Showing posts with label Family Day 2019. Show all posts
Showing posts with label Family Day 2019. Show all posts

15 October, 2019

Tea Hill Homestay Bemban Melaka Sesuai Untuk Buat Family Day

by on October 15, 2019
Tea Hill Homestay Bemban Melaka Sesuai Untuk Family Day | Seperti yang nieyl janji hari tu nak share dengan korang tempat penginapan family day tu kan. Hujung Disember 2018 nieyl memang usaha untuk menjadi tempat penginapan yang sesuai sebab family besar kan jadi perlukan penginapan yang selesa untuk semua orang dan sesuai untuk budak-budak dan satu lagi aspek yang nieyl nak adalah privasi. Itupun penting tau untuk keluarga yang besar macam keluarga nieyl ni.


Untuk family day nieyl yang pertama kali diadakan , nieyl memilih Tea Hill Homestay sebab suasana tempat dia yang jauh dari bandar, homestay ni betul -betul dalam kawasan perkampungan. Jadi, kalau dalam perjalanan dari pintu gerbang tu, korang akan nampak suasana kampung je sepanjang perjalanan ke Homestay. Perjalanan dari rumah nieyl ke Homestay ambil masa lebih kurang 2 Jam sebab biasalah selepas tol ayer keruh jem sikit . 


Homestay ini juga ada sediakan gelanggang untuk kita buat aktiviti seperti main badminton, bola sepak dan lain-lain. . Nieyl gunakan ruang ni untuk aktiviti sukaneka dan zumba. Sangat luas ya , boleh muat lebih 50 orang gelanggang ni. So, memang sesuai sangat untuk buat aktiviti sukaneka di sini okay.


Area sini depan pool yang menjadi tempat bersantai keluarga disamping anak-anak bermandi manda dalam pool tu, kita yang berumur ni boleh letak sambil minum petang bersama-sama. Selain tu juga, kawasan ni, boleh digunakan untuk BBQ malam hari. Tempat BBQ disediakan oleh pihak homestay , cuma korang digalakkan bawa arang, jaring dan peralatan sendiri ya. 


Kalau dalam gambar atas ni, ada 4 unit homestay yang disediakan. Setiap unit berlainan warna untuk nampak lebih ceria dan menarik. Tapi korang jangan risau sebab dalam setiap unit homestay ni dalam dia sama sahaja ada 1 katil Queen + 1 katil single + Air cond + TV+ Mini-peti sejuk + water heater + toilet. Setiap unit ini boleh muat 4-5 orang, jadi sesuai untuk yang berkeluarga.


Meh zoom sikit dalam unit homestay bilik tadi, kemas, bersih dan selesa.


Untuk makluman korang, unit homestay ini dia masuk-masuk terus bilik tau cuma kalau tengok design dari luar nampak seperti sebuah rumah. Kalau duduk dalam bilik ni, rasa macam duduk dalam rumah sendiri, walaupun dia kecil ianya sangat selesa.  4 unit homestay ini semuanya mengadap ke kolam renang tau, jadi anak-anak boleh terus terjun, mandi manda sambil dipantau oleh ibubapa masing-masing.

Yang mana keluarganya besar macam keluarga nieyl hari tu, Tea Hill Homestay mempunyai 2 buah homestay lagi dikawasan yang sama cumanya dia tidak mengadap kolam renang. 1 Suite dan 1 family suite. Nieyl booking the all homestay dekat situ. Jadi, memang keluarga nieyl sahaja yang duduk di homestay tu tanpa ada orang lain. Nampak lebih privasi keluarga .



Atas ini adalah family suite, agak luas dan besar juga boleh muat 8-10 orang ataupun 2 family besar. Mempunyai 2 bilik, dapur dan juga ruang tamu. Apa yang bestnya family suite ni kita boleh masak-masak, ha..kalau mak-mak kita ni sehari tak masak di dapur macam tak lengkap je hidup dia kan. Jadi, sesuai sangat untuk mereka yang suka masak-masak masa bercuti ini. 


Ruang tamu dan dapur family suite

family suite 


Ini pula Mini Suite bersebelahan dengan family suite. Nampak seperti sebuah rumah juga kan, tapi dia tak ada bilik-bilik macam family suite tau, dia buka pintu terus bilik sama dengan design homestay 4 unit tu..Bezanya mini suite ada mini dapur. 


Mini Suite

Ha,,setakat ini korang teruja tak tengok Tea Hill Homestay ni, detail nieyl share dengan korang ni tau. Selain dari ada homestay yang selesa dan bersih. Homestay ini juga ada menyediakan tempat makan yang selesa untuk pengunjung yang menginap di sini. Mesti korang tertanya-tanya nieyl sekeluarga makan masak sendiri ke atau makan di luar. 

Ok nak share ni istimewanya kalau korang menginap di Tea Hill Homestay ini mereka menyediakan perkhidmatan katering tetapi untuk 20 orang ke atas. Jadi, nieyl memang guna perkhidmatan katering di sini untuk 2 hari. Dah tak perlu nak fikir makan dekat mana, makanan siapa nak masak sebab nama pun family day kan..hari untuk kita bergembira bersama keluarga. 


Gambar di atas ini adalah cafe ataupun tempat kita untuk makan bersama-sama. Pihak katering akan sediakan makanan di cafe, jadi kita tinggal datang makan sahaja. Lepas tu boleh masuk bilik berehat dan tak perlu nak fikir kemas-kemas dah, mudahkan..jadi, sila guna perkhidmatan mereka ya..

Harga Homestay Semalam

Dah puas nieyl cerita tentang homestay ni kan, mesti korang nak tahu berapa rate harga homestay ini kan. 

4 Unit Homestay = 1 Malam RM220/unit
Mini Suite = 1 Malam RM250
Family Suite = 1 Malam RM350

Harga Katering = Tak berapa ingat detail dia, harga bergantung pada menu

Bilangan ahli keluarga = 41 Ahli

Bajet Penginapan Family Day Nieyl untuk 3 Hari 2 Malam ialah RM2960
Bajet Katering Untuk 2x breakfast, 1x lunch dan 1x Dinner ialah RM997.00

Total perbelanjaan = RM3957.00

**homestay ini hanya untuk muslim sahaja harap maklum

Review Ikhlas Dari Nieyl 
**********************
  • Tempat penginapan yang selesa, bersih dan kemas
  • Suasana homestay sangat nyaman di kelilingi pokok-pokok yang ditanam oleh owner homestay.
  • Kolam renang yang bersih, luas dan besar.
  • Makanan katering yang sangat sedap dan menepati selera kami sekeluarga cuma ikan masak asam pedas dia terlalu pedas, maybe boleh kurangkan sikit pedasnya tu..kekeke..
  • Owner homestay sangat ramah dan baik.
  • Berurusan dengan pihak homestay sangat mudah melalui whatsapp.
  • Recommend 100% 

Peringatan!

Kepada mereka yang sedang membaca entry ini, yang berminat untuk menginap di homestay ini dinasihati untuk membuat tempahan lebih awal ya sebab Tea Hill Homestay sentiasa penuh lagi-lagi cuti-cuti sekolah dan weekend. Kalau korang nak tahu,nieyl booked homestay ini JANUARI 2019 untuk family day SEPTEMBER 2019, lama kan..hehehe..

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan 

Facebook Page
Tea Hill Homestay 



**sumber gambar dari Pihak Tea Hill Homestay 





09 October, 2019

Family Day Di Melaka Part 3

by on October 09, 2019
Family Day Di Melaka Part 3 | Last entry family day nieyl , baru ada kesempatan masa nak update sambungan..hehehe..sibuk sikit ada bengkel. Ok jom sambung , petang selepas sukaneka tu adalah aktiviti santai bersama keluarga. Nieyl , kakak dan anak-anak buah terjun kolam buat aktiviti air sambil bersenam orang kata..Penat juga main bola dalam air ni perlukan tenaga juga rupanya ya. Patut lah berenang merupakan salah satu senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. 



Tepat jam 8 malam, semua ahli keluarga berkumpul di cafe untuk BBQ dan juga sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang sukaneka pagi tadi. Yang berbungkus dengan kertas minyak, ini dalah hadiah cabutan bertuah. 


Hamper-hamper pula untuk mereka yang menang dalam sukaneka, Alhamdulillah semua kumpulan menang hamper. Selain tu juga, nieyl ada sediakan goodies beg warna kuning untuk semua orang. Dalam tu ada keychain family day dan juga makanan ringan. 


Acara malam di hoskan oleh kakak nieyl, nak pilih hos pun kita main lat tali lat tau..hahaha..nasib baik semua sporting..


Sebelum memulakan majlis, kita baca doa untuk keberkatan dan bersyukur atas kesempatan yang Allah beri pada kita. Doa seperti biasa akan dibacakan oleh suami kepada anak buah nieyl, ustaz hanis..


Ucapan penutup oleh ayah nieyl sebagai ketua keluarga besar kami. Banyak nasihat yang disampaikan kepada anak, menantu ,cucu dan cicit. Apa yang nieyl ingat malam tu ayah nieyl bagitahu macam mana dia boleh dapat nama SUKASIH tu, nama sukasih ada 4 orang termasuklah nieyl. Nak tahu tak?Ayah nieyl cerita, dia peminat penyanyi dari indonesia iaitu Elvy Sukaesih..hahaha..tu yang 4 nama anak perempuan ayah ada nama SUKASIH..




Otak - otak the making, ha...panjang sendiri tau.


BBQ ada jagung bakar, ayam , sosej , kambing


Inilah wajah-wajah penerima hadiah pada malam tu, nieyl pun dapat hadiah juga tau..


 Sesi pembahagian hadiah kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing 



Bila selesai semua acara, rasa bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Bukan senang nak jadi organizer disamping nak join acara yang ada. Bila semua orang happy dan gembira, kita secara tidak langsung rasa sangat puas..kerja keras kita membuahkan hasil. InsyaÁllah next family day di jangka pada tahun 2021..♥

04 October, 2019

Family Day Di Melaka Part 2

by on October 04, 2019
Family Day Di Melaka Part 2 | Selamat petang semua lepas makan mengantuk pula rasa mata ni, moh ler kita sambung story tentang family day nieyl part 2 ya.. Hari berikutnya 15hb Sept ( ahad) , jam 7.30 pagi nieyl buat rondaan bilik ke bilik untuk kejut semua orang bangun, bersiap-siap untuk sesi zumba. Sesi ini tidak boleh terkecuali ya, semua wajib join..



Sementara tunggu semua berkumpul, ayah nieyl ambil kesempatan untuk snap gambar bersama isteri-isterinya...Ya ayah saya isterinya, mak nieyl yang pertama yang tudung hitam, yang tudung kuning tu mak nieyl no.2 dan yang pakai shawl tu mak nieyl no.3.. Isteri first ada 9 orang anak, isteri ke 2 ada 4 orang anak dan no.3 belum ada rezeki lagi 😊


Ok sesi zumba bermula di ketuai orang kakak nieyl sendiri. Alhamdulillah semua orang baik perempuan dan lelaki memberi kerjasama yang sangat baik. Walaupun berzumba secara santai, asyik tergelak je kerjanya tetap berpeluh tau. Ada 2 buah lagu yang biasa zumba iaitu chantik dan pencuri hati. Ada video juga, nanti nieyl share link channel youtube nieyl ya..

Selepas selesai berzumba semua pergi breakfast di cafe yang di sediakan. Ok untuk makan sepanjang di sana, nieyl order catering sahaja, lebih mudah kita tak perlu nak masak-masak sebab family day sebolehnya nak santai, nak relax dari buat kerja-kerja rumah ni kan.. Pakej dan harga nanti nieyl share dalam entry khas ya..


Perut semua dah kenyang dan dah ada tenaga,kita start dengan pembahagian kumpulan. Untuk pembahagian kumpulan ni nieyl buat 4 kumpulan, setiap kumpulan akan ada 7 org dan 8 orang sebab kita dewasa ada 30 orang. Specialnya ahli kumpulan di tentukan oleh kotak beracun. Dalam kotak tu nieyl tulis nombor kumpulan siap-siap jadi, tengok lah nombor berapa dieorang cabut tu, itu lah nombor kumpulan dieorang. Tujuaannya supaya kita lebih bersikap terbuka dan mengenali ahli keluarga kita yang lain. Best tau..

Acara pertama adalah untuk sukan suami isteri iaitu lontangan kasih (belon air). Suami akan baling belon berisi air tu ke isteri untuk di sambut tetapi setiap balingan, dieorang kena selangkah ke belakang. Makin lama makin jauh, belon siapa yang pecah tu, dia keluar dan yang bertahan ke akhir dialah pemenang. Nieyl dapat tempat ke 2..kira oklah kan..hehehe..


Seterusnya diselang seli dengan aktiviti kanak-kanak iaitu golek bola. Disebabkan kanak-kanak dalam family nieyl ni tak berapa ramai hanya ada 8 orang jadi setiap kumpulan 4 orang. Antara aktiviti untuk kanak-kanak, isi air dalam botol, golek bola dan mewarna.


Ini pula aktiviti pindah kacang, yang ni memang mencabar untuk semua orang termasuklah nieyl hahaha..walaupun nieyl yang buat game ni, susahlah sebab kita tak biasa guna chopstik.. Cara dia dieorang kena pindahkan kacang hijau ke pinggan lain. Syarat dia seorang 1 kacang sahaja.

Antara permainan lain yang kiteorang main, cari getah gelang dalam tepung, pijak belon, gelung berantai, teka silang kata, kira gula dalam balang dan bola sepak. Dalam video nanti boleh tengok gelagat masing-masing..adoi..kelakar 


Sementara take break untuk game, kanak-kanak bawah 10 thn start mewarna. Tengok gelagat masing-masing tu seronok tau, muka semua excited mewarna. Macam-macam rupa bila dah siap mewarna, ada yang warna separuh, ada yang warna ikan je..hehehe..Nieyl terlupa nak snap gambar mewarna yang menang tu, serius cantik ada 2 pemenang. Seorang umur 6 tahun dan 11 tahun.


Sebelum sukaneka tamat, kita bergambar sebagai kenangan. Ok gambar di atas ini semua menanti lelaki. Cantik pula susunan tu, husband nieyl yang paling kecil tu kekeke..


Ini pula menantu perempuan dalam keluarga nieyl, tak cukup sorang..



Ini adik beradik perempuan nieyl, 3 hasil mak first dan 3 hasil mak no.2..


Ini sebahagian cucu dan cicit ayah, ada lagi 8 orang yang tak dapat jion..


ini adik beradik lelaki nieyl tapi tak cukup 2 orang. Abg nieyl sorang tak dapat join dan adik nieyl masih di lubnan.


Ini lah keluarga besar nieyl 

Ramai kan?ha..ini sebenarnya sebahagian je tau, ada 3 keluarga lagi yang tak dapat join kali ini.Insya'Allah family day harap semua dapat join. Selepas sukaneka selesai,ada yang balik bilik berehat, dan ada yang terjun kolam sementara tunggu untuk makan tengah hari. 

Ok,nnt nieyl sambung share untuk aktiviti petang dan malam BBQ okay...stay tuned 😊


03 October, 2019

Family Day di Melaka Part 1

by on October 03, 2019
Family Day di Melaka Part 1 | Assalamualaikum semua..Terima kasih korang yang sentiasa rajin singgah blog nieyl dan tinggalkan komen walaupun nieyl ada take break sekejap sebab terlalu sibuk menguruskan kerja dan juga program family. Ok hari ini nieyl sangat excited nak share dengan korang dari A sampai Z program family day keluarga nieyl yang pertama kali diadakan. 

Untuk first time ni memang nieyl yang uruskan segala-galanya tapi ada di bantu oleh kakak-kakak yang lain tapi selebihnya memang nieyl uruskan mungkin sebab nieyl banyak masa kot hahaha...but next time punya no more okay sebab kena buat pembahagian kerja baru best kan..

Ok nieyl pilih tarikh  14-16 September 2019 sebab isnin tu cuti umum hari Malaysia. So, boleh la spend time lebih sikit masa bersama keluarga. Jadi, kiteorang pilih untuk bergerak secara konvoi sebanyak 7 buah kereta, ha..barulah rasa feel nak pergi bercuti tu kan,walaupun kita MELAKA je.


Sementara tunggu beberapa family lagi yang tak sampai, boleh la berselfie sebagai kenangan. Wah!sebenarnya kan semua orang excited tau, sebabnya ini kali pertama kiteorang bergabung 3 keluarga besar. Ya Allah..bersyukur sangat sebab hasrat ayah nak buat family day terlaksana. 


Ini tempat parking kereta kawasan rumah nieyl, boleh park lebih dari 10 buah kereta. So, kalau family besar berkumpul begini lah penuh dengan kereta, ini belum masuk lagi kereta anak-anak buah nieyl yang dah berkeluarga. Sangat luas..tiang-tiang tu sebenarnya dijadikan tempat main badminton .


Nampak tu, semua dah tak sabar nak pergi. Kalau korang nak tahu, perancangan family day nieyl ni kiteorang buat perbincangan awal bulan Januari, dan nieyl ambil sepenuh tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan, bajet dan lain-lain. So, selama 8 bulan tu la nieyl sajikan dieorang semua hanya gambar-gambar homestay, kecantikan homestay tu..jadi, masing-masing excited nak tengok depan mata. hahaha..


Sebelum bergerak, sebagai kenangan take photo first la..Tapi ini sebahagian je tau family nieyl, ada 4 keluarga lagi tak ada dalam gambar. Kiteorang berkumpul tu pun kalau ikut jadual dalam pukul 10.00 pagi (sabtu, 14 Sept). Tayar bergolek dalam pukul 10.30 pagi, masa tu cuaca gerimis dan bila nak masuk highway tu hujan. Nama pun konvoi kan, dia tak boleh selfish tau,kena sabar walaupun kereta korang mahal dan laju sekali pun. Disebabkan walkie talkie tak cukup, kiteorang guna whatsapp voice untuk berhubung dari kereta ke kereta supaya semuanya cukup. 


Kalau ikut dalam tentetif yang nieyl sediakan pukul2 tu kita akan check in. Sepanjang jalan nak ke homestay tu memang nampak macam hutan-hutan, yela kawasan kampung kan, memang akan melalui rumah-rumah kampung tapi sampai je tempat homestay semua orang teruja terus pergi selfie dan cari bilik masing-masing. 

Masa nieyl survey homestay area MELAKA, ada 2 homestay yang nieyl shortlist kan..tapi nieyl pilih ini sebab ianya sangat privasi. Kalau kita nak buat family day, sebolehnya kita nak suasana tanpa orang lain. Kalau anak-anak, suami isteri nak mandi manda pun selesa keluarga kita sahaja dalam kolam tu.

Yang keduanya, ada 4 buah bilik, 1 suite dan 1 family suite. Kalau korang tengok gambar yang nieyl share bawah ni, korang akan nampak rumah-rumah kecil tu kan..ha itu lah bilik. Tapi ia sangat besar sesuai untuk duduk 5-6 orang dalam tu. Ada 1 katil queen, 1 katil single, peti sejuk, tv dan bilik air. 


Bilik semua mengadap kolam renang, ha..budak-budak suka la keluar bilik terus terjun dalam kolam. 


Sempat snap gambar dalam bilik sebelum disepahkan hahaha, selesa, murah dan bersih..


Selain ada kolam renang, homestay juga ada ruang untuk kita bersukaneka , ada pondok untuk kita bersantai bersama keluarga tercinta. 


Untuk program hari sabtu tu hanya aktiviti bebas, so boleh la berehat-rehat kumpul tenaga untuk bersukan hari esoknya. Tentang homestay nanti nieyl akan share detail semua di entry khas ya... Stay tuned 😊