Family Day di Melaka Part 1 | Assalamualaikum semua..Terima kasih korang yang sentiasa rajin singgah blog nieyl dan tinggalkan komen walaupun nieyl ada take break sekejap sebab terlalu sibuk menguruskan kerja dan juga program family. Ok hari ini nieyl sangat excited nak share dengan korang dari A sampai Z program family day keluarga nieyl yang pertama kali diadakan.
Untuk first time ni memang nieyl yang uruskan segala-galanya tapi ada di bantu oleh kakak-kakak yang lain tapi selebihnya memang nieyl uruskan mungkin sebab nieyl banyak masa kot hahaha...but next time punya no more okay sebab kena buat pembahagian kerja baru best kan..
Ok nieyl pilih tarikh 14-16 September 2019 sebab isnin tu cuti umum hari Malaysia. So, boleh la spend time lebih sikit masa bersama keluarga. Jadi, kiteorang pilih untuk bergerak secara konvoi sebanyak 7 buah kereta, ha..barulah rasa feel nak pergi bercuti tu kan,walaupun kita MELAKA je.
Sementara tunggu beberapa family lagi yang tak sampai, boleh la berselfie sebagai kenangan. Wah!sebenarnya kan semua orang excited tau, sebabnya ini kali pertama kiteorang bergabung 3 keluarga besar. Ya Allah..bersyukur sangat sebab hasrat ayah nak buat family day terlaksana.
Ini tempat parking kereta kawasan rumah nieyl, boleh park lebih dari 10 buah kereta. So, kalau family besar berkumpul begini lah penuh dengan kereta, ini belum masuk lagi kereta anak-anak buah nieyl yang dah berkeluarga. Sangat luas..tiang-tiang tu sebenarnya dijadikan tempat main badminton .
Nampak tu, semua dah tak sabar nak pergi. Kalau korang nak tahu, perancangan family day nieyl ni kiteorang buat perbincangan awal bulan Januari, dan nieyl ambil sepenuh tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan, bajet dan lain-lain. So, selama 8 bulan tu la nieyl sajikan dieorang semua hanya gambar-gambar homestay, kecantikan homestay tu..jadi, masing-masing excited nak tengok depan mata. hahaha..
Sebelum bergerak, sebagai kenangan take photo first la..Tapi ini sebahagian je tau family nieyl, ada 4 keluarga lagi tak ada dalam gambar. Kiteorang berkumpul tu pun kalau ikut jadual dalam pukul 10.00 pagi (sabtu, 14 Sept). Tayar bergolek dalam pukul 10.30 pagi, masa tu cuaca gerimis dan bila nak masuk highway tu hujan. Nama pun konvoi kan, dia tak boleh selfish tau,kena sabar walaupun kereta korang mahal dan laju sekali pun. Disebabkan walkie talkie tak cukup, kiteorang guna whatsapp voice untuk berhubung dari kereta ke kereta supaya semuanya cukup.
Kalau ikut dalam tentetif yang nieyl sediakan pukul2 tu kita akan check in. Sepanjang jalan nak ke homestay tu memang nampak macam hutan-hutan, yela kawasan kampung kan, memang akan melalui rumah-rumah kampung tapi sampai je tempat homestay semua orang teruja terus pergi selfie dan cari bilik masing-masing.
Masa nieyl survey homestay area MELAKA, ada 2 homestay yang nieyl shortlist kan..tapi nieyl pilih ini sebab ianya sangat privasi. Kalau kita nak buat family day, sebolehnya kita nak suasana tanpa orang lain. Kalau anak-anak, suami isteri nak mandi manda pun selesa keluarga kita sahaja dalam kolam tu.
Yang keduanya, ada 4 buah bilik, 1 suite dan 1 family suite. Kalau korang tengok gambar yang nieyl share bawah ni, korang akan nampak rumah-rumah kecil tu kan..ha itu lah bilik. Tapi ia sangat besar sesuai untuk duduk 5-6 orang dalam tu. Ada 1 katil queen, 1 katil single, peti sejuk, tv dan bilik air.
Bilik semua mengadap kolam renang, ha..budak-budak suka la keluar bilik terus terjun dalam kolam.
Sempat snap gambar dalam bilik sebelum disepahkan hahaha, selesa, murah dan bersih..
Selain ada kolam renang, homestay juga ada ruang untuk kita bersukaneka , ada pondok untuk kita bersantai bersama keluarga tercinta.
Untuk program hari sabtu tu hanya aktiviti bebas, so boleh la berehat-rehat kumpul tenaga untuk bersukan hari esoknya. Tentang homestay nanti nieyl akan share detail semua di entry khas ya... Stay tuned 😊
Mesti meriah ada family besar kan. Nini ada tiga orang je adik beradik. Sunyi jugak bila diorang sambung belajar and parents kerja. Harapnya dapat ramai anak buah nanti hahaha XD
ReplyDeleteluas jugak bilik dia...
ReplyDeletekalau family ammi sebelah suami memang kita longgokkan je budak2 bujang dlm 1 bilik. kalau kasi bilik ni confirm kat bawah tu akan ada lagi toto hahah
wah..seronoknya..gather2...best!!!
ReplyDeletememang seronok Nieyl bila dapat family day ramai2 macam ni cuma yang kena organized tu kena jiwa kental sikit lah hehe macam2 dugaan nak buat benda ni jadi, berdasarkan pengalaman kak ana lah yang tiap tahun jadi tukang organize hehe :)
ReplyDeletealhamdulillah.. Meriah dan amat menyeronokan. Bestnya dapat kumpul ramai2..
ReplyDeletealhamdulillah.. Meriah dan amat menyeronokan. Bestnya dapat kumpul ramai2..
ReplyDeletewah... welcome to melaka, nieyl and famili.
ReplyDelete