringan.
Acara malam di hoskan oleh kakak nieyl, nak pilih hos pun kita main lat tali lat tau..hahaha..nasib baik semua sporting..
Sebelum memulakan majlis, kita baca doa untuk keberkatan dan bersyukur atas kesempatan yang Allah beri pada kita. Doa seperti biasa akan dibacakan oleh suami kepada anak buah nieyl, ustaz hanis..
Ucapan penutup oleh ayah nieyl sebagai ketua keluarga besar kami. Banyak nasihat yang disampaikan kepada anak, menantu ,cucu dan cicit. Apa yang nieyl ingat malam tu ayah nieyl bagitahu macam mana dia boleh dapat nama SUKASIH tu, nama sukasih ada 4 orang termasuklah nieyl. Nak tahu tak?Ayah nieyl cerita, dia peminat penyanyi dari indonesia iaitu Elvy Sukaesih..hahaha..tu yang 4 nama anak perempuan ayah ada nama SUKASIH..
Otak - otak the making, ha...panjang sendiri tau.
BBQ ada jagung bakar, ayam , sosej , kambing
Inilah wajah-wajah penerima hadiah pada malam tu, nieyl pun dapat hadiah juga tau..
Sesi pembahagian hadiah kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing
bestnya family day..:)
ReplyDeleteWalaupun penat as organizer merancang, buat survey semua, bila lihat semua happy, terbayar penat tu kan.
ReplyDeleteSemoga nieyl sekeluarga sentiasa dilindungiNya dan bahagi selalu.
bestnya
ReplyDeletebestnya jika keluarga abe kie pun buat family day cam ni. tahniah nieyl!
ReplyDeleteWahh best. Meriahnyas
ReplyDeletedpt rasa keseronokannya bila berkumpul ramai2 gini.
ReplyDeleteada hadiah.
gelak ketawa.
yg tua yg muda semua all in bergaul mesra.
indah suasana nyer kan...